Baby Wearing Pelbagai Guna



Berjalan-jalan dengan baby wearing pelbagai guna dan stroller ke mana sahaja 


Kalau berjalan ke mana-mana pastinya baby wearing dan stroller tidak akan di tinggalkan. Bila anak tak tidur pakai baby wearing. Kalau anak tidur kene letakkan dalam stroller. Dhia semenjak dua menjak ni suka berdukung. Mungkin dah kenal erti penat berjalan di shopping mall. Tapi, ada masa suka berlari-lari juga dalam shopping mall. Itu amat bahaya ;) kang hilang ke jatuh sana ke jatuh sini. Jadi, sebelum ada perkara buruk berlaku. Kasi kendongkan aje ;)




Budak-budak sekarang pun dah pandai mintak reward. Jalan temankan mummy dan daddy gi shopping mall mesti kene paw! Tak apa lah, bab makanan ni tak boleh kedekut sangat dengan anak. Nanti mereka simpan sampai ke besar. Nak makan macam ni pun bukan hari-hari anak minta. Bila mereka teringin je, mereka nak.





Kadang-kadang pelik, bila ada orang yang bising-bising tak bagi mak bapa bawa stroller dalam shopping mall. Katanya sesak, mengganggu orang lain nak shopping. Guna lah kendong katanya. Kendong atau babywaering tu mana lah anak selesa nak tidur. Malas nak komen banyak tentang hal ini. Yang tak ada anak tu, tunggu lah ada anak. Yang baru ada anak sorang tu, tunggulah ada anak ramai. Tinggalkan anak pada jiran? pada nenek dorang? pada maid? ok, ini semua bukan pilihan kami. Kami kalau boleh nak bawa anak ke mana sahaja. Biar hubungan ikatan ukuwah kami rapat serapat-rapatnya.


Baby wearing style belakang pulak. Aish!! Memang tak sia-sia beli baby wearing ini. Anak 2 tahun setengah pun boleh pakai lagi ;)


2 comments on "Baby Wearing Pelbagai Guna"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com