#Cabaran20Hari Puasa/Raya Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Aktiviti di Pagi Raya

Bila dah jadi mak-mak ini, perkara pertama aktiviti di pagi raya mestilah MASAK!! Tak masak, cemana nak makan,kan? Raya kali ini, balik sebelah rumah suami. Nak masak ke tak nak masak ye? Berbelah bahagi pulak tetiba! Bukan sebab malas nak masak. Tapi, kalau sudah ramai chef di dapur. Boleh bikin pening nanti. Ada baiknya, kita bagi yang senior masak duduk dapur. Kita yang junior ni, tolong-tolong aje. Seperti tahun-tahun lepas, mummy memang tak masuk dapur sangat, kalau beraya rumah mertua. Sebab dah siap-siap masak di rumah sendiri. Bungkusakan sahaja dari rumah dan bawa balik Taping. Kemungkinan, aktiviti yang sama mummy nak buat tahun ini. Sebelum balik ke Taiping nak masak hidangan raya siap-siap. Raya pertama di Taiping nanti tinggal keluarkan dan panaskan sahaja.


Selain aktiviti memasak di pagi raya. Sebelum ada anak kecil. Rajin juga ke surau solat sunat raya. Semenjak ada ank kecil setahun satu ini. Kita duduk sahaja di rumah. Siapkan apa-apa yang patut.

Selepas selesai semuanya, kami akan bersalaman dan memohon maaf bersama-sama. huhu adegan ini adalah adegan PASTI NANGIS!! Banyak buat dosa,ni!! Sobs!!

Selesai bermaaf-maafan. Semua akan ke kubur arwah mak mertua (jika balik Taiping). Melawat kubur arwah mak mertua antara aktiviti paling wajib bagi suami saya. Kita yang ada mak, tak rasa apa yang suami rasa. Kehilangan seseorang yang paling di sayangi itu tidak dapat di ungkap dengan kata-kata. Alfatihah untuk arwah mak. Moga arwah mak tenang di sana.

Ini semua adalah aktiviti paling wajib buat kami sekeluarga di pagi raya.




3 comments on "#Cabaran20Hari Puasa/Raya Aktiviti di Pagi Raya"
  1. kat Taiping ke kak lynda? Mai kat Kuala Kangsar..hehe. dekat dah tu

    ReplyDelete
  2. Oh kalau balik taiping jemput la dtg rumah kita dkt gunung semanggol. dekat je :)

    ReplyDelete
  3. Oh kalau balik taiping jemput la dtg rumah kita dkt gunung semanggol. dekat je :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com