Showing posts with label #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Show all posts

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Pengalaman Main Mercun


Pengalaman main mercun mummy sebenarnya tak ada. Nak main bunga api pun takut. Lagikan nak main mercun. Sebab apa takut nak main bunga api? Masa kecil-kecil dulu, lepas main bunga api. Serpihan bunga api termasuk dalam selipar. Tapak kaki pedih kene serpihan bunga api. Bermula pada itu, mummy memang takut dengan bunga api. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Hari Kuih Raya


Sudah siap beli kuih raya? Mestilah sudah,kan? Lagi 3 hari je kita nak menyambut Syawal yang mulia. Mummy pun sudah siap beberapa jenis kuih. Semua kuih beli. Kuih yang ada ialah tart mangga, jejari nestum dan sarang semut. Keropok dan kerepek juga mummy beli dalam 4 jenis. Cukuplah tu kot! Satu balang kuih raya crunchy nuts dah habis makan. Biasalah kan. Tips tak mahu membazir kuih raya ialah, makan di bulan Ramadhan. Ramai yang komplen kata membazir beli kuih raya. Sebab, hari raya orang tak nak makan kuih. Nak makan ketupat, lemang, bihun dan lain-lain. erm...ada betulnya tu!!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Nostalgia Kad Raya


#Cabaran20Hari Puasa/Raya Nostalgia Kad Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Nostalgia Kad Raya

Masih buat penghantaran kad raya? Ya! Saya masih buat penghantaran kad raya. Tapi, tahun ini tak sempat nak tempah kad raya sendiri. Insyaallah tahun depan jika di panjangkan umur dan di murahkan rezeki www.azlindaalin.com buat kad raya sendiri ye.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Gambar dan Ucapan Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Gambar dan Ucapan Raya


Lagi 5cabaran, #Cabaran20Hari nak habis. Cabaran kali ini, saya suka sebab Gambar dan ucapan raya. Gambar raya dah siap-siap photoshoot di Mojo Studio. Dengan ucapan:-

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ampun dan maaf jika ada penulisan saya yang menyinggung hati sesiapa atau mengguriskan hati sesiapa. Jika, kita pernah bersua makan dan minum. Minta di halalkan segalanya. 

BALIK KAMPUNG jangan lupa kunci pintu tingkap. Tutup plug dan gas di dapur.

JEMPUT datang ke rumah bawa duit raya utk Dhia dan Dzal tau hehehehe #salamkosongkosong



#Cabaran20Hari Puasa/Raya Memori Raya Zaman kanak-kanak

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Memori Raya Zaman Kanak-Kanak. Masih ingatkah lagi? Atau tidak ingat lagi?

Memori raya zaman kanak-kanak paling saya ingat zaman berzaman ialah DUIT RAYA. Memang motif beraya hendak mencari duit raya. eh..eh..eh.. duit raya yang di cari!! Tak bagus? Tak baik? Biasalahkan nama pun kanak-kanak. Ada ke budak-bedak beraya tak mahu duit raya? Tak dapat minum dan makan pun tak apa. Tapi, kalau berjalan jauh-jauh beraya. Mau taknak minum air. Mestilah nak beraya sambil minum dan dapat duit raya kan. Raya tahun ini, Dhia dah besar. Dah pandai nak beg tangan dan nak duit. Seronok la Dhia tahun ni beraya, kutip duit raya gamaknya. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Kuih Raya Paling Best

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Kuih Raya Paling Best : Cabaran Hari ke 13

Berkobar-kobar mak nak citer entri cabaran hari ini. Kuih Raya Paling Best. Lagi beberapa hari nak raya, kuih raya hasil jari jemari azlindaalin.com masih tak nampak bayang. Teringin nak buat kuih raya. Nanti kita bincang-bincang dengan anak tekak dulu nak makan apa.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Bajet Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


#Cabaran20Hari Bajet Raya : Cabaran Hari ke 12

Alhamdulillah, masih lagi setia untuk #Cabaran20Hari cabaran hari ini tentang Bajet Raya. Masa zaman kanak-kanak dulu. Tak pernah nak fikir bajet raya. Pilih dan tunjuk nak baju mana, kasut mana pada mak abah. Nak yang lawa dan trendy (konon-konon nya lah). Kita masa tu, tak pernah tahu perit getir mereka mak abah tu mengeluarkan duit. Tak pernah terfikir susah senang mereka mencari duit.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Lagu Raya Pilihan

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Lagu Raya Pilihan : Cabaran Hari ke 11

Memang seronok lah dengar lagu raya berkumandang. Lagi-lagi bila jalan-jalan shopping raya di shopping mall. Sini sana berkumandang lagu raya. Antara lagu raya pilihan TOP 6 saya ialah dari yang lama dan juga moden:-

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Tetamu Raya Yang Ditunggu

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Tetamu Raya Yang Ditunggu : 

Cabaran Hari ke 10

Setiap hari lebaran yang hadir. Saya sangat suka tetamu hadir. Antara tetamu raya yang ditunggu-tunggu tentulah buah hati. Eh..eh..eh buah hati? Ye lah, sebelum berkahwin memang tidak sabar nak tunggu buah hati datang beraya di rumah. Bukan buah hati seorang je. Tak sabar menanti kehadiran ahli keluarga buah hati juga.

Sekarang sudah berkahwin, pastinya tetamu raya yang di tunggu ialah mak, abah dan ahli keluarga serta sanak saudara. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Pastinya berborak tidak ingat dunia ;)

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Kenangan Terawih Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


#Cabaran20Hari Kenangan Terawih Zaman Kanak-kanak : Cabaran Hari ke 9

#Cabaran20Hari - Cabaran hari ke 9, mengimbau kenangan terawih di zaman kanak-kanak. Rumah mak memang mengadap surau. Masa kecil-kecil, kerap ikut mak ke surau untuk terawih. Selain ikut mak, seronok sebab ramai kawan-kawan yang hadir untuk terawih. Sambil solat, boleh borak-borak dan main. 

Main kat surau? hehehe biasalah kan. Nama pun kanak-kanak kan.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa : Hari ke 8

#Cabaran20Hari hari ke lapan. Masih lagi gagah bloggers dan ahli #EFG menyahut cabaran nampaknya. Mummy pun apa kurangnyakan?

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Hari Kuih Kegemaran

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Kuih Kegemaran : 

Cabaran Hari ke 7

Oh gigih la mummy menyahut cabaran. Walaupun semput sedu sedan. Gagahkan jua menyahut #Cabaran20Hari#Cabaran20Hari hari ke 7 nk cerita bab kuih kegemaran, memang banyak kuih kegemaran yang saya suka. Kuih Kegemaran pastilah dari air tangan mak iaitu karipap daging, manisan sum-sum (tepung dan gula merah), bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau.

Alhamdulillah, tahun ini dapat merajinkan diri buat bubur sendiri. Teringin nk buat manisan sum-sum sendiri pulak. Insyaallah nanti nak buat sendiri semua kuih kegemaran. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Pengalaman Manis di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Bulan puasa adalah bulan paling yang di nanti-nantikan. Pastinya sepanjang bulan puasa ini, saya rasakan semuanya manis-manis belaka. Kerana, kita ada malam LailatulQadar. Pastinya semua umat Islam ternanti-nanti akan malam ini. Yang kita tidak tahu tepat bila ianya akan muncul. 


#Cabaran20Hari Puasa/Raya Pengalaman Pahit di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit di Bulan Puasa


Salam 13 Ramadhan!!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya MENU WAJIB BUKA PUASA

#Cabaran20Hari MENU WAJIB BUKA PUASA


Di bulan Ramadhan. Mesti kita ada MENU WAJIB. Betul tak? 

Bukan harus bukan sunat. MENU wajib berbuka kami ialah :


1) Tamar - Manisan meningkatkan kembali tenaga setelah seharian berpuasa.
2) Air manis - mesti nak air manis untuk kembalikan kesegaran badan.
3) Nasi Putih - kalau tak makan. Macam tak kenyang je

Menu wajib korang, pulak?

#Cabaran20Hari Puasa/Raya RESIPI HIDANGAN SAHUR

#Cabaran20Hari RESIPI HIDANGAN SAHUR

Awal pagi tentunya kita nak makan menu mudah dan tidak berapa berat. Kami sekeluarga gemarkan menu seperti:

1. Nasi + ayam goreng + kicap
2. Nasi + sayur + telur goreng
3. Nasi + sayur + ayam gorang

Jika ada, lebihan makanan berbuka:-

#Cabaran20Hari Puasa/Raya PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR RAMADHAN 2015

Pengalaman sahur seorang isteri dan mempunyai anak 2 orang yang masih menyusu badan sepenuhnya memang sangat-sangat perlukan kekuatan mental dan fizikal. Serta sokongan dari suami tersayang. Saya beruntung dapat suami yang memahami. 


#Cabaran20Hari Puasa/Raya APA ERTI PUASA PADA SAYA


#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA SAYA

Puasa pada mummy bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Tetapi, sangat bererti bila dapat menjayakan Ramadhan bersama-sama dengan keluarga tercinta.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6
Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?