Sambal Hitam Belimbing Buloh yang Kedua Kali


Sambal Hitam Belimbing Buloh Kali Kedua

Beberapa bulan lepas, dah pernah buat belimbing buloh di entri Pertama kali membuat resipi Sambal Hitam Belimbing BulohBuat sambal hitam belimbing buloh yang tidak berapa pedas. Dan, kali ini mencuba untuk membuat menu sambal hitam belimbing buloh untuk kali kedua. Ada sedikit perbezaan resipi dengan kali pertama dulu.


Cara memasak sambal hitam belimbing buloh kali ini, sama sahaja dengan resipi yang lepas. Cumanya, baru-baru ini petik belimbing buloh di rumah mertua agak banyak. Jadi, kita gandakan jumlah bebawang dan bahan masak lelain.

Sebelum ini, saya rebus belimbing buloh tu sampai jadi lembik dan kering. Tapi, kali ini saya kisarkan belimbing buloh dan rebus hingga kering. Nasib baik eksperimen sambal hitam belimbing buloh kali ini, masih menjadi walaupun kita kisar kasar. 


Nak cepat punya pasal, buat eksperimen cara baru dengan kisar belimbing buloh. Tapi, sama je sebenarnya nak keringkan air belimbing buloh tu makan masa juga. Banyak jam gak ler nak siapkannya. Semalam buat, hari ini baru siap.


Demi nak makan sambal hitam belimbing buloh. Cepat-cepat siapkan sambal hitam belimbing buloh tengah hari tadi. Sampaikan makan tengah hari tadi hanya dengan megi asam laksa je. Tapi,sedap juga makan sambal hitam belimbing buloh dengan maggi asam laksa.








Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
9 comments on "Sambal Hitam Belimbing Buloh yang Kedua Kali"
  1. sedap sambal hitam ni..
    dulu arwah mak akak selalu buat..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa..jual tak.lin?? Nak beli!!

    ReplyDelete
  3. saya tak pernanh bua sambal hitam ni..makan pun baru sekali, beli dengan kawan...tapi memang sedap la kan sambal hitam ni..cuma nak buat tu makan masa, berjam-jam..

    ReplyDelete
  4. syira suka buat ni..ada resepi dlm blog :D

    ReplyDelete
  5. memanggil2 rasa...nak kena order jugak ni kihkih kalau ada belimbing pun rasa mcm xterbuat hihi..

    ReplyDelete
  6. Banyaknya stok belimbing buloh. Pokok sendiri ke?

    ReplyDelete
  7. sedap ni kalau makan dengan nasi panas...nyum2..terliur pulak...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com