Hari-hari Dapat Hadiah

Hari-hari Anak Dapat Hadiah

Selalu kita dengar, rezeki anak, rezeki berkahwin dan macam-macam rezeki akan ada. Memang betul, tau ! Rezeki ada anak ni, banyak rezeki tak di sangka akan ada. Kalau nak ikutkan pendapatan kami berdua suami isteri ini. Kasi pagi..makan pagi, kais petang makan petang. Orang kata. Hujung minggu hari tu, hari-hari dapat hadiah. (Sabtu dan Ahad). Hadiah untuk anak, walaupun biasa-biasa je barangan itu. Alhamdulillah syukur sangat mummy rasa tau ! Rezeki anak-anak namanya ini !

Hari-hari Dapat Hadiah Dari Mana?


Hari-hari Dapat Hadiah

Pergi ke Giant Saujana Impian, cashier salah punch harga. Nak dapatkan balik duit, mummy kene ke kaunter customer service pula. Dalam hati berkata,"adoi, satu kerja pulak dah ni". Tapi, muka tetap senyum...sebab niat nak layankan anak-anak. Bawa anak-anak jalan sendirian tanpa suami memang agak mencabar. 

Hari-hari Dapat Hadiah

Nak di jadikan cerita, semasa mummy mengisi borang dan sesi pemulangan wang lebih. Sebelum kami beransur pergi dari kaunter customer service. Pekerja di Customer Service itu terus menghulurkan 2 botol air untuk anak-anak. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak ye. 

Hari-hari Dapat Hadiah

Suka budak-budak in dapat botol air sorang satu... tak gerak lah duduk dalam troli tu ha. Haha..apak kau tak de..korang memang kene duduk dalam troli je, ye ! Selamat dan senang mummy nak shopping ;)

Hadiah T-shirt Drypers 


Hari-hari Dapat Hadiah

Yang keduanya, anak-anak dapat t-shirt dari drypers. Kebetulan masa beli pempes tu, ada sales girl di situ. Mummy pun tanya, beli pempes banyak-banyak ini, tak ada gift ke? Terus dia keluarkan 1 helai t-shirt untuk Dhia. "Nah ini untuk anak you. Umur 2 tahun muat t-shirt ini". Mummy terus jawab,"eh, itu 3 tahun umurnya, adiknya yang nak masuk 2 tahun". Dhia nampak kecil, sebab kurus. Tapi, tingginya setanding umurnya. Ikut baka daddy, kurus. 

Dua kali pi shopping Sabtu dan Ahad...Dua kali gak lah, dapat gift untuk anak-anak. Alhamdulillah...memang rezeki anak-anak. Terima kasih ya Allah !
5 comments on "Hari-hari Dapat Hadiah"
  1. rezeki..rezeki tu mummy... :)

    ReplyDelete
  2. Untung ler. terdapat sedikit kejelesan di situ.

    Alhamdulillah rezeki anak-anak dan rezeki mak bapak juga.

    ReplyDelete
  3. untungnyaaa..alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  4. akak suka kalau ada anak kecik belikan baju kaler sama corak sama..tp nak buat camne bila anak akak sorang je..so terus ke anak buah la..nanti ada anak lain boleh la belikan baju sama corak sama kaler...sure comel..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com