Samping Raya Aidilfitri 2016 Dari Upin Ipin

Kain Samping Anak Untuk Raya 2016 Dari Upin Ipin


Mummy ingatkan, dah habis dah persiapan Raya Aidilfitri 2016 dalam misi pencarian baju  Raya Aidilfitri 2016 anak-anak. Tempoh hari dah beli Baju Melayu dan tshirt jeans untuk Raya Aidilfitri 2016. Hahaha rupanya, kain samping Dzal Aidi Fiqry ini, belum beli. Nak ikutkan mummy, malas nak bersamping untuk anak. Pakai pun tak lama. Tapi, biasalah daddy budak ini..perfect orangnya. Mummy akur aje ! Kali ini, kami memilih kain samping anak untuk Raya Aidilfitri 2016 dari Upin Ipin. Beli di Jakel Shah Alam.  



Bukan mudah nak beli kain samping anak ye...tengok tu..ke sana ke sini si Dzal Aidi Fiqry. Nak cari pulak yang matching dengan samping daddy.


Jumpa samping yang sedondon warna dah...walaupun baju melayu daddy dan anak mempunyai tona warna yang berlainan.


Hilang dah Dzal, nak kemana pulak tu. Bertabah lah mummy dan daddy. 



Nasib bukan bulan Ramadhan, kalau bulan puasa nak cari barang anak-anak macam ni. Mahu tak jadi shopping nanti mummy dan daddy.


Akhirnya, dapat dudukkan Dzal Aidi Fiqry, nampak suit samping tu dengan dia. Boleh la, amek samping yang ini untuk Dzal Aidi Fiqry.


Suka dapat kain samping Upin Ipin !


Harga samping ini RM15..tawar menawar, dapatlah RM10. Murah,kan? Yeaaaay, Misi mencari baju raya Aidilfitri 2016 untuk anak-anak...BERES !!! 


7 comments on "Samping Raya Aidilfitri 2016 Dari Upin Ipin"
  1. wahhh dah siap nak beli baju raya.. comel jew..

    ReplyDelete
  2. morning♥..
    wah!dah start misi mencari baju raya yea...
    bestnya...coemy ke dia pakai samping tu..

    ReplyDelete
  3. comelnya sampin...boleh beli untuk anak shaila ini...hihihi

    ReplyDelete
  4. oo kat jakel ek, insyaAllah nak pi carilah

    ReplyDelete
  5. alolo.. comel! ramai yang start buat persediaan utk raya.
    X lama lagi da puasa... sedang elok orang kata skrg ni buat persiapan, xde la bersesak masa puasa nnti. =)

    ReplyDelete
  6. Bagus betul kak linda.. Siap awal2 beli baju raya

    ReplyDelete
  7. aik? mcm sama dgn sampin ijat thn lepas hi hihi :)
    tahun lepas pun aida beli 1 psg baju melayu upin ipin jakel.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com