JATUH CINTA DENGAN REVLON COLORBURST MATTE BALM

Tetiba mummy terjatuh cinta dengan Revlon Colorburst Matte Matte Balm. Yang sebenarnya, lipstik merangkap balm juga. Berbentuk ala pencil. Mudah nak bawa. Warna keluaran Revlon Colorburst Matte Matte Balm ini pula, banyak yang menarik. Sebab tu...mummy terjatuh cinta dengan Revlon Colorburst Matte Matte Balm.


JATUH CINTA DENGAN REVLON COLORBURST MATTE BALM 


JATUH CINTA DENGAN REVLON COLORBURST MATTE BALM

Sebenarnya, lama mummy tak shopping barang make up. Dah masanya, kene beli lipstik baru. Warna ikut kulit pula pilihan kali ini. Ala-ala oren pink gitu. Kebetulan dalam koleksi mummy tak ada warna ini lagi.

KOD 245 REVLON COLORBURST MATTE BALM 


JATUH CINTA DENGAN REVLON COLORBURST MATTE BALM


Pilihan kod warna Revlon Colorburst Matte Matte Balm ini, mummy memilih kod 245. Walaupun beli online, warnanya sama seperti dalam web. Tak ada lari langsung !

Revlon juga antara jenama kosmetik kegemaran...memang produk Revlon tak pernah mengecewakan mummy.

Nak tahu warna lipstik yang sesuai ikut kulit? Jom baca :-


JATUH CINTA DENGAN REVLON COLORBURST MATTE BALM


3 Tips Memilih Warna Lipstik Yang Tepat Dengan Warna Bibir


Jika warna bibir cenderung warna pucat. Warna lipstik yang sesuai ialah yang lebih kearah beige ataupun warna merah muda 

Untuk bibir yang berwarna sederhana tidak pucat dan tidak gelap. Korang boleh memilih lipstik berwarna yang lebih kearah warna bunga mawar atau warna coklat.

Pada korang yang memiliki warna bibir yang agak gelap. Warna lipstik blackberry, purple atau coklat paling sesuai.

5 Tips Memilih Warna Lipstik Yang Tepat Mengikut Warna Kulit Wajah

Pilih Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Selain itu, warna kulit muka juga memberi impak pada pemilihan warna lipstik. Warna yang tak sesuai dengan kulit wajah mungkin akan kurang AURA nya. 

Bukan tak boleh nak pakai warna yang macam-macam kan.

Kulit Putih Terang
Untuk orang yang berkulit putih terang. Mereka jenis ini sesuai dengan warna-warna lipstik yang lembut seperti pink, peach, berry, wine, beige, plum, merah.

Pendek kata, banyak warna yang sesuai dengan orang yang berkulit putih terang dan cerah ini.

Kulit Kuning Langsat
Manakala kulit kuning langsat ini sangat sesuai dengan lipstik berwarna dark berry, red cherry, oren, warna merah maroon.

Lipstik berwarna nude atau natural pula akan membuatkan rupa paras orang yang berkulit kuning langsat ini nampak  pucat dan kusam.

Kulit Sawo Matang
Kulit sawo matang pula sangat sesuai dengan warna lipstik yang merah yang kearah lebih gelap, seperti warna merah berry, merah maroon atau merah coklat. 

Orang yang memiliki warna kulit sawo matang ini sebaiknya elakkan warna oren ataupun warna merah jambu. Warna-warna ini akan membuat make up nampak kurang segar dan sedikit kusam.

Kulit Gelap Atau Hitam
Bagi yang memiliki kulit gelap atau hitam. Warna lipstik paling sesuai adalah coklat, natural dan tidak berlebihan. Boleh juga memilih warna coklat kopi, red wine, ungu, karamel, prem.

Hehehe tetiba mummy confuse pula dengan kulit warna mummy. Belasah je lah ye... pakai sahaja lah lipstik warna apa. 

So far, dalam koleksi mummy ada lisptik warna pink, merah, purple dan oren.
5 comments on "JATUH CINTA DENGAN REVLON COLORBURST MATTE BALM "

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com