Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak | Jumaat baru ni, mummy ke hospital.. ramai yang tertanya-tanya kenapa dengan mummy. Dah nak bersalin,ke? Mummy hanya mampu jawab sakit perut je. Maaf ye, bukan nak sombong tak berjawab. Masa tu, mummy agak stress dan tak tahu apa yang terjadi dalam perut. Kisah awalnya, pagi Jumaat tu..perut sebelah kiri sakit sangat. Tak tahu nak cakap sakitnya, macam krem pun ada, macam keras kejung pun ada. Dah pulak tu, bila pusing ke kiri dan  kanan masa tidur. Baby pun diam je kejung. Selalunya, setiap kali mummy tukar posisi. Baby akan bergerak sama atau bagi reaksi. Setiap baby dalam perut tak sama perangainya. Dhia dan Dzal juga berbeza. BabyD kali ini, memang jenis aktif. Boleh di katakan, suka nau lah  berguling-guling dalam perut. Bila dia pause aktifnya, memang risau sangat-sangat !

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak


Pagi Jumaat tu, ingat nak terus ke Klinik atau hospital sebab baby masih tak gerak lagi. Bila memikirkan yang mummy pegang kunci ofis. Bos dan anak bos pula kadang-kadang susah nak di hubungi pada waktu pagi. Maka, mummy ke ofis juga pagi tu, tak mahu staf seorang lagi tertunggu-tunggu di luar ofis.

Bila bos dan anak bos (pekerja merangkap bos) sampai, mummy terus minta kebenaran nak keluar. Sebelum keluar ofis, sempat menyiapkan beberapa modul untuk seminar Sabtu (esok harinya).

Kebetulan pula, Sabtu tu kami organised seminar FB Ads, Marketing Online, Offline dan Asas Blog kepada stokis dan agen baru.

KE HOSPITAL SERDANG DAN HOSPITAL KAJANG


Mummy terus ke Hospital Serdang (sebab history beranak nombor 1 dan 2 di sana). So, mesti mudah jika cek di sana.

Sampai Hospital Serdang....mereka tolak mummy ke Hospital Kajang. Dengan alasan, pesakit ramai dan alamat rumah mummy di Kajang.

Okay, fine...drive lah sengsorang ke Hospital Kajang. Pada waktu ini, baby dah gerak. Ada pergerakan dah, tapi....takkan nak patah balik ke ofis? Apa bukti yang nak di berikan pada majikan yang mummy ke Hospital?

Sampai di Hospital Kajang, dalam 12.15 tengah hari. Seperti biasa, mummy di kehendaki ambil air kencing, cek tekanan darah, cek heart beat baby. Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik. 

Doktor terus bertanyakan soalan kepada mummy tentang masalah mummy. Mummy terus cerita dari kisah minggu lepas ada air jernih keluar hinggalah masalah Jumaat pagi.

Masa ni, kena marah sekejap dengan doktor sebab masa ada air keluar Sabtu tu. Kenapa tak ke klinik atau hospital. Hehehe. Tak mampu nak jawap apa-apa. Sebab dah seminggu berlalu..

Beberapa jam kemudian, doktor pakar sakit puan datang scan dan cek dalam perut untuk kira pergerakan baby dan heartbeat baby sama ada konsisten atau tidak.

Pendarahan dalam perut juga tidak ada, air ketuban pun cukup.

Pemeriksaan secara konsisten itu di ambil dalam masa beberapa minit. Nak ikutkan monotoring ini nak kena buat dalam masa 24 jam. Kalau dah 24 jam tu...haruslah kena admit,kan! 

Tapi, bila doktor tanya nak admit atau tidak. Mummy jawap tak perlu. Sebab semua dah berada dalam keadaan yang normal.



Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak


Maka, mummy tak di masukkan ke hospital. Tapi, dalam buku merah ni tertulis "Mother satisfied, not keen for admission". Oh my !!! Kalau jadi apa-apa kat rumah, kiranya hospital tak bertanggungjawab.

Sepanjang di hospital Kajang tu, bertalu-talu Whatsapp dari bos. " U kat mana?' "Berapa lama lagi u di sana?"

Stress o.....

Tapi, mummy faham. Mana ada bos yang nak positif dan huzunon sangat dengan staff. Boss always right. Sebab boss bayar gaji, ma! Hehehe.

Staffs always not right. Staffs always ngok ngeks. Sebab tu, staff jadi staff. Sebab tu, mummy masih makan gaji dan tak jadi bos. Betul, tak?


Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak
Jam 12.43 tengah hari

Mummy siap curi-curi amek gambar dalam hospital untuk Whatsapp pada bos. Padahal dalam tu, tak di benarkan ambil gambar.



Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak
Jam 3.35 petang


Maaf Hospital Kajang ! Demi sesuap nasi je, ni. No viral-viral yang negatif.

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak

At the end, mummy MC satu hari. Bila inform boss. Boss jawab, "nak buat macamana...."

Tapi, seminar Sabtu tu kena datang lah. As usual, kami ada 2 staff sahaja. So, 2 staff ini lah kena buat A-Z untuk seminar. Kalau mummy tak datang, sian lah staff sorang lagi satu tu dan anak boss pun kena buat kerja yang banyak.



14 comments on "Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak"
  1. Susah jugak kan boss tak memahami ni, bukan kita saja² buat sakit kan? Moga kandungan linda terus dalam keadaan baik sehingga melahirkan.

    ReplyDelete
  2. kuat mummy kerja even dah sarat. boss memang kadang2 tak faham sebab kalau dia nampak kita sihat, dia assume kita sihat je tak ada problem..huhu

    ReplyDelete
  3. Allah, sian Linda.. susah juga kalau Bos tak boleh berlebih kurang dan faham situasi kita nie kan. Sabar ya Linda..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah yg pnting baby dan ibunya ok..c bos tu abaikan jelaaa...xyah stress2kan diri fikir psal dia..msuk kiri kluar knan ^_^

    ReplyDelete
  5. Yang penting baby..
    kerja pun penting cuma keje masih boleh ketepikan dlu...
    Semoga Allah permudahkan semua urusan akk..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semua okay.. Lantak la bos tu nak kata apa, memang selalu juga dengar patient ena dulu masa praktikal kat KK mengeluh dengan bos sebab susah nak minx keluar utk cek baby.. Nak buat camne, sabar jelah

    ReplyDelete
  7. hmm...stress kalau akak kat tempat linda..bos pun macam tak caya je..huhu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tak de apa2. Family first lynda. Kerja ketepikan dulu... Semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  9. Tak mou stress2 lagi kak linda. sian kat baby dlm peyut tu. Take k kak linda

    ReplyDelete
  10. faham perasaan tu. dulu 9bln kena p site jgk.huhu.

    apapun take care. penat sgt kot. banyakkan rehat ye

    ReplyDelete
  11. Semoga semuanya baik2 saja. Take care ye.

    ReplyDelete
  12. take care sis.harap semua selamat.baby saja je tu buat surprise

    ReplyDelete
  13. Moga dipermudahkan urusan mommy lyn bersalin nnt

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com