TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !

TERMINATE P1 4G, AMBIL DIGI BROADBAND ! - Hai korang..sekarang ni, hidup tanpa internet.. ibarat makan nasi tanpa air, kan? Lelagi macam mummy ni ha..kerja hakiki pun kena ada internet, kerja suka suka pun kena pakai internet. Sian daddy tu ha, makin kuruih kering kena bayar itu ini ! Hehe bertabahlah daddy ek ! Korang pakai internet apa? Mummy kalau untuk rumah pakai P1 4G (internet unlimited) , untuk mobile (hand phone) kami laki bini pakai Maxis mummy 30GB internet dan daddy pulak Maxis dia ada 10GB.


TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !
P1 4G untuk di pulangkan


TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !


Kenapa tutup P1 4G? Kitorang perasan, internet kitorang tak stabil beberapa bulan lepas. Rupanya, P1 dah di ambil alih oleh WEBE (under TM). Tu pun dapat tahu, bila daddy tunjukkan email dari P1 4G. Mummy blur-blur juga masa baca email tu. Rupanya senang je. Isi borang P1 4G (online) letak nombor telefon daddy, terus P1 4G call daddy. Pastu pi mana-mana cawangan untuk buat termination.

Walaupun P1 4G dah tak ada, owner WAJIB buat termination (penutupan akaun) juga. Jika tak tutup P1 4G tu, nanti. Bil tetap akan berjalan walau data internet tak ada. Billing tak stop !

Jika nak sign up pakej under WEBE (TM) unifi atau streamyx. Kena sign up sendiri datang walk in ke mana-mana cawangan.

Kami ke WEBE center di Sunway Pyramid bebaru ni. Sebab senang nak pi buat comparison telco lelain dan sign up broadband baru.

Punyalah rajin kitorang ni, dok bawa semua device yang hado.

Rupanya, tak perlu pulangkan balik pun device (warna hijau yang besar tu) semua. WEBE tak nak pun hehe.

Bawalah balik rumah semula, untuk kenang-kenangan hehehe

5 KRITERIA MEMILIH LINE INTERNET UNTUK RUMAH KAMI


Jenuh juga memikirkan beberapa minggu, nak pakai line internet apa untuk rumah. Oleh kerana, kitorang ni jenis berpindah randah. Kitorang laki bini prefer internet yang portable. Kiranya macam P1 4G tu lah, boleh bawa gi jenjalan, balik rumah mak, balik rumah mertua dan bawa ke lain-lain tempat.

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !
sambil menunggu mummy dan daddy. anak-anak main tab yang DIGI sediakan

Keduanya, kitorang nak murah. Of course, lah kan. Sape yang nak bayar memahal hehe.

Ketiga, kriteria kami nak kuota internet yang banyak. Almaklumlah, banyak device nak connect nanti kat rumah hahaha.

Keempat, nak kelajuan internet yang stabil. Tak nak macam chipsmore...kejap ada..kejap tak de. 

Kelima, nak coverage line yang cantik untuk kawasan rumah mak, rumah mertua dan rumah sendiri.


TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !

Cari punya cari..tadaaa. Digi Borandband Portable untuk kami !


KENAPA MEMILIH DIGI INTERNET BROADBAND UNTUK RUMAH?


Kenapa kitorang memilih DIGI internet broadband untuk rumah? Sebab-sebabnya :-

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !
tu broadbandnya tu..comel je

1. Murah berbanding telco lain. DIGI BROADBAND ni hanya RM100 sebulan , campur GST jadi RM106 setiap bulan.

2. Boleh bawa ke sana sini broadbandnya. Device broadband pulak, tak perlu bayar memahal beratus-ratus macam company *** . RM5 sebulan je kena bayar selama 12 bulan.

3. Kuota internet 100GB sebulan. Hopefully cukup kot ! Sebab mummy dan daddy ada sendiri puye internet juga iaitu 30GB + 10 GB +12GB  ( 3 line hadoo !)

4. Kelajuan DIGI stabil dan cun area rumah mak, rumah mertua dan juga rumah sendiri !

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !

5. Dan faktor lain yang menyebabkan kami pilih DIGI Sales girl DIGI baik, layan kitorang berjam-jam lamanya. 

6.  DIGI ada banyak cawangan (kalau ada masalah..senang nak berurusan dan mudah bayar)

7. Last but not least...dah daddy yang bayar bulan-bulan. Mummy on jeee hehehe 

Btw, I miss P1 4G so much...lama berjasa dan tak pernah menyusahkan kami ! sobss..sobss.

22 comments on "TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !"
  1. Betul Linda, sekarang nie internet antara keperluan kan. Kak Sue yang berniaga nie pun nak kena ada internet, nak cek order n payment.. senang.. ehehe..

    ReplyDelete
  2. makin banyak lah enteri mommy lepas ne 100gb tu

    ReplyDelete
  3. akak & husband mmg pengguna setia Digi untuk mobile..tapi klu kat rumah guna TM..

    ReplyDelete
  4. Ana dah guna Digi nak dekat setahun kak. Coverage cun dan paling best menjimatkan sebab pakej yg ditawarkan tu murah compare dengan provider yg lain. P1 tu masa keje dulu Syahmi terminate terus sebab coverage dia tak stabil. 5 tahun lps rasanya.

    ReplyDelete
  5. emi guna yg huddle yes 4g tu . Mahal jgk la bulan2 tp tak sempat lg nak survey data plan lain. Huhu

    ReplyDelete
  6. wah.. menarik ni.. tapi kat area umah TB line DIGI zero.. adoi.. takde coverage.. jenuh la pusign2 cari tempat dan ceruk yang line ok .. susah.. huhu.. tapi kalau kat umah abah.. excellent.. Digi cover giler2.. intenet laju

    ReplyDelete
  7. Wow! Berbaloi gak kan. Hurm. Membuatkan Rawlins terfikir 'adakah perlu berubah hati dan berpaling kasih jua?' hahaha

    ReplyDelete
  8. Tak pakai internet pon kat rumah. Harap kan HP postpaid ni je lah.

    ReplyDelete
  9. tmpt zaza digi ok..laju jgk.. tp zaza pakai yes ni..sekali sekala semput kadang laju..

    ReplyDelete
  10. Rumah saya line DIGI siput.. Sy dgn suami baru register UNIFI

    ReplyDelete
  11. Menarik juga internet Digi ni. Harga pun berbaloi. Kalau coverage Digi kt area rumah ok, dah lama ambil ni tapi tak cun pulak. Macam siput hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. Akak rasa nak terminate la broadband sekarnag kan..duk bayar je...menarik internet DIGI ni kalau bleh dibawa kemana- mana

    ReplyDelete
  13. Pakai Unifi kat rumah je. Kalau travel guna wifi atau bukak data....

    ReplyDelete
  14. Line DIGI pun dah ok sekarang , kalau dulu mungkin kureng . Yang penting skrg memang harga pun kan. Kira pakej la kalau line cantik ... harga murah , sangat berbaloi

    ReplyDelete
  15. macam bagus. I am still using Unifi...

    ReplyDelete
  16. blh consider juga ehh digi ni..cam menarik

    ReplyDelete
  17. Untuk mobile date pakai Maxis. Kebetulan pula dapat upgrade free ke 40GB. Kat rumah pakai UniFi, but wireless memang akan ada isu coz bila broadband mesti kena pakai kabel untuk connection stabil. Tak sama dengan mobile network yang disedikan oleh kebanyakan telco. Betul tu bila subscribe portable wifi, mesti kena ambil coverage area supaya kat mana-mana boleh pakai. Perkongsian baik.

    ReplyDelete
  18. Line internet ni memang penting utk kerja-kerja sekarang ni kan. Boleh jadi gila tkalau tetiba hilang line internet. Dah bukan kehendak, dah jadi keperluan skang ni. Takleh imagine hidup dulu-dulu tanpa internet heheh

    ReplyDelete
  19. Internet fuhh, xde xthu macam mana

    ReplyDelete
  20. saya nak tunggu internet yg pantas jugak!
    tunggu sampai tua tua dah!

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com