Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia

Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia - Minggu lepas merupakan Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia. Perasaan mummy excited dan seram pun ada jugak. Almaklumlah kan..Dhia tu anak pertama kami dan juga pengalaman pertama kami untuk Parent's Day.

Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia


Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia

Yeayyy..ada juga gambar kami semasa Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia. Thanks so much Cikgu Ina. Mummy walau blogger dan hobi suka ambil gambar. Tapi, mummy tak berani nak memandai ambil gambar. So, mummy cilok gambar yang daripada sekolah je lah. 

Alhamdulillah, cikgu berikan positive feedback untuk anak kami semasa Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia. Perilaku dan perkembangan Dhia sangat matured serta nak lantik Dhia sebagai ketua kelas untuk tahun depan (cikgu lah yang cakap). 

Erm..boleh ke jadi ketua kelas tu haha. Confuse pulak mummy.

Walau cikgu cakap Dhia ada sifat kepimpinan, fokus dan cepat belajar. Mummy masih tak menaruh apa-apa harapan buat Dhia. Biasalahkan, budak perempuan....terlebih matured. Tambahan pula, Dhia tu dah di biasakan ikut mummy bekerja tak kira kerja hakiki mahupun blogging.

Exposure tu semua yang membantu perkembangan Dhia. Syukur alhamdulillah !

Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia

Sambil mummy bersessi dengan cikgu untuk Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia. Sempat pulak Dhia selongkar amek pen dan kertas dalam handbag mummy dan melukis. Haha..anak oh anak !

Cuti sekolah panjang lagi sebulan je. Mummy dok memikirkan samada Dhia nak di masukkan ke kelas tuisyen ke macamana. Dah biasa bersekolah, kalau cuti lama sangat duduk rumah. Pasti Dhia akan boring.

Korang ada idea?
4 comments on "Parent's Day Di Tabika KEMAS Dhia"
  1. Cari tadika yg ada daycare utk sebulan ni, so boleh juga belajar.

    ReplyDelete
  2. thn ni last la aida amik result di tadika, alin.
    ijat bakal grad 20 nov nanti. aduhai... sedih ada. happy pun ada.
    semua dah naik skola betul.
    kenangan diorang di tadika is very meaningful.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com