SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2

SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2Sebelum mummy cerita tentang SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2 ini, mummy nak share gambar mummy dengan mak dan adik kepada pengarah POLIS EVO 2 Joel Soh. Hehe tak dapat bergambar dengan pengarah POLIS EVO 2, dapat bergambar dengan mak dan adiknya pun dah mampu buatkan hati mummy berbunga-bunga hehehe.

SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2



Aunty ni, rupanya seorang lawyer di Kuala Terengganu, sangat peramah dan  merendah diri. Semasa kami bertemu, beliau yang menegur mummy terlebih dahulu dalam satu event. Tak sangka beliau adalah mak kepada Joel Soh pengarah movie Polis Evo dan juga mak kepada Joanna Soh Asia #1 Fitness YouTuber.

Oleh kerana mummy kejar masa, sampai lupa bertanyakan nama aunty ini dan firm nya di Kuala Terengganu ! Haissss, so bad mummy Linda ni kan !





Walau apa pun, mummy memang salute dengan anak-anak aunty ni...banyak tips yang aunty ni share dengan mummy. Masa jumpa tu, rasa macam tak nak balik hahaha. Sebab macam banyak pulak soalan yang mummy nak tanyakan. Gitulah mak mak ni kan !


Berbalik SINOPSIS POLIS EVO 2, mummy suka dengan arahan Joel Soh ini, cerita ni nampak hidup dan tak boring ! Berkisahkan tentang polis, Inspektor Sani dan Khai terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.


PELAKON POLIS EVO 2


Polis Evo 2 ini arahan Joel Soh & Andre Chiew di mana pelakon Polis Evo 2 ialah CastZizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis YinZizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis 



Synopsis : 
9 comments on "SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com