ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS"

ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS" - Hai semua, korang tahu tak yang Guardian malaysia ada mengadakan anugerah "MOST VOTED BRANDS" kiranya, kita undi brand kegemaran kita dan korang boleh memenangi wang tunai serta baucer dari Guardian ! Ha...menarik tak anugerah GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS"

 

ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS"

ANUGERAH ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN KINI KEMBALI PELANGGAN GUARDIAN MALAYSIA BERPELUANG MENGUNDI JENAMA KEGEMARAN MEREKA SEKALI LAGI !! LEBIH DARIPADA 300 PRODUK TERKENAL BERSAING DALAM 73 KATEGORI
 
Jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA akan berpeluang untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan mereka, sekali lagi, dan memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000.

Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20, telah bermula hari ini (5 September) dan bakal berakhir pada 29 September 2019.
Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, berucap di majlis perlancaran kempen itu berkata: “Kami sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor kami!”

 
 









“Sebenarnya, 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini, menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Dan oleh kerana undian adalah daripada para pelanggan kami, iaitu pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini, ia memberikan penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka dikalangan pengguna.

Undian secara keseluruhannya, akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.

Menjelaskan lebih lanjut tentang Anugerah tersebut, Ms Wong menambah: “Ketika Guardian Malaysia mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenama kegemaran mereka. Hari ini, anugerah ini lebih relevan kerana kami didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan kami, pilihan dan trend yang sentiasa berubah.”


“Saya yakin Most Voted Brands Guardian Malaysia merupakan salah satu acara anugerah yang paling definitif dan berprestij di negara ini, dengan mengambil kira kesan dan populariti produk, jenama dan kategori yang terlibat,” tambah beliau.
















 
 

Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian.


Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.


Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka.


Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali, layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya, yang menawarkan peluang yang lebih besar untuk memenangi Hadiah Utama.


Jadi para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang untuk mendapatkan baucar produk.


Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September dan 29 September 2019.


Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.


Hadiah Mega adalah seperti berikut:

- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000

- Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500

- Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.


Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli.


Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term


Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!
 

3 comments on "ANUGERAH GUARDIAN MALAYSIA "MOST VOTED BRANDS""
  1. Wah! macam-macam contest ada di bulan September ni kan

    ReplyDelete
  2. Banyaknya contest bulan 9 ni..sampai tak bleh nak monitor dah..dan selalunya memang banyak terlepas...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com