70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA

70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang nak pi travel ke tu? Ehem..ehem..bia...

70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang nak pi travel ke tu? Ehem..ehem..biasalahkan, cuti sekolah atau cuti umum (Public Holiday) inilah masanya nak pi bercuti,kan? Jimat sketlah cuti tahun tu ha. Cuti tahun kerja tu, boleh buat standby cuti lain pulak ! Sebenarnya mummy nak war-warkan pada korang yang suka travel dan addicted dengan luggage (macam mummy). Sekarang ini ada 70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA tau ! Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal tokidoki yang mahal tu ha. Kalau dah diskaun sehingga 70% tak ke murah tu,kan? 

70% DISKAUN BEG tokidoki DI GUARDIAN MALAYSIA



Mummy dah terjah tengok dah kesemua bag tokidoki ni ha kat Guardian. Memang material dia bagus dan berkualiti. 


GUARDIAN MALAYSIA TAWAR SIRI BEG KEMBARA EDISI TERHAD UNIK DAN EKSKLUSIF tokidoki X GUARDIAN



Guardian Malaysia sentiasa dan terus menceriakan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan mereka. Mummy rasa banyak kolaborasi brands yang best ada di Guardian. Sesebelum ini, ada kolaborasi dengan Ariani, Neelofar dan sekarang ni dengan tokidoki !

Menerusi kolaborasi terbarunya dengan jenama gaya hidup ikonik dan terkenal, tokidoki. Guardian melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh didapati pada harga istimewa bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019 di semua stor Guardian.

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.”


“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%.”

“Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”

“Oleh itu, Guardian sangat berbesar hati apabila Simone Legno menghasilkan hasil seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter-karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor berwarna oren yang mewakili stor Guardian.”

“Kami percaya bahawa Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki akan menjadi rebutan pelanggan kami kerana mengembara merupakan satu bahagian penting dalam gaya hidup moden kita. Pelanggan kami mementingkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, dan salah satu cara terbaik untuk menikmati pengalaman tersebut adalah dengan mengembara. Oleh sebab itu kita kini menyaksikan ledakan dalam industri kembara dan tiada masa yang lebih baik untuk kami melancarkan promosi ini dengan cuti Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah Cho.

Dalam sebuah klip video khas yang dirakam untuk majlis pelancaran ini, Simone Legno berkata beliau sangat bangga untuk berkolaborasi dengan Guardian Malaysia, peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, di atas inisiatif berkesan ini dan berharap beg-beg kembara ini bakal memberi inspirasi kepada semua ahli-ahli kembara tokidoki yang baru.

Simone berkata: “Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kembara tidak dapat dipisahkan.” “tokidaki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru.” “Dan mengembara boleh menjadikan detik itu satu kenyataan,” jelas Simone.

MACAM MANA NAK DAPATKAN BEG tokidoki DI GUARDIAN?


Untuk mendapatkan beg-beg kembara tokidoki ini. Senang aje ! Korang hanya perlu ke Guardian dan membuat :-

1. Pembelian sebanyak RM30 dalam satu resit dan ke atas, untuk barangan jenama yang mengambil bahagian seperti Pantene, Blackmores, Dove, Nutox, oral B, dan banyak lagi.

atau 

2. RM50 dan ke atastanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.

Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat.”

Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa;



• Beg Tote RM80 (Belian dengan Belian) RSP* RM280

• Beg Sandang RM100 (Belian dengan Belian) RSP* RM440


• Bagasi RM170 (Belian dengan Belian) RSP* RM600
* RSP = Regular Selling Price

Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelanggan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit atau RM50 dan ke atas, tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.

Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat.”






Dah, jommmmm keep calm & let's travel hehehe. Oh ya ! tokidoki X Guardian ada melancarkan giveaway untuk koleksi semua ini. Korang boleh check it out di :-

Baca Ini Juga


8 comments

  1. wow yang luggage tu comey !! penuh doodles soooo colourful.

    ReplyDelete
  2. Jauh beza betul harga promosi dengan harga asal. Menggoda sungguh. Ni yang buay nak membelinya.

    ReplyDelete
  3. Adoi.. comelnya design beg dia.. nie kalau beli memang tak lepas dari mata nie..

    ReplyDelete
  4. Colourful dan comel lah beg tokidoki guardian ni. mesti ramai yang berebut nak beli ni

    ReplyDelete
  5. cantiksangat beg ni kakak oi..ras anak rembat satu je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -