AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API

AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API - Assalamualaikum dan selamat sejahtera, huhu kemahen betul lah blog mummy ni ...

AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API - Assalamualaikum dan selamat sejahtera, huhu kemahen betul lah blog mummy ni ha. Dah macam Chispmore. Sekejap ada entri, sekejap tak ada entri hahaha. Okay, so hari ni kasik pecah telur update satu entri. 

Sebenarnya, kalau mummy terlebih aktif di facebook. Macam ni lah, blog memang ermmmmm...krik..krik. Banyak nau story nak up kat FB tu ha, okaylah. Mungkin korang yang dah tengok FB mummy, korang dah tahu pasal BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API 


AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API 




Alkisahnya.....Dok tengok gambar buah-buahan + asam + gula + garam + cili api lalu lalang di FB mummy tu ha. Tekak pun tetiba lah rasa teringin. Aip bukan mengandung tau...normal lah kan tengok buah gini..memang kecurrrr.

Okay nampak kat FB tu ada orang jual, tapi kalau ngoder. Tak dan nak sampai immediately 😭😭 dah teringin sangat tekak nak makan BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API

Makanya, terus keluar rumah bawa anak-anak pi borong buah kat giant. Balik  dari shopping, terus lah kita kupas, potong & make up kan ikut kehendak anak tekak.



CARA BUAT BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API 


Cara mummy buat BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API senang aje...
1. Potong dan bersihkan buah mangga dan jambu batu.

2. Sejukkan ke dalma peti ais sekejap (bahagian beku) supaya cepat sejuk.

3. Keluarkan buah, taburkan serbuk asam boi, sedikit gula, sedikit garam dan cili potong ke atas buah.

4. Sedia untuk di makan..perghhhhhhhhhhhhh sedap wei !



Husband kita tak suka cili api, sebab gastrik kan. So, cili api tu, utk mummy perabihkan. Tinggal tak ada cili api untuk cik husband kita hehehe

Alhamdulillah, sekali ngadap laki bini & anak-anak 😜

Baca Ini Juga


5 comments

  1. Saya tengok pun kecur dibuatnya kak

    ReplyDelete
  2. alamak linda buat akak kecur gak la

    ReplyDelete
  3. Aduyaiii...x nak la tgok gambar....

    ReplyDelete
  4. kita pula kecur air liur nengok.. hehehe..
    Sedap lagi buat sendiri dan puas makan..

    ReplyDelete
  5. ni entri zalim ni, alin.
    mcm nak gi buat jer nih!
    best nyer. krup krap makan depan tv.
    my feveret tau.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -