SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020

SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020 - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Memandangkan anak nak sekolah darjah 1 tahun depan (tahun 2020) dan tok mak depa ni pun ada bagi tahu nak sponsor baju sekolah cucu-cucunya. Kebetulan beberapa hari lepas tak sihat, klinik yang mummy gi, sebelah pulak dengan BB KIM WAH. BB KIM WAH Subang Perdana ni, dah jadi tempat favourite kami beli barang sekolah anak. Dah terlanjur balik dari klinik. Mummy amek kesempatan buat SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020

SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020



Sebenarnya, mummy bukan sahaja buat SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020 untuk harga baju di BB KIM WAH, tapi ada buat survey beberapa kedai baju di sekitar Subang Perdana.. Untuk mummy semak harga juga. Sebab daddy bebudak ni, nak tahu total price untuk Dhia 6 pasang baju (sekolah agama, sekolah kebangsaan) dan Dzal baju tadika KEMAS. 

BB KIM WAH SUBANG PERDANA - SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020

Harga baju dan kain sekolah anak berbeza mengikut Saiz. Untuk Dhia mummy tak ambil yang terlalu kecil. Mungkin Saiz 24 ni okay. 



Harga baju kain licin jenama Cemerlang RM16.90


Untuk Bella darjah 3, hat ni sesuai



Harga baju sekolah jenama canggih RM31.90


Baju Dzal Tabika KEMAS RM19. 90


Seluar sekolah Dzal RM13. 90


Baju DALAM Dhia : RM9. 90


RM3 pun ada.. Tapi, daddy kata takut jenis panas



Kain sekolah agama dan kebangsaan untuk Dhia RM16. 90




Tudung sekolah agama Dhia RM9.90


Stokin hitam 3 pasang ; rm9. 90

KAWANMU SUBANG PERDANA - SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020

Untuk kedai kedua mummy survey di kawanmu ni pula, berlainan harganya. Kualiti pun tak sama macam Cemerlang. Mummy suka kain jenama Cemerlang. Memang sangat Cemerlang! Haha


Baju Dhia : RM19. 90


Kain sekolah kebangsaan : RM16. 90


Kain sekolah agama Dhia : RM17.90


Baju sekolah Dzal : RM16. 90 (murah)

Stokin hitam : 3 pasang RM7. 90

Dan terakhir survey baju sekolah di MM, harga mahal banyak. Tapi, di MM ada jual tudung sekolah agama dhia jenis getah bahagian dagu. Senang pakai tudung! Tak payah pin. Harga RM9. 90

Total BB KIM WAH untuk Dhia dan Dzal : RM295 (termasuk seluar sukan) 

Total KAWANMU untuk Dhia dan Dzal : RM285 (termasuk seluar sukan) 

So, nampaknya kena beli pecah barang antara dua kedai ni. Nasib baik 2 kedai ni tak jauh. So, boleh pecah kan dua kedai nampaknya hehe. 

Bajet total untuk pakaian sekolah Dhia dan Dzal adalah : RM263. Ini termasuk 3 pasang baju sekolah kebangsaan, 3 pasang baju sekolah agama, 3 helai baju dalam (singlet), 3 pasang stokin, 2 seluar sukan, 3 helai tudung, sepasang baju sekolah kemas Dzal, 1 helai seluar sekolah Dzal dan 3 pasang stokin Dzal.

Bajet yuran dan sekolah Dhia untuk darjah 1, boleh baca di : SINI
7 comments on "SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020"
  1. Memang bagus sebelum beli kita survey dulu harga. Macam saya beli sikit sikit kak. Ikutkan sekarang ni tinggal nak beli buku sekolah je. Baju sekolah semua dh settlw. Tinggal nak beli tudung je. Sekali cikgu sekolah call bagitahu Aina dilantik sebagai PRS uniform dia warna ungu. Dah kena beli baju sekolah lain. Baju dia, adik dia Auni lah dapat.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kak surgery Harga dulu before membeli

    ReplyDelete
  3. terbaik kak. senang dah survey nanti boleh beli kat mana yang lebih berbaloi harga dan kualiti

    ReplyDelete
  4. Good sharing Linda.. boleh lah mak-mak semua refer sini kan untuk budget baju sekolah. Kak Sue pun belum beli lagi nie..

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan jugak harga baju sekolah sekarang kan..kakak Dania tu akak x beli lagi..maybe beli sepasang je dulu sbb takut kalau ada rezeki dia MRSM maybe baju dh jadi lain kan..

    ReplyDelete
  6. terbaik cara gini.
    aida pun buat perkara yg sama.
    tapi tu la. anak2 dara aida dah saiz besar.
    sepasang tak lari RM60 :) hi hi...

    ReplyDelete
  7. Buat survey dulu memang bagus dapat bandingkan harga dan lebih jimat

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com