Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo

Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo - Assalamualaikum, dah marathon tengok cerita FROZEN 2 dan Ejen Ali The Movie di TGV Encorp Damansara. Kini giliran mummy pulak, untuk marathon tulis blog...ahhaahaha amek ! Masa nak tengok Ejen Ali The Movie ni, tiket TGV hasil AIA Vitality dah tak ada. Habis tebus untuk FROZEN 2. So, untuk Ejen Ali The Movie ni, mummy beli tiket dan bayar menggunakan e-Wallet TouchNgo. Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo RM10 je untuk semua seat. So, kami pun memilih couple seat. Total RM40 je ! 

Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo



Pakai prop sama je dengan FROZEN 2 . Dah nama pun, hari yang sama kan ! Frozen habis pukul 2.55pm. Manakala Ejen Ali The Movie start pada pukul 3.15pm. In between tu, rehatkan otot, psoing bergambar dan juga beli nugget set, pop corn set buat kedua kalinya


Dapat seat atas, memang syioklah. Couple seat pun agak besar. Selesa si Daim nak share kerusi ! 

Berbalik kisah Ejen Ali The Movie ni, mummy jarang-jarang tengok cerita ni kat TV. So, memang tak berapa nak kenal karakter Ejen Ali. So, terus terang..walau tak tengok sangat cerita ni. Tapi, bile tonton Ejen Ali The Movie ni. Mak aiiiii....serius best ! Serius terus faham !

Sinopsis Ejen Ali The Movie



Ejen Ali The Movie ni, mengisahkan Ejen Ali adalah satu-satunya ejen yang ada IRIS (cermin mata magic). Tup..tup MATA buat IRIS NEO untuk ejen yang lain. IRIS NEO ni, masih dalam percubaan.

Setiap misi yang Ali jalankan, ada ejen lain yang lebih berjaya dan kuat dari Ejen Ali kerana mempunyai IRIS NEO.

Ali agak sedih, di rumah pun bapa Ali sering sibuk. 

Pada satu hari, Ali mengemas rumahnya dan terjumpa video lama kenangan bersama arwah mak Ali. 

Masa part.... Ali tengok videonya ketika kecil dengan arwah mak nya ni, part ni...sangat sedih hokeyyy !

Anak -anak kami turut nangis sama hehehe.

Tiba-tiba Ali ternampak satu thumb drive kepunyaan maknya. Tapi, Ali tak boleh buka thumb drive tersebut.

Dari thumb drive itu, Ali kenal Niki.

Siapakah Niki? Apa kena mengena thumb drive itu dengan Niki? Siapa mak Ali sebenarnya? Kenapa mak Ali meninggal.


Serius ...jalan cerita Ejen Ali the Movie ni memang terbaik. Adegan sedih, gembira, kelakar, lawan dan persahabatan semua ada.

Korang wajib tengok tau...silap-silap korang pun akan nangis sama hahaha !


3 comments on "Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo"
  1. Kan.. Xrugi tengok ejen ali the movie. Memang best

    ReplyDelete
  2. wah untungnya dapat tengok ejen ali dengan harga murah ^_^

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com