UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL - Bermula 1 April 2020, Pusat Perubatan Nilai (Nilai Medical) akan menawarkan ujian pandu-lalu Covid-19 yang memberikan keputusan dalam tempoh 48 jam. Jangka masa yang cepat ini akan membolehkan mereka yang berkeputusan negatif untuk menarik nafas lega serta membolehkan tindakan perubatan dilaksanakan segera untuk kes positif. Inisiatif pantas oleh Pusat Perubatan Nilai ini bertujuan untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan bagi menambahbaik pengesanan, pengasingan dan rawatan; dengan matlamat untuk mengurangkan penyebaran wabak dan menghilangkan virus tersebut. 


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL



Menurut Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Nilai, "Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19, ujian pandu-lalu 10-minit ini akan menggalakkan orang ramai melakukan ujian jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan atau mengesyaki bahawa mereka mungkin telah terdedah kepada virus itu. Konsep pandu-lalu ini mengurangkan kontak rapat sementara memastikan keselamatan kakitangan kami. Swab (sampel bahan uji) akan diambil sementara individu kekal berada di dalam kenderaan mereka. Sekiranya mana-mana individu didapati positif, kami akan memaklumkan serta mengarahkan mereka dengan serta-merta untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang sesuai. 

"Dengan ujian pandu-lalu yang cepat diproses ini, Pusat Perubatan Nilai dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan langkah perubatan dan pengasingan. Kami ingin menghulurkan tangan untuk membantu rakan professional penjagaan kesihatan di kemudahan kerajaan dan bersama-sama menangani krisis ini," kata beliau. 

Ujian pandu-lalu Covid-19 di Pusat Perubatan Nilai dibuka dari Rabu hingga Jumaat, 2.00 petang - 5.00 petang. Ujian ini ditawarkan dengan harga RM580 untuk orang ramai dan RM500 untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan pekerja penjagaan kesihatan. Hubungi 06-8505100 atau emel hotline@nilaimc.com untuk menempah slot masa pandu-lalu anda.

4 comments on "UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL"
  1. Thanks for the info. Jika betul2 yakin ada symptoms covid 19 barulah buleh gi buat saringan sbb kosnya mahal. ni bkn mcm nak test gula dlm darah n tekanan darah.

    ReplyDelete
  2. Baguslah dah ada ujian pandu lalu ni. Mudahkan kita juga nak check sama ada kita okay atau tak dari virus ni kan. Mencegah tu lebih baik

    ReplyDelete
  3. Bagus ni tapi mahalnya harga dia..

    ReplyDelete
  4. mudah bila disediakan ujian pandu lalu nie..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com