Showing posts with label corona virus. Show all posts
Showing posts with label corona virus. Show all posts

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI : CAT RUMAH

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020): CAT RUMAH. -Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hampir 2 bulan duduk rumah sepanjang  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020). PKP satu, memula tu rasa macam bosan sket. Bosan? Memang akan ada lah bosan tu kan, menipu lah kalau kata tak ada perasaan bosan tu. Si daddy dah merungut , tak tahu nak buat apa dah dalam rumah hehe. Aktiviti sama je setiap hari. 



Mummy pun, apa lagi bagilah beberapa idea pada daddy. So, salah satu adalah mengecat rumah. Idea tulah , di terima daddy. Balik je rumah, tengok-tengok di bawanya 1 tong besar cat hahaha..


Aktiviti ni kami buat masa PKP 1, lama benar entri ini duduk dalam draft blog da... Bosan-bosan pun, lama tak update blog ye hehehe. Sampai dan masuk PKPB dah pun hehehe. So, kali ini, nekad ! Nak post juga sebelum habis PKP hahaha.



Cat kali ini , daddy beli jenama Jotun, 1 tong besar tu dalam RM300. 1 tong besar cat tu cukup ke satu rumah? Kalau rumah kami bersaiz hampir 900sq ft tak cukup 1 tong besar tu. So, hanya cat di kawasan ruang tamu, dinding luar bilik, dan balkoni aje.





Tu pun, daddy dah tak larat. Penat katanya, mujur ada anak-anak dan atok turut bantu daddy untuk megecat. Kami buat sesi mengecat tu sebelum bulan Ramadan. Kalau Ramadan, memang tak larat lah gamaknya nak settlekan sesi cat mengecat ni ha..



Warna pilihan daddy, kuning gelap ke arah gold sedikit. Memula tengok macam tak lawa. Tapi, lelama tengok kat dinding nampak lawa dan kemas.



Pandai daddy pilih color. Nampak ceria aje ! Amek gambar dalam rumah pun nampak terang dan tenang gitu.


Hehe. Terima kasih daddy tolong cat rumah, kalau nak harap mummy tak sempatlah. Anak-anak ni ada amsa , nak berkepit aje. Tak boleh berenggang lama sangat !

Selesai update aktiviti PKP 1 kami, nanti mummy update lagi aktiviti PKP kami seterusnya ye !

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Korang tengah buat apa tu? Ha? Tengah cek akaun bank, samada duit BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL dah masuk ke belum? Hehehe. Jangan risau mana yang tak masuk hari. Kalau lulus tu, insyaAllah duit akan masuk. Cumanya, tak semestinya hari ini 6 April 2020.

Nak tahu tarikh BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL ? Okay jom baca d bawah ini, mummy ada screenshot BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH PEMBAYARAN BPN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL





Kategori : B40, Isi Rumah RM4,000 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,600
Fasa Pembayaran : April RM1,000 dan May RM600
Tempoh pembayaran : 6 April hingga 12 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : B40, Bujang RM2,000 ke bawah
Jumlah bantuan : RM800
Fasa Pembayaran : April RM500 dan May RM300
Tempoh pembayaran : 6 April hingga 12 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : M40, Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
Jumlah bantuan : RM1,000
Fasa Pembayaran : April RM50 dan May RM500
Tempoh pembayaran : 13 April hingga 15 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Kategori : M40, Bujang RM2,001 hingga RM4, 000
Jumlah bantuan : RM500
Fasa Pembayaran : April RM250 dan May RM250
Tempoh pembayaran : 13 April hingga 15 April 2020
Kaedah pembayaran : Bank details dari Bantuan Sara Hidup (BSH) atau data dari percukaian LHDN

Yang pastinya, Minggu awal ni Kategori B40 yang akan terima duit BPN DULU la ye. M40 pula mohon bersabar. Selepas 13 April 2020.ye duit akan masuk hehe.

Yang mana rasa layak, tak tak dapat. Jangan risau. Jangan menang is ye!  Boleh semak di, dan mohon di :

UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL - Bermula 1 April 2020, Pusat Perubatan Nilai (Nilai Medical) akan menawarkan ujian pandu-lalu Covid-19 yang memberikan keputusan dalam tempoh 48 jam. Jangka masa yang cepat ini akan membolehkan mereka yang berkeputusan negatif untuk menarik nafas lega serta membolehkan tindakan perubatan dilaksanakan segera untuk kes positif. Inisiatif pantas oleh Pusat Perubatan Nilai ini bertujuan untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan bagi menambahbaik pengesanan, pengasingan dan rawatan; dengan matlamat untuk mengurangkan penyebaran wabak dan menghilangkan virus tersebut. 


UJIAN ‘PANDU-LALU’ COVID-19, KEPUTUSAN DALAM 48 JAM DI NILAI MEDICAL



Menurut Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Nilai, "Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19, ujian pandu-lalu 10-minit ini akan menggalakkan orang ramai melakukan ujian jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan atau mengesyaki bahawa mereka mungkin telah terdedah kepada virus itu. Konsep pandu-lalu ini mengurangkan kontak rapat sementara memastikan keselamatan kakitangan kami. Swab (sampel bahan uji) akan diambil sementara individu kekal berada di dalam kenderaan mereka. Sekiranya mana-mana individu didapati positif, kami akan memaklumkan serta mengarahkan mereka dengan serta-merta untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang sesuai. 

"Dengan ujian pandu-lalu yang cepat diproses ini, Pusat Perubatan Nilai dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan langkah perubatan dan pengasingan. Kami ingin menghulurkan tangan untuk membantu rakan professional penjagaan kesihatan di kemudahan kerajaan dan bersama-sama menangani krisis ini," kata beliau. 

Ujian pandu-lalu Covid-19 di Pusat Perubatan Nilai dibuka dari Rabu hingga Jumaat, 2.00 petang - 5.00 petang. Ujian ini ditawarkan dengan harga RM580 untuk orang ramai dan RM500 untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan pekerja penjagaan kesihatan. Hubungi 06-8505100 atau emel hotline@nilaimc.com untuk menempah slot masa pandu-lalu anda.

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500 I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINEBagi yang sudah ada i-akaun KWSP, korang boleh terus ikuti langkah yang mummy akan share kan di bawah. Manakala, yang belum ada i-akaun KWSP, korang kena buat dulu. Boleh refer ke : CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE   untuk cara mohon i-akaun username / id dan password secara online. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, telah membenarkan pencarum EPF mengeluarkan maksimum RM500 dari akaun 2 EPF memasing. 

So, di sini, mummy sharekan macam mana nak buat pengeluaran i-akaun KWSP secara online tanpa ke pejabat KWSP 


CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE sangatlah mudah hanya 14 langkah je !

Langkah 1 :


1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my



Langkah 2


2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.


Langkah 3

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.


Langkah 4


4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.




Langkah 5

5. Pilih “Withdrawal Type”.




Langkah 6


6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.




Langkah 7 & 8

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.



Langkah 9 & 10


9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.



Langkah 11


11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.



Langkah 12 & 13


12. Kemudian klik  pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”


Langkah 14


14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”




15. Siap!

Jimat cermatlah duit yang ada ye, sebab kita tak tahu effect ekonomi wabak Covid-19 sehingga bila. Pakai untuk keperluan paling penting. Jangan ikut kehendak, malah fikirkan keperluan !



Kredit tutorial ini kepada saudara Luqman Hariz 

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP - 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2. Beberapa hari lepas PM kita ada mewar-warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP (akaun 2) yang di beri nama i-LESTARI KWSP.

Malangnya, bagi yang tidak pernah ada kod online EPF tu macam mana ye? Memasing mengeluh, pejabat KWSP tutup dan talian telefon juga tidak berjawab. Siap ramai pulak tu yang beratur di hadapan pejabat KWSP hari ini ! Aduh PKP uolss ! Please lah ! Putuskan rangkaian Covid -19. Stay at home ! Duduk Rumah !

Jangan panik ! Jangan risau kengkawan ! Semuanya boleh di selesaikan secara online sahaja ! Macam mana DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


MACAM MANA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Perkongsian dari Facebook Farah Nisa. Yes alhamdulillah dah boleh daftar i-account KWSP secara online. Tak perlu pergi ke kiosk untuk register TAC no pun pada musim RMO ni.


CARA-CARA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Cara-cara DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP:


1️⃣ Pertama anda perlu #install 3 apps yang tertanda hijau tu:


- Adobe Acrobat (untuk isi form dengan tulisan bertaip, ni memang pihak EPF yang request, boleh tengok borang yang di attach)

- Documents (untuk rename setiap file sebab EPF suruh save setiap file ikut format yang ditetapkan) 

- Mail / Email


2️⃣ Pergi link ni untuk download borang dan buka guna Adobe Acrobat:


https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/a357f55e-d4bd-e403-1e97-5fc01fae1af5?t=1585660004622


3️⃣ Isi borang and prepare document, ada 5 items kena prepare







๐Ÿ“ Anda perlu attach sekali

1. IC DEPAN BELAKANG
2. GAMBAR SELFIE ANDA BERSAMA IC
3. BUKTI NO HANDPHONE ANDA.
• JIKA ANDA PAKAI POSTPAID LAMPIRKAN BIL ANDA
• JIKA ANDA PAKAI PREPAID SILA SCREENSHOT STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO HANDPHONE ANDA.
4. BUKU BANK/BANK STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO ACCOUNT BANK ANDA.

4️⃣ Save doc yg korang dah prepare ke apps Documents and rename setiap file ikut format.

5️⃣ EMAIL KAN SEMUA 1-4 ke iakaundaftar@epf.gov.my.

Pihak KWSP akan sahkan permohonan anda.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.

Aktifkan i-Akaun dan anda perlu tukar password sementara kepada password baru.

i-Lestari boleh dikeluarkan daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

AMBIL PELUANG INI JIKA ANDA TIADA EMERGENCY SAVING WALAUPUN BELANJA ANDA CUKUP.

๐Ÿ”ด Anda boleh kumpul emergency fund
๐Ÿ”ด Boleh langsaikan hutang jahat guna teknik snowball atau avalanche
๐Ÿ”ดBoleh masukkan duit tersebut di tempat pelaburan yang boleh bagi pulangan lebih tinggi sebagai contoh Unit Trust

Anda dibenarkan membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 dalam tempoh sebulan tetapi hanya 1 pengeluaran sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Kredit kepada Puan Azila Akmar untuk gambar.

Lagi sekali saya ingatkan, entri ini adalah untuk korang yang tak boleh accses i-akaun EPF . Tunggu sehingga dapatkan id dan password untuk memohon pengeluaran duti i-lestari KWSP.

Selanjutnya, boleh baca di www.kwsp.gov.my

AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?

AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? - Yes, salah satu soalan hot buat mummy. Almaklumlah... mummy kan agent insurance AIA. Walau ramai orang pandang negatif pada agent insurance. But, i am ok with this line. I love this line sebab nawaitu mummy nak bantu orang bukan nak menyusahkan orang especially adik beradik, saudara mara dan juga kawan-kawan mummy. Kalau mampu RM30 sebulan pun tak apa. Ada je insurance semurah RM30 ! Okay stop pasal harga insurance ini... berbalik kepada soalan hot yang sering mummy terima AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?


AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?


AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? Sebelum mummy jawabkan bab ini. Terlebih dahulu mummy nak share sedikit basic info tentang COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . 



1. COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS permualaannya adalah dari demam dan selsema

2. Demam selsema yang lebih 3 hari ini, biasanya kalau ke hospital swasta memang confirmed akan masuk wad hospital. Kes sebegini AIA Insurance cover (jika ada medical card)

3. Jika di dapati demam selsema itu adalah COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . Pesakit terus di hantar ke hospital kerajaan.

4. COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS  untuk masa ini hospital kerajaan akan handle.

5. Jika masuk wad di hospital kerajaan, AIA Insurance akan bayar RM100 sehari untuk elaun hospital (basic medical card). Manakala, COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS pula, AIA akan bayar RM200 sehari untuk elaun hospital kerajaan

Kena bayar extra ke untuk kes COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . . Okay bab ini apa yang mummy dapat info dari pihak AIA adalah NO EXTRA CHARGE ? NO EXTRA COST bagi yang sudah ambil polisi sebelum 31 Mac 2020.

Atas ini, pencerahan mummy tentang kemasukan wad dan juga pemegang pilisi insurance AIA yang mempunyai plan medical card (kad perubatan). Macam mana pula jika berlaku kematian? ada pampasan kematian dari AIA Insurance tak?

Bab ini, pampasan kematian iaitu jika pemegang polisi mempunyai polisi LIFE INSURANCE / INVESTMENT LINKED dengan AIA Insurance. Yes, korang akan dapat extra RM10K pampasan ! Dengan syarat , polisi di ambil sebelum 31 Mac 2020 ! extra RM10k ye. Bukan kaleng-kaleng !

Secara amnya, AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? Hehehe..bab ni mummy tak nak jawab dah. Jemput baca aje lah :)

Nakkan benefits ini tanpa kos tambahan? Bolehlah ambil mana-mana plan insurance dengan agent AIA, kalau korang tak suka nak ambil dengan mummy sekali pun.

Sebab apa? HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG, KITA MATI TINGGALKANLAH $$$$$$

Kalau nak tahu harga , jenis polisi yang sesuai ikut bajet. Korang boleh je whatsapp mummy. Insyaallah, mummy akan berikan harga kasih sayang untuk korang yang tersayang. Hehehe

Tekan aje link ini : http://www.wasap.my/60126460421/AIA



Walau korang dah ada perlindungan polisi insurance, kebersihan jangan sesekali di abaikan ye ! Sanitised dan basuh lah tangan dengan kerap. Lelagi, apabila kerap bersalam atau berjumpa dengan orang yang ramai dan padat.

Moga kita di jauhkan dari malapetaka ! Amin..