AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI : CAT RUMAH

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020): CAT RUMAH. -Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hampir 2 bulan duduk rumah sepanjang  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020). PKP satu, memula tu rasa macam bosan sket. Bosan? Memang akan ada lah bosan tu kan, menipu lah kalau kata tak ada perasaan bosan tu. Si daddy dah merungut , tak tahu nak buat apa dah dalam rumah hehe. Aktiviti sama je setiap hari. 



Mummy pun, apa lagi bagilah beberapa idea pada daddy. So, salah satu adalah mengecat rumah. Idea tulah , di terima daddy. Balik je rumah, tengok-tengok di bawanya 1 tong besar cat hahaha..


Aktiviti ni kami buat masa PKP 1, lama benar entri ini duduk dalam draft blog da... Bosan-bosan pun, lama tak update blog ye hehehe. Sampai dan masuk PKPB dah pun hehehe. So, kali ini, nekad ! Nak post juga sebelum habis PKP hahaha.



Cat kali ini , daddy beli jenama Jotun, 1 tong besar tu dalam RM300. 1 tong besar cat tu cukup ke satu rumah? Kalau rumah kami bersaiz hampir 900sq ft tak cukup 1 tong besar tu. So, hanya cat di kawasan ruang tamu, dinding luar bilik, dan balkoni aje.





Tu pun, daddy dah tak larat. Penat katanya, mujur ada anak-anak dan atok turut bantu daddy untuk megecat. Kami buat sesi mengecat tu sebelum bulan Ramadan. Kalau Ramadan, memang tak larat lah gamaknya nak settlekan sesi cat mengecat ni ha..



Warna pilihan daddy, kuning gelap ke arah gold sedikit. Memula tengok macam tak lawa. Tapi, lelama tengok kat dinding nampak lawa dan kemas.



Pandai daddy pilih color. Nampak ceria aje ! Amek gambar dalam rumah pun nampak terang dan tenang gitu.


Hehe. Terima kasih daddy tolong cat rumah, kalau nak harap mummy tak sempatlah. Anak-anak ni ada amsa , nak berkepit aje. Tak boleh berenggang lama sangat !

Selesai update aktiviti PKP 1 kami, nanti mummy update lagi aktiviti PKP kami seterusnya ye !
3 comments on "AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI : CAT RUMAH"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com