Showing posts with label pkp. Show all posts
Showing posts with label pkp. Show all posts

BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT

BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT - baru ada masa nak citer projek zaman PKP 1.0 dan 2.0 tempoh hari. Ni angka positif Covid naik kembali huhuhu. Baru nak bertenang dengan virus dan statistik COvid-19 , naik pulak kes satu duni bulan ini ! Perghhhhh, PKP balik ke macam mana ? Bukan Malaysia je yang kes naik, banyak negara juga naik dah ni. Nak cakap banyak pun tak boleh , kang ada yang marah hehehe. Tak apa lah, apa pun mummy nak tepek aktiviti PKP 1.0 dan 2.0 baru ini.

BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT


Serius tau, BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT. Kalau tak PKP tu, macam tu je lah rumah. Nak kemas pun sekadar kemas je lah. Nak bagi sistematik tu macam tak ada masa je.


BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT

Bekas putih dalam peti ais tu , bagus sangat. memang mummy suka sebab dia macam bagi space, nak sumbat coklat, gula-gula, buah sangat sesuai.

Kalau tak ada bekas tinggi gitu, bertabur nanti coklat, gula-gula dan buah. 

Keburukkannya bila barang semua tak ada (habis) tak restock, nak kena bawa keluar dan kemas kat luar pulak


BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT

Rak pantry sebelah peti sejuk. Dulu plan nak buat kitchen cabinet facing me facing. Tapi macam malas la pulak. So letak je heavy duty rack kat sini.

Atas tu, tempat letak blender, rice cooker, dan tempat letak gula,  bawah pula tempat letak periuk kukus, rempah ratus, garam, dan ala-ala pantry punya barang.|

Tempat rempah ratus, garam, megi je yang di edit. Beli bekas macam tu, botol tak mudah jatuh. 

Mujur ada bekas ngan dengan almari kami tu. Gigih ukur mengukur !

Semua bekas tu, beli di Mr DIY sahaja. Banyak pilihan, dan stok pun banyak.

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL AIDILFITRI 2021

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL - Dah 25 Syawal, cerita 1 Syawal untuk tahun 2021 ini masih tak abes lagi di abadikan dalam blog. Rugi juga kalau tak di abadikan , kan ! Boleh di katakan Raya Dalam Sejarah tahun ini. Raya PKP lain dari yang lain. Tahun lepas, tahun 2020 raya dalam PKP juga tapi, kita boleh beraya dalam daerah yang sama pada 1 Syawal.


MENU RAYA PKP 1 SYAWAL AIDILFITRI 2021


Berlainan raya tahun ni, tahun 2021, 1 Syawal beraya PKP yang di benarkan ialah beraya bersama ahli keluarga di dalam rumah sahaja. Mummy sekeluarga akur ye ! Meamng kami tak keluar beraya, beraya berlima sahaja. Alhamdulillah ada juga family, suami dan anak-anak. Tak adalah rasa sunyi sangat pun. Manakala menu raya 1 Syawal kami, tetap on !

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

Dah terbiasa didikan dari kecik, last day puasa mesti makan menu raya. So , last day puasa tu dari pagi sampailah berbuka mummy potong itu ini, siapkan itu ini. Entahlah ek, dah biasa kot, malam raya dan pagi raya tu makan makanan raay. Lepas tu, malam raya dah menu biasa pulak !

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

Ni lah kerja mummy, hiris itu ini, buat cili boh, masak nasi impit dari pagi sampailah petang. Tapi bukan pulun duduk dapur je. Adalah selingan sambil kerja, sambil keluar pos barang sat, sambil tengok kerja sekolah anak.

Sebab tu, mummy mula dari pagi kerja-kerja ini. Banyak iklan wei duduk rumah hahaha. Walau nak masak je pun.

MENU 1 SYAWAL RENDANG AYAM TUA MASAK ALA NISMILAN, RENDANG DAGING, KUAH KACANG, KUAH LODEH DAN AYAM GORENG

Menu 1 Syawal kami agak banyak. Tapi portion tak banyak mana pun sangat. Bolehlah , cukup untuk kami anak-beranak. Anatara menu 1 Syawal kami ialah rendang ayam tua masak ala nismilan (favorite daddy sebab arwah mak dia wajib masak menu ni setiap kali raya. Alfatihah untuk arwah Nurimah binti Mohd Ali).

Kemudian, mummy pulak, tiap kali raya memang akan masak rendang daging, kuah kacang , kuah lodeh dan ayam goreng.


MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL


MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

Mummy masak nasi impit je, manakala adik ada anta lemang juga. Cukup lah tu. Alhamdulilah ! Apa pula menu raya 1 Syawal korang?

Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+

Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ - Bermulalah 1 Jun, bulan baru, semuanya baru termasuklah total lock down yang akan berlangsung selama 14 hari dari 1 Jun sehinggalah 14 Jun 2021. Mummy sekeluarga akur, walau tahu ekonomi kami juga akan kurang stabil juga sama seperti orang lain. Tak apalah, demi kepentingan kia di masa hadapan juga, takkkan nak berhadapan bersama virus covid-19 ni selama-lamanya kan. Sekarang ini pun, dah 2 tahun beraya di rumah sendiri kan. Takkan tahun depan pun masih nak beraya di rumah sendiri ! Setiap kali lockdown, pihak kerajaan juga ada membantu sedikit bantuan, kali ini PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej Bantuan PKP 3.0 yang dikenali sebagai PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+.

Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+


Melalui pakej ini, sebanyak RM40 bilion diperuntukkan dengan tiga matlamat utama beserta 12 inisiatif terbaru.

Berikut antara senarai bantuan PEMERKASA Plus yang diumumkan. Antaranya:

Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19

RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan

Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)

Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun

Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi

Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran

Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan

Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai

Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah

Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021

Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas

Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021

Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021

Bantuan PEMERKASA+

Antara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA+ semestinya BPR tambahan seperti berikut:

Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
Tambahan RM100 : Bujang

Untuk lelain bantuan, korang boleh rujuk kepada poster di bawah ye ! Stay safe semua !


Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+

Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+
Bantuan PKP 3.0 LOCK DOWN PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+


Part 4 : Projek Ubah Suai dan Repair Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru

Part 4 : Projek Ubah Suai dan Repair Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru - Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera semua ! Dah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) balik dah kami ni, tapi cerita ni bukan kisah aktiviti masa PKPB. Tapi ianya adalah aktiviti  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Lama betul tertangguh cerita part renovation dan dekorasi rumah kami. Oleh keraan rumah kami ni, dah di duduki lebih 10 tahun. Banyak juga lah part yang nak kena di tukar ganti. Biasalah bab wear & tear ni kan.

Baca juga :-

Part 1 : deko dan ubah suai dapur

Part 2 : deko dan ubah suai daour (yard)

Part 3 : Kitchen cabinet siap !

Part 4 : Projek Ubahsuai dan Repair Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru



Part 4 : Projek Tukar dan repair untuk Pasang Cermin Tingkap, Cermin Pintu Baru. Ini bukanlah renovation yang besar sangat. Kebetulan dah ubah suai rumah sana sini, kami teruskan untuk menukar tingkap bilik tidur utama, bilik tidur kedua dan juga tambah pintu ala stor di bilik nombor 3.

Bilik tidur utama dan bilik tidur kedua ni tingkapnya tak berapa elok dah, nampak besi tu semua meleding. Biasalahkan, rumah dah lama. Tapi, tukang mummy ni beritahu yang developer pasang barang yang kurang sket kualitinya.


Alang-alang tingkap baru. Kami memilih terus tinted tingkap warna hitam. Gelap sedikit, kurang panas cahaya matahari masuk. Rumah kami bahagian depan ni, memang direct matahari pagi masuk.

Bilik nombor 2 ni bakal jadi bilik anak-anak bujang kami. Iaitu bilik Dzal dan Daim !



Besi tingkap baru, masih cantik. Tujuan gambar ini di ambil sebab nak send report to my husband hahaha. Biasalah dia tu, banyak sangat tanya ! Oleh kerana kerja beliau tak flexible macam bininya. Maka....bini nya je lah kena stay tengok kontraktor buat kerja !



Bilik tidur utama pun done !




Part last, bilik tidur nombor 3 ni. Ada space kecil  macam tersembunyi macam ni. So, daddy amek keputusan untuk tutup dengan pintu sliding. Nampaklah kemas sedikit dari terbuka tu,kan ! Cukuplah kot stor kecik gitu hehe

Bilik nombor 3 ini bakal menjadi bilik Dhia. Ntah bila pulak nak siap dekorasi ni ntah.

 

12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB

12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB - Perkhabaran Berita baik! Masjid, surau di Selangor fan boleh di buka dan boleh solat BERJEMAAH uollsss! Best tak? Best-best juga... Tapi korang jangan lupa ikut SOP Prosedur Solat Berjemaah di Selangor tau! 


12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB




Perkara ini di pekenankan oleh SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membenarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Diraja dan Masjid Daerah bermula hari ini. 

Manakala, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad membenarkan hanya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam saja yang dibenarkan iaitu seramai 3 hingga maksimum 12 orang



"JAIS masih mengekalkan untuk semua masjid dan surau tidak boleh mendirikan solat Jumaat seperti ketetapan awal jabatan menerusi surat bertarikh 16 April lalu.

"Namun, Sultan Sharafuddin berkenan selepas berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan JAIS.

"Selepas mendapat pandangan dari sudut hukum syarak, hanya AJK masjid dan imam saja yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid iaitu seramai tiga hingga maksimum 12 orang," katanya dalam kenyataan semalam. 


PROSEDUR SOLAT JEMAAH DI MASJID & SURAU DALAM TEMPOH PKPB


# Merangkumi solat Jumaat, jemaah setiap waktu, sunat Tarawih & Aidilfitri

# Masjid dan surau dalam zon hijau

# Tertakluk kelulusan pihak berkuasa agama negeri

# Adanya kawalan oleh polis dan penguat kuasa agama

Tanggungjawab pengurusan masjid & surau

# Sediakan kaunter periksa suhu badan & sanitasi tangan

# Ambil rekod maklumat kehadiran jemaah

# Arah jemaah pulang jika gagal bawa kad pengenalan

# Dapatkan kerjasama polis dan penguat kuasa agama

# Patuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM

# Sanitasi ruang solat, kawasan sekitar, tandas & tempat wuduk sebelum & selepas solat

# Had penggunaan tandas mengikut jumlah bilik yang ada

# Jumlah 3 hingga 30 jemaah setiap sesi solat tidak termasuk imam

# Satu sesi solat jemaah setiap waktu sahaja

# Pintu masjid dibuka sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selesai solat

Tanggungjawab setiap jemaah

# Bawa kad pengenalan setiap kali hadir

# Berwuduk di rumah

# Bawa sejadah sendiri ke masjid

# Wajib memakai pelitup muka

# Pastikan penjarakan sosial ketika berada dalam dan luar masjid

# Jarak 1 meter di antara jemaah ketika solat

# Penghidap penyakit kronik dan warga emas berusia lebih 70 tahun dilarang hadir

# Kanak-kanak bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan hadir

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI : CAT RUMAH

AKTIVITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020): CAT RUMAH. -Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hampir 2 bulan duduk rumah sepanjang  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KAMI (PKP 2020). PKP satu, memula tu rasa macam bosan sket. Bosan? Memang akan ada lah bosan tu kan, menipu lah kalau kata tak ada perasaan bosan tu. Si daddy dah merungut , tak tahu nak buat apa dah dalam rumah hehe. Aktiviti sama je setiap hari. 



Mummy pun, apa lagi bagilah beberapa idea pada daddy. So, salah satu adalah mengecat rumah. Idea tulah , di terima daddy. Balik je rumah, tengok-tengok di bawanya 1 tong besar cat hahaha..


Aktiviti ni kami buat masa PKP 1, lama benar entri ini duduk dalam draft blog da... Bosan-bosan pun, lama tak update blog ye hehehe. Sampai dan masuk PKPB dah pun hehehe. So, kali ini, nekad ! Nak post juga sebelum habis PKP hahaha.



Cat kali ini , daddy beli jenama Jotun, 1 tong besar tu dalam RM300. 1 tong besar cat tu cukup ke satu rumah? Kalau rumah kami bersaiz hampir 900sq ft tak cukup 1 tong besar tu. So, hanya cat di kawasan ruang tamu, dinding luar bilik, dan balkoni aje.





Tu pun, daddy dah tak larat. Penat katanya, mujur ada anak-anak dan atok turut bantu daddy untuk megecat. Kami buat sesi mengecat tu sebelum bulan Ramadan. Kalau Ramadan, memang tak larat lah gamaknya nak settlekan sesi cat mengecat ni ha..



Warna pilihan daddy, kuning gelap ke arah gold sedikit. Memula tengok macam tak lawa. Tapi, lelama tengok kat dinding nampak lawa dan kemas.



Pandai daddy pilih color. Nampak ceria aje ! Amek gambar dalam rumah pun nampak terang dan tenang gitu.


Hehe. Terima kasih daddy tolong cat rumah, kalau nak harap mummy tak sempatlah. Anak-anak ni ada amsa , nak berkepit aje. Tak boleh berenggang lama sangat !

Selesai update aktiviti PKP 1 kami, nanti mummy update lagi aktiviti PKP kami seterusnya ye !

SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE!

SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE ! Assalamualaikum / Selamat sejahtera semua, dah 3 hari berpuasa baru sempat nak menulis.. haha. Siapa kata, PKP ni bosan, I tak cukup kaki tangan tau, PKP ni huhu. Dengan meeting online, training online, dengan layan customers, layan sekolah online anak, nak masak, nak kemas rumah, kemas dapur haha.

Sebelum terlambat, rasanya tak terlambat pun hehehe. Mummy dan keluarga nak mengucapkan SALAM RAMADAN buat semua ! Maaf Zahir dan Batin !



SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE ! 


Cakap pasal kemas dapur, 3 hari pun tak siap 100%. Dari 1 Ramadan kemas bahagian dapur. Jenuh nak kasi kemas dapur yang sengkangkang kera tanpa kitchen cabinet. Tak pe lah, dapur bogel pun. I dont care, yang penting kena kemas dan minimalis. Almost bertahun tak cuci dapur 100% (bukan tak cuci langsung 100%) tak cuci 100% aje. Kami hari bekerja banyak habiskan masa duduk rumah mak mummy. Kalau balik rumah sendiri setakat mop dapur tu memang lah wajib, cuci kain lap, cuci tingkap dapur. Tapi, hat tipuware melambak tu tak sempat nak kemas. So, 1 Raamdan dan 2 Ramadan (semalam) berjaya sorting pinggan mangkuk (tukar ke jenis lain. Pakai hat Arcopal arwah mak suami. Corelle tu, kasi simpan. Tukar mood pulak hahaha). Tipuware pulak, alhamdulillah 100% dah cuci, sorting. mana rasa tak elok, tak nak pakai. Buang terus. Sayang tu sayang juga. Tapi, kena jugak Marie Kondo ! Tutup mata dan buang aje hahaha.






Sakit mata kalau dapur penuh barang tak tersusun, so memang nekad, tanamkan niat nak pulun cuci awal Ramadan ni. Nak berpuasa dalam keadaan yang indah-indah gitu.

Dhia pun dah boleh puasa penuh, alhamdulillah. Mummy tak paksa pun Dhia untuk puasa penuh. Memang sejenis mummy malas nak paksa anak-anak. Tapi, Dhia sendiri yang nak puasa penuh. Syukur....

Dzal, masih berlatih lagi. Half day pun okay dah. Mummy tak larat nak dengar soalan setiap minit,"bila nak buka puasa". Azan Zohor berkumandang, terus mummy bagi buka.

Lepas kemas dapur 100% , next projek nak kemas bilik tidur utama 100% pula. Tengah fikirkan beberapa storage untuk nampakkan minimalis. So far, bilik utama tu dah ada almari paling besar (tinggi ..almost hampir siling) dan katil pun KIng Saiz. 

Bila atok & Omma tinggal di rumah kami, bilik anak-anak dah jadi bilik atok & Omma. So, baju anak-anak separuh dah berada di bilik kami suami isteri. Nampaknya kena letakkan storage kot. Ntahlah, penat fikir bab kemas. Kena duduk diam-diam sampai dapat hidayah gituuuu

Seronok pulak, bila MCO / PKP ni lama, dapatlah mummy plan kemas itu ini. Bab masak, buat masa ni, masak lah. Tapi lauk simple aje !