Translate

Main Ad

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL AIDILFITRI 2021

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL - Dah 25 Syawal, cerita 1 Syawal untuk tahun 2021 ini masih tak abes lagi di abadikan dalam blog. Rugi juga kalau tak di abadikan , kan ! Boleh di katakan Raya Dalam Sejarah tahun ini. Raya PKP lain dari yang lain. Tahun lepas, tahun 2020 raya dalam PKP juga tapi, kita boleh beraya dalam daerah yang sama pada 1 Syawal.


MENU RAYA PKP 1 SYAWAL AIDILFITRI 2021


Berlainan raya tahun ni, tahun 2021, 1 Syawal beraya PKP yang di benarkan ialah beraya bersama ahli keluarga di dalam rumah sahaja. Mummy sekeluarga akur ye ! Meamng kami tak keluar beraya, beraya berlima sahaja. Alhamdulillah ada juga family, suami dan anak-anak. Tak adalah rasa sunyi sangat pun. Manakala menu raya 1 Syawal kami, tetap on !

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

Dah terbiasa didikan dari kecik, last day puasa mesti makan menu raya. So , last day puasa tu dari pagi sampailah berbuka mummy potong itu ini, siapkan itu ini. Entahlah ek, dah biasa kot, malam raya dan pagi raya tu makan makanan raay. Lepas tu, malam raya dah menu biasa pulak !

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

Ni lah kerja mummy, hiris itu ini, buat cili boh, masak nasi impit dari pagi sampailah petang. Tapi bukan pulun duduk dapur je. Adalah selingan sambil kerja, sambil keluar pos barang sat, sambil tengok kerja sekolah anak.

Sebab tu, mummy mula dari pagi kerja-kerja ini. Banyak iklan wei duduk rumah hahaha. Walau nak masak je pun.

MENU 1 SYAWAL RENDANG AYAM TUA MASAK ALA NISMILAN, RENDANG DAGING, KUAH KACANG, KUAH LODEH DAN AYAM GORENG

Menu 1 Syawal kami agak banyak. Tapi portion tak banyak mana pun sangat. Bolehlah , cukup untuk kami anak-beranak. Anatara menu 1 Syawal kami ialah rendang ayam tua masak ala nismilan (favorite daddy sebab arwah mak dia wajib masak menu ni setiap kali raya. Alfatihah untuk arwah Nurimah binti Mohd Ali).

Kemudian, mummy pulak, tiap kali raya memang akan masak rendang daging, kuah kacang , kuah lodeh dan ayam goreng.


MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

MENU RAYA PKP 1 SYAWAL


MENU RAYA PKP 1 SYAWAL

Mummy masak nasi impit je, manakala adik ada anta lemang juga. Cukup lah tu. Alhamdulilah ! Apa pula menu raya 1 Syawal korang?

Post a Comment

2 Comments

  1. Rendang ayam kena wajib ada time raya 🥰

    ReplyDelete
  2. menu aida ari tu - rendang ayam, lodeh dan ayam masak merah. ketupat.
    simple aje. sebab raya berlima je kat rumah, linda.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com