10 MALAM TERAKHIR RAMADAN MISI MENCARI MALAM LALAILATUL QADAR

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN MISI MENCARI MALAM LALAILATUL QADAR - Siapa yang tak mahukan malam Lailtul QADAR, PKP / MCO kali ini alhamdulillah rata-rata semua bersyukur kerana tak terbeban dengan kerja hakiki seperti tahun-tahun sudah 100% sibuk. Tak kurangnya juga, mana yang ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Sibuk dengan sesi persekolahan anak-anak. Tapi, tahun ni, agak relaks dan rata-rata boleh menyiapkan diri dengan aktiviti ibadah 10 terakhir Ramadan dan Misi memperolehi malam Lailtul QADAR. 


10 MALAM TERAKHIR RAMADAN MISI MENCARI MALAM LALAILATUL QADAR


10 malam terakhir ini sebagaimana yang telah dipraktikan oleh Rasulullah SAW.

Antara langkah yang boleh di amalkan sepanjang 10 malam terakhir adalah seperti berikut:

[1] Bangun di Malam Hari

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Ahmad Muslim,


”Barang siapa yang melakukan solat Isyak berjemaah, seolah-olah ia berqiyam (bangun malam) di separuh malam. Dan barang siapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah ia melakukan di sepanjang malam tersebut.


[2] Memperbanyakan Ibadat

Nabi Muhammad SAW bersabda,


“Barang siapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan berbagai amal ibadah secara yakin dan percaya kepada pahala yang disediakan Allah dan dengan secara ikhlas, maka Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Ibadah yang perlu ditingkatkan antara lainnya adalah dengan mengerjakan solat lima waktu berjemaah, mendirikan Qiyamul Lail (solat terawih, tahajjud, dll), membaca Al Quran, berzikir, istighfar dan berdoa serta mengerjakan amalan lainnya. Ibadah juga hendaknya dilakukan secara khusyuk dan bersungguh-sungguh.

[3] Berdoa Sepenuh Hati



Dalam riwayat Imam Syafi’i, doa yang sering dipanjatkan oleh Nabi Muhammad pada malam 10 hari terakhir bulan Ramadhan bermaksud :

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”

Gambar Hiasan

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku.”


Doa di atas telah dicadangkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh isterinya Aisyah r.a. mengenai apa yang harus dikatakan jika mengetahui bahawa malam itu adalah lailatul qadar.


[4] Perbanyakkkan Sedekah

Sedekah juga merupakan amalan murah rezeki selain zakat (sucikan Harta). Dan, sebalik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan. 

Mummy banyak melihat ada di luar sana yang bersedekah di bulan Ramadan secara tak langsung dalam pemberian duit raya (beri pada bukan Ramadan) , sedekah kuih raya pada kenalan, adik beradik (pada bulan Ramadan terakhir, bertukar juadah dan lain-lain dengan di niatkan. 

Bila di niatkan sedekah, maka pemberiannya itu jatuh pada sedekah. Buat ya.. terkena pada malam Lailatulqadar. MasyaAllah.. Besar rahmatnya. 

Maka, dari hari ini. Hari ke 22 Ramadan, marilah kita (termasuk diri mummy sendiri) cuba membuat sedekah setiap hari dalam apa jua pemberian kita. Moga Allah kurniakan rezeki yang hebat dalam hidup kita dan insyaallah mudah kita menjadi seorang dermawan. Aminnn.. 

Tak mampu banyak boleh buat sedikit, 

Mana yang berkemampuan lebih, ada lebih tu nak salurkan sedekah Wang ringgit setiap hari. Mummy ada cadangan seperti di bawah ini. 

Boleh refer pada list di bawah 13 pertubuhan / kebajikan / rumah anak yatim beserta nombor akaun. 

1) Rumah Bakti Al-Kausar
Maybank: 5628 3461 5590
Pertubuhan Kebajikan Al Kausar 

2) Rumah Bakti Nur Ain
Maybank: 5628 3462 9667
Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Selangor

3) Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
CIMB: 8600695092
PKKR AMAL

4) Rumah Anak Yatim Darul Izzah
Maybank: 5622 6301 0212
Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah

5) Rumah Kebajikan Peribadi Mulia, Sg.kantan Kajang
Maybank: 5624 1400 6411
Peribadi Mulia

6) Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Sri Kundang-Original
Maybank: 5627 4012 3562
Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin, Sri Kundang Selangor

7) Rumah anak yatim & asnaf as-Solihin
BANK RAKYAT : 110181000175
Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As Solihin

8) Baitul Kasih & Pusat Jagaan Titian OKU 
Maybank: 5644 9043 8049
Persatuan Kebajikan & Keprihatinan Rakyat Malaysia

9) Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Miskin Selangor
Maybank: 5123 8962 1674
Persatuan Kebajikan Rumah Anak Anak Yatim Miskin Selangor

10) Pusat Dakwah Serantau - P.D.S
Bank Muamalat: 12100001008710
Pusat Dakwah Serantau - YAM

11) Maahad Tahfiz AnNadwi Tahfiz AnNadwi
CIMB: 8602426820
Maahad Tahfiz An Nadwi

12) Dana Kita
Maybank: 5642 2164 6925
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

13) Ebit Liew's Team
CIMB: 8603546376
Pertubukan Kasih Umat Malaysia

Moga kita dapat ketemu dengan malam Lailatulqadar. Aminnn... 
3 comments on "10 MALAM TERAKHIR RAMADAN MISI MENCARI MALAM LALAILATUL QADAR"
  1. Semoga kita bertemu malam Lailatul Qadar ya Linda.. aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  2. selama 10 mlm tu hingga la semlm, aida 'pause' kan diri dari media sosial, alin.
    kebetulan pkpb. kebetulan ramadhan. itu yg menge'pause'kan diri.
    and setiap ptg ganjil, kat sini ari tu, alin, sure hujan. cuaca hingga ke pagi esoknya nyaman & sejuk :)
    mooga kita-kita dpt la lailatul qadr, kan. in shaa Allah.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com