PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA

PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA - Sekolah online, go on macam biasa untuk Dhia. Tapi, mummy tetap akan selit kan tutor tambahan untuk Dhia. Sambil-sambil kat luar, kat dobi tu buka lah tablet / ipad untuk buat latihan tambahan di Pandai. 





PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA 






KELAS TUISYEN ONLINE PERCUMA sangat mudah, anak dari darjah satu hingga ke tingkatan 5. Tak ada alasan, kekangan masa nak masuk kelas Tuisyen yang ber jadual tu. 

Sambil berjalan pun, boleh berikan anak latihan belajar secara online. Gitu lah kami, selagi sesi persekolahan tak buka lagi untuk Dhia Batrisya Mohd Firdaus. Selagi tu lah, anak kena belajar online. 

Walau sekolah Dhia ada berikan latih tubi melalui wasap mummy. Tapi, mummy tambahkan sedikit latihan time kita bersantai 

Mummy gunakan Pandai Tutor dan Pandai Video yang sangat interaktif untuk anak-anak yang masih sekolah rendah dan menengah belajar dari rumah. Yang best nya PERCUMA tau 



TENTANG PANDAI : LAMAN TUISYEN ONLINE




Pandai merupakan laman Tuisyen Online dimana pelajar boleh sertai sesi pembelajaran secara langsung dari rumah menggunakan gadget seperti desktop, komputer riba, tablet dan juga telefon pintar.

Pandai adalah platform pembelajaran secara interaktif untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan untuk mengekalkan gred yang baik. Ada banyak input positif melalui Pandai seperti soalan kuiz harian, ujian topikal, kertas peperiksaan dan kertas sampel mengikut sukatan pelajaran di sekolah.

Bukan untuk anak-anak sekolah rendah je, tapi ada juga slot untuk pelajar sekolah menengah. Cara nak sertai kelas pun mudah sangat dimana pelajar boleh memilih untuk masuk :


Webinar Online ( Percuma )


Dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman dengan silibus yang bersesuaian dengan tahap kelas anak-anak, Pandai mempertaruhkan hampir ke semua subjek termasuklah Bahasa Mandarin. Tebahagi kepada dua iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah.

Untuk daftar masuk secara PERCUMA – https://www.pandai.org/tutor

Tuisyen Online


Sewaktu PKP baru-baru ini, Pandai mengadakan Kelas Tuisyen Online. Kelas tuisyen berbayar yang diadakan secara LIVE untuk pelajar-pelajar yang mahu belajar secara online dengan penglibatan bersama tutor serta kelompok yang lebih kecil bagi memastikan tutor dan pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dengan baik.

Kelebihan Tuisyen Online :

  • Pendaftaran secara PERCUMA
  • Bahan pembelajaran akan biberikan secara soft copy
  • Yuran kelas RM 10.00 untuk satu sesi
  • Maksima 25 orang pelajar dalam satu kelas
  • Pelajar dapat berinteraksi dan berbincang dengan tutor secara terus

PANDAI VIDEO




Semua video yang ada di Pandai sentiasa dikemaskini, ditapis dan disusun secara sistematik mengikut tahap, subjek, bab hinggalah kepada topik-topik kecil. Mudah dan menarik sebab anak-anak akan belajar secara interaktif. Tak de lah menghadap gadget tanpa tujuan lagi.


Sudah pastinya menjadi pilihan kakak juga sebab Pandai menepati standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), Kurikulum Standard Sekolah Menengah ( KSSM ) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Kat bawah ni kakak ada sediakan link-link yang mungkin korang sebagai ibu atau ayah perlukan sepanjang PKP ni.


SEKOLAH RENDAH



SEKOLAH MENENGAH



Tingkatan 1 : video.pandai.org/form1
Tingkatan 2 : video.pandai.org/form2
Tingkatan 3 : video.pandai.org/form3
Tingkatan 4 : video.pandai.org/form4
Tingkatan 5 : video.pandai.org/form5


Pandai Tutor and Pandai Video yang diinisiatif khas oleh www.pandai.org. Mummy install aplikasi je, senang. Di mana-mana anak boleh buat latihan ulangkaji 😊

Untuk daftar percuma, korang boleh ke  https://pandai.org/tutors. Selain tu Pandai juga ada sesi jadual kelas yang diupdate secara mingguan! 
3 comments on "PANDAI TUISYEN PERCUMA ONLINE UNTUK DHIA BATRISYA "
  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
  2. Pandai betul, guna nama Pandai ;)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya.. Boleh survey-survey tengok ini..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com