DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING !

DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING ! - Alhamdulillah, diam tak diam dah besar si Dhia tu ha. Dah naik Alquran dah pun. Tapi, biasalah budak perempuan ni, memang progress dia cepat dari budak lelaki. Mummy pun boleh agak yang Dhia boleh naik Quran cepat. Dalam darjah 1 dah boleh dah Dhia tu. Memang tepat jangkaan mummy. Berbanding Dzal tu, erm..tak pe lah nak. Slow slow lah ! Mummy bukannak bandingkan anak-anak. Tapi kita faham, as long as dorang pergi mengaji, nak belajar, boleh belajar. Alhamdulillah. Yang penting konsisten !

DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING !


Mummy kecik-kecik dulu, naik je quran terus tok mak buatkan pulut kuning. Bagi guru dan kawan-kawan kat tempat ngaji . So, kali ni mummy buat jugaklah. Suka-suka je sebenarnya. Rezeki semua yang mengaji satu tempat dengan Dhia. 

Idea nak buat pulut kuning dan rendang ni spontan je, kebetulan mummy tak ada appointment dan hanya pos barang yang customer online order, follow up sana sini je. Terus rasa nak drive ke pasaraya CS, sampai pasaraya CS baru lah terhegeh-hegeh nak bagi tau pada laki sendiri haha. Sambil tu, tak fikir apa dah..terus beli barang. 

Mummy tak masak banyak pun pulut kuning tu. Dan, pulut kuning tu, tok mak Dhia juga buatkan tu. Mummy bangun subuh tengok dah siap haha.


Rendang, memang mummy masak sendiri. Ada 2 jenis rendang. Rendang daging dan rendang ayam. Tapi dalam ni semua gambar rendang daging je. Hehehe.

Ntahlah lately ni malas nak amek gambar, malas nk taip blog. Pesal ntah !





Pekkan gini untuk cikgu sekolah tadika lama Dhia, sebab sekolah Tabika KEMAS dorang depan rumah je. 

Ni pulak, untuk tempat mengaji Dhia. Senang asingkan rendang, Takut budak nak makan pulut dengan telur kang pedas pulak. Asing gini, senang sapa nak makan pun !


Mummy pun lapar oiii, menambah berkali-kali jugaklah ! Haha, masa ni hentam je makan. Tapi, kalau masa sekarang ni, sorrylah ye ! Mummy sedang diet kalori. Makan memang jaga sekarang. Air pun hanya air putih sahaja mummy akan minum. Unless seminggu sekali tu, ada event ke jamuan ke tu boleh jugaklah.

Memang kaw-kaw nak kena turunkan berat dah ni. Nak capai berat ideal mummy kena turunkan 20kg. Nak tak nak kena aim jugaklah. 

Dalam masa yang sama, hari-hari kena buat push up, lompat bintang jugak. Sebab tak sempat nak jogging hari-hari..

Kalau tak jaga dari sekarang. Nanti bila kita makin tua nanti. Badan akan jadi degil sket, susah nak turun. Kalau dah sekarang pakai baju saiz L/XL. takkan akan datang nak pakai baju XXXL kan?

Korang doakan mummy konsistent tau !




DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK

DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK - Dah alang-alang cerita tentang deko dapur, mummy cerita juga sekali tentang deko almari anak-anak jugaklah. Anak-anak kami ni semua kecil-kecil lagi. Kalau semua baju di gantung hanger, akan susahkan dorang untuk ambil. Tapi, bila semua baju kita lipat dalam almari. Habis roboh pulak !

DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK 


Deko susun atur almari baju basahan anak kami ini,terjadinya idea, masa MCO baru-baru ini. Mummy dah fikir panjang nak letakkan bakul dalam almari anak-anak untuk baju basahan dorang. Untuk almari yang ada sekali tempat gantung hanger tu pulak, mummy buat letak baju jalan-jalan je.

Baju jalan tu, tak stress sangatlah sebab bukan hari-hari nak buka almari dan pakai. Yang dok pening ni, almari baju basahan tu ha. Tak larat nak kemas dan lipat berkali-kali.



Mummy beli semua ni kat kedai ECO RM2.10 je. Bahagian atas sekali tu, barangan madian, losyen, berus gigi. Stok kekononnya tu. Dan rak kedua tu, semua pakaian Dhia. Rak ketiga pula, adalah ruangan baju basahan Dzal. Rak empat, barulah Daim. Ada bahagian bawah sekali tu, mummy dok sumbat stok buku dan paper bag kasut budak-budak ni. 

Abaikan baju yang tak lipat kemas lagi dalam bakul tu ye .

Susun punya susun, mak aiii banyaknya baju basahan Daim. Ye lah, mana baju Dzal yang tak muat tu. Semua dah diturunkan pada Daim. Sekarang ni, Daimlah paling banyak baju hahaha.



Bakul spender, bakul stokin, bakul baju dan seluar . Pink semestinya untuk Dhia. Yang bakul biru besar pulak, Warna tu je lah ada kat kedai ECO. Tak apa lah, dalam almari je pun kan. Yang penting budak ini ambil baju dah tak roboh lagi haha. 



Dzal pun saama dengan Dhia je bakulnya.



Over banyak baju-baju Daim ni ha..Nanti, mummy nak buang lagi mana baju-baju yang dah tak muat. Biasanya, 6 bulan sekali mummy audit baju dorang. Sian pulak, bila tengok anak pakai baju yang kecik-kecik ni ha.

Bilik anak-anak masih belum habis deko lagi, kami buat slowly part by part. Fuh, jenuh juga nak mengemas rumah yang sarat dengan barang ni hehe.

Lepas settle dapur, nak deko elok-elok dulu bilik mummy daddy. Lepas tu, barulah ke bilik anak-anak.

Rumah kami sendiri ni, masa MCO lah duduk hari-hari. Kalau hari kerja tu, kami ni kebanyakannya duduk rumah mak.

Sebab tu, banyak barang. Balik ke Kajang je, bawa barang. Lelama menggunung barang.

Kata si Marie Kondo, kena amalkan buang barang lama, baru beli barang baru. Barulah rumah nampak clean dan tidy ...

Betul jugak tu !

PART 3 : DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM

PART 3 : DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM - Okay, siap dah cerita part 3 ni...Walaupun belum siap 100% dapur kami ni, tapi mummy syukur sangat-sangat, setelah menunggu 2 bulan. Hampir selesai siap kitchen cabinet kami. Sepanjang ukur hingga lah siap. Rumah pun macam kapal nak pecah hehehe. Mana taknya, semua barang dapur kena alih ke hall depan. So, bersepah nauzubillah lah ! Bila kitchen cabinet ini siap, memang satu kelegaan lah ! Jom tengok serba sedikit DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. 

DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM

DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. Yang asalnya, kami suami isteri tetiba terlintas nak cari quotation Kitchen Cabinet (KC) selepas PKPB, iaitu kira-kira awal PKPP. Boleh juga baca di entri mummy sebelum ini di SINI . Ngam pulak, Ogos 2020 siap kitchen cabinet rumah kami. Memang Ogos sangat meaningful bagi mummy. Dengan kelahiran bulan bapa mummy, bulan kelahiran mummy, Dhia naik Quran bulan ni juga (nanti mummy story ye) .

Berbalik kisah DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. Sejujurnya, kami tak arif pun tentang kitchen cabinet. Nak Google pun malas. Banyak sangat mengadap phone di sebabkan kerja. Sampai nak Google pun dah tak minat. So, kami terjah je mana-mana kedai yang kami rasa nak terjah. Gittew hehehe. So, hasil dari terjah beberapa kedai tu, kami dah dapat idea mana yang ok dan mana yang tak sesuai dengan kami. Dan, kami belajar ciri-ciri kitchen cabinet ni ketika buat survey. 

Kami buat survey sebanyak 4 buah kedai kitchen cabinet di sekitar Kajang (kawasan berhampiran rumah kami) dan akhirnya, kami tertarik dengan kedai kitchen cabinet yang betul-betul di kawasan deretan kedai depan rumah kami.

Lagi pun senang kalau ambil kedai yang dekat dengan rumah kita, nak terjah ke opis (showroom) ke nak terjah jumpa consultants dia pun senang hehehe. 



Antara Quotation kami dapat

1. Company All*** (Saujana Impian Kajang) 
RM14K± Melamine & 3G
RM17K fully aluminium & 3G
L Shape
FREE GIFT
Tak mentioned, tak berapa nak permah huhu

2. Company Ev*** (Saujana Impian) 
RM12K Half Aluminium & Half Melamine
Ada tall unit 
FREE GIFT
1. 1 set Sink
2. Spoon Tray
3. Dish Rack
4. Soft close & hingers

3. Company P*** (Bandar Teknologi Kajang) 
RM12K++
Melamine & 3G
L shape sahaja
FREE GIFT
1. Soft close & hingers

4. Company Cl** (Kajang Perdana) pilihan kami
RM7K ++
Fully Aluminium, 3G & Tall Unit 
FREE GIFT
1. Microwave
2. 1 set Sink
3. Spoon Tray
4. Dish Rack
5. Soft close & hingers 

P/s Semua quotation di atas tak termasuk pembikinan lubang paip sink, plug, wiring. Yang ni semua kami pakai tukang yang buat tiles. Senang sekali Jalan siap & terus pasang kabinet ikut point yang dah siap. 

Nampakkan.. Kitchen cabinet ni, bukan semata kitchen cabinet. Bajet kitchen cabinet ni, banyak hidden cost (cas tersembunyi) dia. Nak upah orang pasang sistem paip sink, nak buat point letrik plug, nak tukar tiles dan lelain lagi. Belum cost gadget dapur

So, kalau ada bajet RM20K, kena lah cari quotation dalam bawah RM15K. 

MATERIAL KITCHEN CABINET APARTMENT KAMI

Setelah buat perbandingan, material dan harga. Kami meneruskan dengan kedai ini je (Clas***>. Sebab harganya murah banyak  tau.. berbanding kedai lain. Murah tu, bukan bermaksud 'tak berkualiti' ye . Hehehe. Tapi, murahlah bila dah buat survey di beberapa kedai. 

Bila bajet tu, kami dapat bawah dari bajet daddy.. Consider murah jugaklah hehe

Jadi, bolehlah kita top up untuk beli Hood, Hob, Oven, Microwave. Bijak tak.. 

Apa material kitchen cabinet kami? Okay , kitchen cabinet kami menggunakan :

100% aluminium termasuk skirting, kebanyakan kitchen di luar sana. Yang murah tu, adalah material melamine. Kenapa kami memilih aluminium? Aluminium ini, tahan lasak, tahan berat, ringan (tak berat) so bila barang kita berat, tiada bebanan tambahan pada kitchen cabinet tu. Paling best boleh basuh kena air dalam cabinet tu. Mummy ini ada masa suka basuh lantai dapur. Basuh tau ! Bukan mop hahaha. So kalau material melamin , nanti cepatlah kembang dan rosak cabinet tu.

Pintu 3G, sekarang ini dah ada pintu jenis 4G. 4G memang lawa sebab dia akan nampak full color kitchen cabinet hitam 100% tak nampak silver color tu. Tapi, tepinya mcm tajam sedikit dan boleh mudah tersompek. Contohnya, macam cermin tak ada bingkai. Untuk yang ada anak kecil macam kami. Sesuai untuk 3G je lah.

Top pula, ada orang pakai konkrit. Lepas tu order pintu je kan. Macam kami, kami memilih quartz je atas top tu. Tak buat pun konkrit. Sebab kami tak mahu deal dengan ramai orang untuk buat kitchen cabinet. Kami memilih 1 tempat untuk siapkan semua kitchen cabinet kami. Quartz pun tahan lasak, nak manjat pun tak ada masalah. Dan, quartz ini kalau akan datang nak tukar material atau warna. Anytime boleh tukar.

Pintu dan drawer adalah soft close dan hinges.



Dan macam cermin refleksi cabinet kami hehehe.

Bahagian tepi ini, kami memilih tall unit. Sebab apa? Sebab nak nampak kemas oven kami dalam tu hehehe. Dan kalau duduk di ruang tamu tu, nampak la dapur tu macam tertutup sket . macam ada 1 dinding lagi kat situ hehehe.

Dapur kami ni, asalnya nak cat putih. Tapi color tu, tukang kata nampak bercapuk sket. Memang warna putih ini, kena cat berkali-kali. Setakat 2,3 kali masih tak nampak kemas. Sebab warna asal dapur ini light yellow.

So, kami teruskan cat kuning je lah ! Tak pe lah kan, sama warna dengan tile lantai yang asal tu. 

Tile pulak, kami memang tak tukar semua. Tukar tiles di bahagian kitchen cabinet dan laundry area je !


Ni dapat free dalam pakej kami





Hood dan Hob ini kami beli sendiri, dah alang-alang dapat kitchen cabinet di bawah bajet daddy. So, daddy grab terus brand Rinnai ini.

Oven dan microwave pun Rinnai juga. Kami memilih combination oven dan microwave. 2 in 1 je. So, tak payah beli 2 barang dah. Microwave kami dpat free juga dalam pakej ni. Tapi, kami jual microwave tu. Company ini memang banyak FREE GIFT dalam pakej.



Gambar sebelum dan selepas kitchen cabinet kami siap. Lebih kurang total 10 kaki. Dan, hitam menjadi pilihan kami. Macam biasalahkan, tak di nafikan ramai memilih KC Warna putih.. sekarang trend putih. Tapi, rumah kami ini bukan berkonsepkan English. So, warna elegant menjadi pilihan kami. Lagi pun, Warna hitam ni pun senada je dgn dapur gas dan lelain. 

Untuk sinki dan paip juga , syarikat ini berikan secara PERCUMA. Tapi, kami tak pasang hat PERCUMA tu. Kami beli lain untuk paip. Paip tu, kami beli jenama Sorento , manakala sinki adalah dari jenama Mocha.

Gambar tak siap 100% pun mummy up hehehe. ada 2 lagi pintu atas tu belum pasang dan sinki pun tak buka balutan lagi hehehe. 

Sebab lepas siap je, mummy terus macam lipas kudung buat sesi pembersihan dan mengemas. 

Terima kasih banyak-banyak daddy, belanja dapur yang cantik ni ! Moga Allah merahmati suamiku dan murahkanlah rezeki beliau tanpa henti. Amin.....

BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI

BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI - Sejak-sejak macam-macam penyakit yang muncul, mummy amalkan kebersihan yang agak ketat untuk anak-aank mummy. Setiap kali balik je, dari berjalan ke kedai ke balik dari kampung ke. Wajib dorang cuci tangan dan kaki di luar rumah. Eh dah terasa macam orang dulu-dulu pulak. Rumah orang dulu-dulu kan letak tempayan luar rumah, cuci kaki dahulu sebelum naik ke rumah. Rupanya , sangat relevan apa yang di praktikkan oleh orang terdahulu dari kita.

Anak-anak kami ni, macam biasalah. Bila suruh basuh kaki dan tangan , habis basah segalanya ! Sudahnya mandi luar je lah ! Oleh kerana BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI ini berada di rumah. Alang-alang kasi on je lah dorang mandi luar rumah !

BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI 

Dhia, Dzal, Daim menggunakan BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI ? Bukan ke mereka sudah besar ? Haaa, mesti korang tertanya-tanya,kan ! Set BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI ianya sesuai dari bayi sehinggalah ke kanak-kanak. Lelagi kalau anak korang yang jenis berkulit sensitif tu ha. Lagilah wajib amek set BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI .


BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI  sangat bagus kerana ianya di fomulasikan daripada bahan yang dirumus khas 100% organik. 

Antara bahan organik yang terdapat dalam BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI ini adalah seperti Organic Oat Milk & Milk of Almonds dan Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil. Kesemua bahan ini difomulasi khas untuk kulit bayi dan kanak-kanak kerana ianya bagus untuk melembut dan melindungi kulit mereka.


BABY CARRIE Head to Toe membersihkan kulit kepala & kulit sensitif bayi dengan lembut dan diperkaya dengan minyak gandum, kaya dengan Vitamin E, sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. Ia melembapkan kulit bayi secara intensif dengan minyak badam organik agar kulit lembut & licin.



 Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Tidak memedihkan mata 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi 
• Bebas sulfat, sabun, paraben, pewarna, MIT



BABY CARRIE Bath membersihkan kulit sensitif bayi dengan lembut dan mengandungi susu oat organik & susu badam untuk memperbaiki kelembapan kulit bayi, mengawal kehilangan kelembapan & menguatkan kulit. Keanjalan kulit bayi ditingkatkan dengan Vitamin A & E, yang juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. 

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Tidak memedihkan mata 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi 
• Bebas sabun, paraben, pewarna, MIT



BABY CARRIE Lotion memberikan kelembapan cepat selama 48 jam pada kulit bayi dengan kesan tidak berminyak dan rasa ringan. Ia diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat dan menenangkan kulit bayi dengan susu oat organik & susu kacang almond untuk melembabkan & melindungi kulit. 

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Mengekalkan kelembapan selama 48-jam 
• Bebas alcohol, paraben, pewarna, minyak mineral

BABY CARRIE Nourishing Oil sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia menenangkan & melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Campuran yang diperkaya dari minyak badam organik, minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Mengekalkan lebih kelembapan
• Melembapkan & melembutkan




Alhamdulillah, setelah anak-anak mummy menggunakan BABY CARRIE JUNIOR TERBAHARU SET MANDIAN ORGANIK YANG LENGKAP UNTUK BAYI ini, kulit mereka tidak merengsa, tidak kering malah lembut je terasa. Bau pun sedap macam bayi baru lahir. Erm..rindunya zaman itu.

Untuk dapatkan produk ini, korang boleh berkunjung di semua rangkaian farmasi, kedai dan pasaraya yang berhampiran. Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari :-

HAPPY BIRTHDAY ABAH 14 OGOS 2020

HAPPY BIRTHDAY ABAH 14 OGOS  2020 - Alhamdulillah masih di kurniakan bapa yang masih sihat dan panjang umur sehingga kini. Selamat Hari Jadi abah. Alfatihah kepada arwah nenek Rukiah binti Ahmad , terima kasih kerana melahirkan abah ke dunia ini ! Walau pun abah dah berusia 71 tahun, alhamdulillah namapk kuat kudratnya. Almaklumlah pencen Polis.

HAPPY BIRTHDAY ABAH 14 OGOS  2020 

HAPPY BIRTHDAY ABAH 14 OGOS  2020  , semoga abah di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan umur, di berikan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia di sunai dan di akhirat . Amin.

HAPPY BIRTHDAY ABAH 14 OGOS  2020

Gambar raya haji kami tahun ini, mummy seekluarga pakai baju raya puasa 2020 je. Apapaun, syukur dapat berkumpul dengan semua adik beradik mummy. Selalunya, kalau raya haji, Along mesti kerja. Gambar Along lah selalu tak ada dalam gambar family kami huhuhu. Eh, mana entri raya haji? Entri raya haji kat blog tak tulis-tulis lagi hahaha. Tak apa lah kita tulis mana yang terdahulu punya cerita ye ! Ogos ini, banyak benda yang mummy nak story kan dalam blog. Jeng..jeng...jeng !

Dan, bulan Ogos ini antara bulan istimewa bagi mummy, selain kelahiran abah mummy, bulan Ogos juga merupakan bulan kelahiran mummy. Hadiah hari jadi mummy dah nampak hint dari daddy (suami mummy).

Nanti mummy story lebih lanjut lah ye ! Tunguuuu 19 Ogos ni..yeayyyyy

Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman

Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman - Kisah PKPD Mac hingga May 2020, walau mummy tak keluar bekerja. Mummy agak sibuk dengan macam-macam aktiviti. Termasuklah aktiviti memasak menggunakan resepi orang lain.  Kebetulan memang rumah mummy dah sesiap rekod siaran masak by Dato Rizalman di Astro. Bila dah duduk rumah tu, semua siaran yang kita rekod tu, tengok lah balik satu per satu. Dalam pada tu....Sempat juga mencuba 2 resipi Dato Rizalman. Entri ini, mummy share 1 resipi Dato Rizalman dulu ye !

Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman



Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman ni nampak mudah je, macam kari bersambal orang kata. Tapi, apa yang lainnya? Ha..syle masaknya lain ye. Dia menggunkan kaedah tumis darat dulu. Macam mana tu? Jom baca sampai habis ye.

Bahan-bahan Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman

Sebelum tu, jom kita tengok bahan yang perlu ada untuk Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman

Bawang merah di hiris
1 kg daging lembu
Ghee (minyak sapi)
Cili boh siap blend (dalam ni, mummy dah siapkan bawang merah bawang putih, halia campur dalam ni)
1 paket kari daging (kecil)
3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
Daun kari
Cili kering
Asam keping (kalau ikut resipi Dato, beliau menggunakan cuka)

Cara Masak Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman



Bahan-bahan untuk Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman dah ada. Seterusnya, mummy akan tunjukkan cara masak Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman ye. Pertama sekali, asingkan 2 periuk (kuali ke atau apa-apa gadget korang ye ). Periuk 1 , tumis darat dengan memasukkan minyak sapi,  cili kering, 3 sekawan, bawang merah yang di hiris dan daun kari (masukkan dengan batangnya kerana aromanya disitu kata Dato'). Tu yang best tengok siaran Dato, banyak tips yang Dato Rizalman share.



Tumi sdarat ni, tak perlu lama ye. Masak sehingga naik bau je !



Periuk ke-2 ni, letakkan semua bahan  sekali harung iaitu daging, rempah kari, cili boh, asam keping.  Gaul hingga rata ye.

Dah gaul sebati, masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk ke-2 ni !



Masak sehingga daging empuk !



Sebelum tutup api, perasakan masakan tadi dengan sedikit gula dan garam ! Siap dan boleh di makan dengan nasi panas-panas !



Pergh, memang sedap masakan tumis darat ni. Sebelum ini, mummy memang tak tahu tumis darat. Sehinggalah , tonton siaran Dato Rizalman ni di ASTRO.

Apakah resepi Dato yang kedua mummy cuba? Jeng...jeng...dakan mummy rajin menaip ye !

ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK-KANAK 1 HINGGA 6 TAHUN

ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK-KANAK 1 HINGG 6 TAHUN | Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori & ‘generasi Alfa’ atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting. 


ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK-KANAK 1 HINGG 6 TAHUN 




Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak. 



Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.











Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan Sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.


Dr. Rajini Sarvananthan


“Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka".

Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini.


Wendy Goh


Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.

“Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik.”

Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrient termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

“Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.

Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak. Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.



Dr. Yong Junina Fadzil



Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.

“Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit,” katanya.

“Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!” tambah Dr. Yong Junina.

Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.

Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.



Untuk maklumat lanjut,sila layari :

Facebook Anmum Essential 



Laman web



MAKAN BESAR DENGAN FAMILY IN LAW DI SATE RONO KAJANG

MAKAN BESAR DENGAN FAMILY IN LAW DI SATE RONO KAJANG - Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera ! Kisah Raya PKP 2.0 pula sebelah suami kita abadikan dalam blog. Kebetulan, adik ipar duduk Taiping tu, datang ke Kajang. As usual, kalau dah datang Kajang memang gathering terus lah. Sebab 5 adik beradik lain memang dah duduk sekitar Kajang je ! Tak jauh semua adik beradik suami dan juga adik beradik mummy. Alhamdulillah....syukur ..

Abang ipar, abang sulung suami terus ajak dinner, nak belanja katanya. So, on jugaklah .

Pemilihan tempat asalnya kami nak ke Malee Sungai Kantan Kajang je, tapi sampai di Malee penuh ya rabbi situ.

Kita try ke tempat lain, ke sate rono kajang yang baru je buka di bandar Kajang. Dulunya , situ restoran V View, sekarang sate rono ambil alih. Sate Rono yang lama di Taman Delima Kajang tu masih ada. Dan, Tambah lagi 1 cawangannya di sekitar masjid besar Kajang. 

Mummy macam biasalah, pilih sate ...i memang peminat sate ok ! Then, nak try bakso juga. So, sate dan bakso menu makan mummy.


MAKAN BESAR DENGAN FAMILY IN LAW DI SATE RONO KAJANG





Sebelum makanan sampai, memasing buat hal sendiri hehehe



Makanan dah sampaiii..jom makan 


cousins...lepak sekali sekala..tak sedar esoknya Isnin nak sekolah hahaha





curik gambar dari abang ipar yang share di wasap

Bukan selalu dapat jumpa semua, lama tak jumpa satu sama lain. Almaklumlah zaman covid-19 ni kan..PKP / MC) semua

Bila PKPP ni, dapatlah jumpa mana yang free dulu..kita jumpa dulu..