DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING !

DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING ! - Alhamdulillah, diam tak diam dah besar si Dhia tu ha. Dah naik Alquran dah pun. Tapi, biasalah budak perempuan ni, memang progress dia cepat dari budak lelaki. Mummy pun boleh agak yang Dhia boleh naik Quran cepat. Dalam darjah 1 dah boleh dah Dhia tu. Memang tepat jangkaan mummy. Berbanding Dzal tu, erm..tak pe lah nak. Slow slow lah ! Mummy bukannak bandingkan anak-anak. Tapi kita faham, as long as dorang pergi mengaji, nak belajar, boleh belajar. Alhamdulillah. Yang penting konsisten !

DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING !


Mummy kecik-kecik dulu, naik je quran terus tok mak buatkan pulut kuning. Bagi guru dan kawan-kawan kat tempat ngaji . So, kali ni mummy buat jugaklah. Suka-suka je sebenarnya. Rezeki semua yang mengaji satu tempat dengan Dhia. 

Idea nak buat pulut kuning dan rendang ni spontan je, kebetulan mummy tak ada appointment dan hanya pos barang yang customer online order, follow up sana sini je. Terus rasa nak drive ke pasaraya CS, sampai pasaraya CS baru lah terhegeh-hegeh nak bagi tau pada laki sendiri haha. Sambil tu, tak fikir apa dah..terus beli barang. 

Mummy tak masak banyak pun pulut kuning tu. Dan, pulut kuning tu, tok mak Dhia juga buatkan tu. Mummy bangun subuh tengok dah siap haha.


Rendang, memang mummy masak sendiri. Ada 2 jenis rendang. Rendang daging dan rendang ayam. Tapi dalam ni semua gambar rendang daging je. Hehehe.

Ntahlah lately ni malas nak amek gambar, malas nk taip blog. Pesal ntah !





Pekkan gini untuk cikgu sekolah tadika lama Dhia, sebab sekolah Tabika KEMAS dorang depan rumah je. 

Ni pulak, untuk tempat mengaji Dhia. Senang asingkan rendang, Takut budak nak makan pulut dengan telur kang pedas pulak. Asing gini, senang sapa nak makan pun !


Mummy pun lapar oiii, menambah berkali-kali jugaklah ! Haha, masa ni hentam je makan. Tapi, kalau masa sekarang ni, sorrylah ye ! Mummy sedang diet kalori. Makan memang jaga sekarang. Air pun hanya air putih sahaja mummy akan minum. Unless seminggu sekali tu, ada event ke jamuan ke tu boleh jugaklah.

Memang kaw-kaw nak kena turunkan berat dah ni. Nak capai berat ideal mummy kena turunkan 20kg. Nak tak nak kena aim jugaklah. 

Dalam masa yang sama, hari-hari kena buat push up, lompat bintang jugak. Sebab tak sempat nak jogging hari-hari..

Kalau tak jaga dari sekarang. Nanti bila kita makin tua nanti. Badan akan jadi degil sket, susah nak turun. Kalau dah sekarang pakai baju saiz L/XL. takkan akan datang nak pakai baju XXXL kan?

Korang doakan mummy konsistent tau !




7 comments on "DHIA NAIK AL QURAN, MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING !"
  1. Alhamdulillah, tahniah dah naik Quran dhia! Mengancamnya pulut kuning itu..huhu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah Dhia..Tahniah jugak untuk mami.Kipidap dongibab untuk teruskan misi turunkan berat badan

    ReplyDelete
  3. wah, sedapnya pulut rendang daging plus telur. terbaik kak.:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah naik AlQuran dah dia.
    Mummy pun rajin pulak.

    ReplyDelete
  5. Alhamduliallah. Syukur kepada Allah. Yang penting anak-anak dapat baca dengan lancar.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah Dhia..
    Sedap pulut kuning dengan rendang..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com