Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa

Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa - Sesekali kita up la pulak rumah yang tengah bersepah kan. Apa ada hal ! Amacam, rumah ada macam tongkang pecah tak? Dasyat kan ! Proses make over / renovation dapur, bilik-bilik tidur semua sudah selesai (walau hakikatnya 98% je baru siap). Tapi, kita bundarkan siap je lah kan ! Sekarang ini, masa untuk make over living hall dan dining area. 

Macam biasa, sebelum proses make over. Perkara pertama, mestilah membuang atau keluarkan barang yang rasa dah tak boleh di gunakan lagi. Sebagai contoh sekarang ini adalah meja makan kami ! Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa

Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa



Rumah jadi lapang, tapi pening part nak membuang barang tu kan. Allah je yang tahu. Hati dan jiwa kena kental. Buang saje barang yang tak pakai. Ini adalah rumah, bukan muzium atau pun tempat barang pameran. Hehehe.

Maaflah bebarang ye ! Terima kasih atas jasamu semua !



Tada,,,,ni lah meja makan yang dah 10 tahun tu. Kerusi dari 4, tinggal 3 buah je ! 1 tu dah patah. Tempat duduk tu, ada kesan cakaran sebab dedulu mummy ada anak bulu 2 ekor sebelum kahwin. Peneman lah katanya.

So, habis rumah ada kesan cakaran sana sini.


Terpaksa lah let go sedekah pada jiran tetangga sebab anak-anak dah besar semua nak duduk makan sesama dah. Kami nak kena cari meja makan 6 seaters pulak.

Macam biasa, kami akan cari hat kualiti , plan nya anak cari meja makan marble. Kukuh dan utuh. Moga boleh bertahan sehingga ke cucu cicit lah ye hehehe.

Rumah masih belum 100% dapat kemas, sana sini kena sorong barang. So, bertabahlah je ye !

Nanti dah siap, kami tepek gambar make over rumah kami. Yang penting konsep simple je. Tak ada konsep English ke Dutch ke apa ye..

2 comments on "Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa"
  1. Cukup sampai di sini sajalah berjodohan dengan meja makan tu ye. Alhamdulillah, berbaloi beli dan guna 10 tahun.

    ReplyDelete
  2. meja marble berat sangat, susah nak alih. saya pulak rasa nak letgo meja marble kat rumah ni hehehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com