Happy Birthday Mak 21 November 2020

Happy Birthday Mak 21 November 2020 - Birthday mak selalunya kami sekeluarga ada bersama mak, ada makan-makan menu favorite mak. Tapi, oleh kerana PKPB di Selangor , kami mengambil keputusan duduk sepenuhnya di rumah Kajang. Maka kali ini, tiada sambutan bersama. Hanya ucapan di kejauhan. Nanti lepas semua settle, PKPB berakhir, kami boleh keluar kerja macam biasa. Insyaallah kami ke rumah mak balik.


Happy Birthday Mak 21 November 2020



Happy Birthday Mak 21 November 2020, genap 66 tahun mak tahun ini. Alhamdulillah mak masih sihat (lutut je sakit sket) dan masih kuat. Syukur di panjangkan usia, dapat melihat anak cucu membesar depan mata dan anak cucu dapat mengenali mak.

Moga Allah panjangkan umur mak , di berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungannya. Ameen.


gambar sambutan anniversary mak abah

Mak buat gubahan sirih junjung

masa melawat Daim masuk hospital

Ni pula, masa umur Dhia 1, 2 tahun. Mak hadiahkan Dhia gelongsor buai ni. Terima kasih tok mak ! Boleh pakai sampai Daim membesar. Syukur !

Throwback gambar-gambar lama je lah mampu. Jenuh skroll hand phone hehehehe. So, sebelum hilang lagi, dan nak memudahkan kemudian hari untukmencari. Mummy terus buatkan 1 entri lah ye !

Gambar masa kenduri kahwin di Kota Tinggi

Hadiah Happy Birthday Mak 21 November 2020

Dalam fikiran nak bagi mak hadiah hand bag Coach atau Fossil. Pernah suruh mak tengok-tengok gambar di internet. Mak kata design dia tak kena citarasa mak. Mak nak hand bag yang banyak compartment. Tak nak campur 1 compartment nanti susah nak cari barang dalam hand bag.

Hand bag yang banyak compartement. apa yang mummy tahu. Guess paling banyak. Oleh kerana mak minat kumpul handbag dan mak pernah bercerita pergi tengok hand bag Guess . Harga dia tak lah murah mana, kata mak. So, kali ini, kita hadiahkan mak handbag Guess.





Handbag Guess Pink ini tak besar sangat dan tak terlalu kecil. Hand bag Pink mak belum ada lagi. Just nice lah dapatgrab Guess Pink untuk mak.







Bukan 1 hand bag je, tapi 2 hand bag terus kita hadiahkan. Rezeki untuk mak. Nasib baik bulan 10 hari tu dah belikan awal-awal dan terus berikan hadiah awal untuk mak.

Jadi kali ini, kami tak adalah ralat sangat, tak ada bersama dengan mak. Sebab hadiah birthday mak, kamu dah bagi awal-awal lagi.
2 comments on "Happy Birthday Mak 21 November 2020"
  1. Happy belated birthday untuk mak. Cantik hadiahnya. Moga mak sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusannya.

    ReplyDelete
  2. Lawa handbag nya. Happy birthday to your mom!

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com