J & T SEDANG BERMASALAH PENGALAMAN POS BARANG HILANG DAN BELI DI SHOPEE JUGA HILANG

J & T SEDANG BERMASALAH PENGALAMAN POS BARANG HILANG DAN BELI DI SHOPEE JUGA HILANG - Bila dah viral kisah courier J&T ni, baru lah mummy terfikir nak tulis tentang 2 pengalaman mummy yang sedang di lalui dengan J&T ni. Bukan nak lah nak kata j&T ni 100% tak bagu. Tidak ye ! Mummy sukakan perkhidmatan J&T yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu. Bila PKP ni, mummy faham, lambakan barang untuk di courier tu memang luar biasa. Sebab semua bekerja dari rumah, kan?

Courier lain pun mummy pernah ada pengalaman barang hilang juga, seperti dengan Ninja Van, Pos Malaysia (barang lain yang di posnya) dan juga pgeon. Apa yang mummy nak share di sini, kalau barang hilag atau pihak courier pos barang lain tu, bukan mudah ye nak berurusan dengan pihak courier. Sebagai seller mummy bayar atau gantikan je balik pada customer mummy. Anggap tu sebagai rezeki pembersihan aje.

J&T SEDANG BERMASALAH PENGALAMAN POS BARANG HILANG DAN BELI DI SHOPEE JUGA HILANG


Berbalik kisah J&T ni, mummy ada pengalaman sebagai seller dan juga buyer.




J & T SEDANG BERMASALAH PENGALAMAN POS BARANG HILANG DAN BELI DI SHOPEE JUGA HILANG

J&T SEDANG BERMASALAH , PENGALAMAN POS BARANG HILANG

Cerita mummy barang hilang ni dah lama, bulan Disember 2020 lagi. Kawan mummy, agent AIA minta mummy belikan diary AIA dan di poskan kepada beliau di Ipoh Perak.

Mummy pos macam biasa, dan apa yang mummy tahu biasanya hari esok dah sampai dah. Ipoh bandar besar, tak jadi masalah lah.

Beberpaa hari lepas tu kawan mummy tanya, agak lama lagi ke sampai. Sebab dia nak bercuti ke Penang. 

Mummy agak pelik lah, semak tracking barang mummy tu berada di HUB J&T Kampar Perak. Lama juga lah kat sana tu.

Buat report ke J&T Prima Saujana Kajang dan mereka proseskan report. Tak lama tu, beberapa hari lepas tu, J&T minta mummy kemukakan

1. Gmbar barang yang di pos (sebelum pek)
2. Gambar parcel
3. Invoice

Mummy reply balik, perlu ke kena ambil gamabr tu, saya tiada gambar tu semua. Sejak dari tu j&T senyap

Sehinggalah dapat SMS dari J&T, minta mummy sahkan bahawa customer terima atau tak barang tu.

Pelik jugalah, sebab kalau tengok tracking tu, masih tracking tu di J&T Kampar kot. Call J&T Kampar, erm...haram tak angkat ..

Diary AIA tu dah lama mummy pulangkan duit kawan mummy termasuk duit pos. Tak apalah , biar kita sahaja berurusan dengan J&T tak perlulah bawa kawan mummy tu sama dalam kes ni.



DAN BELI DI SHOPEE JUGA J&T HILANGKAN

Kes seterusnya ni, mummy beli barang di Shopee, macam biasa juga guna J&T sebab kononnya J&T ni bekerja setiap hari kan ! Erm, padahnya.... barang mummy beli tu hilang

Shopee hantar mesej mengatakan barang mummy beli LOST dan pihak Shopee sendiri gantikan duit mummy ke dalam akaun Shopee

Alhamdulillah, mudah beli di Shopee ni. 

Tapi, apa yang berlaku pada seller tersebut. Duit nya macam mana? Tu mummy tak pasti.

Walau mummy pun ada pengalaman, barang yang mummy jual di Shopee (melalui Ninja Van ) hilang. Yang penting customer dapat duit, mummy punya, mummy tak cek pun . Macam baisalah malas nak lauli investigate ni.

Ada masa , rasa macam buang masa. Baik move on dengan next sales. Anggap tu, bukan rezeki mummy atau untuk cuci rezeki kami je.


5 comments on "J & T SEDANG BERMASALAH PENGALAMAN POS BARANG HILANG DAN BELI DI SHOPEE JUGA HILANG"
  1. selalu dgr J&t ada masalah. last year akak pun terkena gak huhu

    ReplyDelete
  2. Mohon sekiranya barang hilang tolong buat aduan kepada pihak SKMM. Biar pihak kerajaan ada rekod dr pengguna di Malaysia tentang courier supaya mereka dpt mengubal akta yang sepatutnya bagi menjaga hak pengguna daripada ditindas oleh pihak courier.

    https://aduan.skmm.gov.my/

    ReplyDelete
  3. Mohon sekiranya barang hilang tolong buat aduan kepada pihak SKMM. Biar pihak kerajaan ada rekod dr pengguna di Malaysia tentang courier supaya mereka dpt mengubal akta yang sepatutnya bagi menjaga hak pengguna daripada ditindas oleh pihak courier.

    https://aduan.skmm.gov.my/

    ReplyDelete
  4. Mohon sekiranya barang hilang tolong buat aduan kepada pihak SKMM. Biar pihak kerajaan ada rekod dr pengguna di Malaysia tentang courier supaya mereka dpt mengubal akta yang sepatutnya bagi menjaga hak pengguna daripada ditindas oleh pihak courier.

    https://aduan.skmm.gov.my/

    ReplyDelete
  5. Barangan tidak diterima lebih hampir sebulan, dan masih menunggu..sampai saat komen ini.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com