Translate

Main Ad

RESEPI MASAK BROWN SAUCE UNTUK STEAK PALING SENANG DAN GERENTI JADI

Resepi Masak Brown Sauce Untuk Steak Paling Senang dan Gerenti Jadi ! - Hai Assalamualaikum semua. Menu hari Sabtu kami baru ini . Daddy teringin nak makan steak, minta mummy masak steak hehe. Mummy dha expert dah bab buat sos steak. Cakap je nak sos apa? Brown sauce, black pepper sauce? Mummy suka homemade black pepper sauce, tapi kalau kat kedai mummy suka pilih brown sauce. Daddy pula, as usual suka brown sauce je. Oleh kerana malas nak renyah, semua makan steak menggunakan brown sauce aje lah ! 

Resepi Masak Brown Sauce Untuk Steak Paling Senang dan Gerenti Jadi ! 


Recipe for Cooking the Most Happy Steak Brown Sauce and So Gerenti!

Resepi Masak Steak Brown Sauce Paling Senang dan Gerenti Jadi ni mummy masak rib eye steak, sirloin steak dan juga lamb chop. Eh, kenapa ada nama chop? Chops ni sebab mummy panggang atas dapur, macam goreng tu.. 

Steak tu, sebab mummy grill dalam oven hehehe.





Kebetulan daddy ada appointment check up hospitalnya. Balik dari check up, daddy bawa lah daging-daging dari House Of Meat Saujana Impian. Situ memang tempat jual pelbagai jenis daging. Nak cari daging untuk buat steak ke chop ke semua ada. Nak beli daging tempatan pun ada di sana. Harga macam mana? Harganya tak adalah murah sangat dan tak lah mahal sangat.

CARA MASAK RIB EYE, SIRLOIN, LAMB Steak Brown Sauce 


Okay bagi yang first time masak steak takut tak jadi, korang boleh follow cara mummy ini tau, insyaallah gerenti jadi steak dan brown sauce untuk steak tu ha.

CARA BUAT BROWN SAUCE 

Cara buat brown sauce ni senang je, bahan dan cara seperti berikut :-


1 labu bawang besar, sederhana besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu sos tiram
4 sudu sos masakan
4 sudu sos tomato
4 sudu kicap
4 sudu chicken stock (botol kaca)
**boleh pakai kiub ayam / ikan bilis juga..sedap !
*tak pakai garam sebab sos tiram dah masin*


2 biji kentang di rebus.

Cara masak
1. Rebuskan kentang dan sediakan bahan di atas.
2. Blender semua bahan di atas dengan sedikit air
3. Panaskan kuali
4. Masukkan bahan blend di atas dan campurkan 1 cawan air.
5. Tunggu mendidih , siap !


6. Nak tabur cendawan pun boleh juga !

Sayur pula hanya rebus sekejap untuk brokoli, carrot dan kobis bunga.

Seterusnya, macam mana nak masak steak?

CARA MASAK STEAK 

Cara masak steak pula senang aaje, marinate kan sekejap daging dengan brown sauce yang siap masak tadi.

Lepas 30 minit, masukkan daging ke dalam oven


Mummy pilih mod oven (grill chicken 800g) , suhu 170, untuk oven mummy Rinnai Convection



Boleh juga pakai mod convection atau grill juga.

Rib eye steak dan sirloin steak

Siap, sebaenrnya untuk rib eye ini elok masak cara medium well manakala sirloin stek ni sesuai juga untuk masakan cara well done

Recipe for Cooking the Most Happy Steak Brown Sauce and So Gerenti!
Lamb chop, grill atas pan non stick Tefal je, senang control dan juicy !

Recipe for Cooking the Most Happy Steak Brown Sauce and So Gerenti!

Tak sah, makan western tanpa mushroom soup. Ginilah kami, sekeluarga sukakan mushroom soup . 

Siap dah semua, amacam, senang,kan masak steak ni !

Post a comment

2 Comments

  1. Aduhhhh terliur nya kak... Sedap tuuu.. Lama xmkn steak kak🤤🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  2. Sedapnya linda. Terkeliur tgknya

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com