PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI

PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI - Dua hari lepas agak seram juga menantikan pengumuman dari Menteri kita Khairy Jamaludin. Ghisau PKP tak boleh sekolah dan tak boleh keluar rumah hahaha. Memanglah, bahaya virus COvid-19 ini dan angka positif Covid-19 pun semakin meningkat. Mau tak risau anak-anak kita. Cumanya, nak tune balik masa dan cara kerja tu yang kena amek masa tu. Lelagi, mummy ni kerja sendiri kan !

PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI

PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI


Bila dah dengar PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI terasa okaylah sedikit, sebab tak mempengaruhi jadual kerja dan rutin mummy. Budak-budak pun lagi 2 minggu je nak habis sekolah. Tu pun dah satu kelegaan !

Dalam PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI, KJ menyatakan seperti gambar di atas juga antara intipati lain :


1- Syarikat membenarkan pekerja untuk bekerja di rumah. Mana yang boleh work from home , minta di benarkan work from home. Ini adalah salah satu langkah yang bagus. Cuma, mummy ni ada banyak pengalaman sesebelum ni kerja dengan orang. Erm...kebanyakan boss terutama di syarikat swasta ni, susah nak percayakan pekerjanya work from home. Kalau boleh nak nampak depan mata . Huhuhu.


2- Syarikat harus memberi insentif dengan memberi pelitup muka yang berkualiti untuk pekerja. Rata-rata, pelitup muka ni, semua nak kena beli sendiri huhuhu. Bagi kerja sendiri macam mummy ni, tak apalah. Tapi, yang makan gaji tu kan, hari-hari berkumpul satu ofis tu, agak bahaya kalau pakai pelitup muka yang kurang berkualiti.


3- Mengadakan majlis ataupun acara dengan skala kecil. Alhamdulillah, dah boleh buat majlis dah sekarang, cuma ada SOP tertentu dan juga berada dalam kapasiti yang kecil. 


4- Penerima suntikan dos penggalak boleh memilih jenis vaksin yang diinginkan. Ramai yang tak ambil dos penggalak lagi kan. Mummy , daddy, tok mak, tok, adik beradik semua settled. Malas nak fikir banyak ! Mana yang baik, kita ikut.


5- Mereka yang berumur 60 tahun ke atas perlu mengambil dos penggalak selewatnya Februari 2022 untuk mengelakkan status tidak lengkap vaksinasi.


6- Penerima dos lengkap vaksin Sinovac perlu mengambil suntikan dos penggalak untuk mengelakkan status tidak lengkap vaksinasi. Pepahamlahkan Sinovac ni, kontroversi lain machiam ! Lelagi kalau nak travel ke negara omputih, minta 1 dos pfizer kalau boleh. Mummy pun 2x Sinovac, 1 Pfizer. 

Apapun, semoga kita sentiasa di bawah lindungannya...amin..
Take care semua !


3 comments on "PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI"
  1. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  2. menakutkan kenaikan kes ni linda.. tapi macam boleh dijangka sebab kat luar negara pun dah macam tu.. semoga kita semua dihindari dari virus ni akan datang dan seterusnya linda.. vaksin ni iktihar.. semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. amin..

    ReplyDelete
  3. Semoga covid ni cepat2 terhapus

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com