Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang - Alhamdulillah mummy dan daddy berkesempatan hadirkan diri ke Majlis Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang di DADI inema Pavillion KL sehari sebelum ianya di tayangkan di pawagam secara umum.

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang turut di hadiri oleh barisan VIP,barisan pelakon , media dan juga peminat yang bertuah. Filem ini mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) 

Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG). Filem Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang merupakan anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi .


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Info Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Tajuk Filem : Coast Guard Malaysia : Ops Helang
Durasi : 85 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Aksi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran : Metrowealth International Group (MIG)


Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 


Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Lagu OST Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Audio Production




Producer : COF Music
Song : Yes Sir [Ost Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang]
Artist : Zamani | Ariff Peter
Composer : Ariff Peter | Pown Hasril |Otromen | Nass
Lyricist : Ariff Peter | Otromen | Azumi
Arranger & Producer : Ariff Peter | Jack Jafni | Pown Hasril
Mixing : Jack Jafni 
Mastering : Jack Jafni


Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Sejujurnya, memang best Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ni. Aksi yang hebat, ada part kelakar, serius dan juga mendebarkan. Di sebalik aksi filem ini, ada juga terdapat pengajaran pada kita semua. Hati-hati dengan kehidupan kita. Musuh dalam selimut sentiasa ada 

Yang lain-lain, korang wajib tonton sendiri tau. Mummy tak nak spoil kan Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

Keseluruhan mummy berian 9.5/10 untuk Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang 

2 comments on "Tayangan Perdana Dan Review Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang "
  1. wah..bestnya dapat tengok tayangan perdana. tengok iklan menarik movie ini

    ReplyDelete
  2. Salah satu filem yang ada dalam list movie wajib tengok. Tak berkesempatan lagi nak tengok. Tapi memang akan tengok jugak

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com