KUCING KAMI BAKA MAINE COON BREED ?

KUCING KAMI DARI BAKA MAINE COON BREED ? Entah ye, kurang pasti juga 2 ekor kucing kami ini mixed dari Maine Coon Breed atau Domestic Maine Coon Breed !

KUCING KAMI BAKA MAINE COON BREED ?

    KUCING KAMI DARI BAKA MAINE COON BREED ?

    Sebenarnya, malas nak tahu baka kucing kami. Sebab.. dah tahu dah.. memang dah campur dengan macam-macam kucing. So, anggap ajelah kucing kami tu kucing biasa atau orang panggil kucing kampung. Oleh kerana encik suami dalam tempoh berkuarantin tu, dan beliau tengah rajin study bab kucing. Tetiba beliau whatsapp "kucing kita tu, ada mixed Maine Coon Breed ke?". Walau serumah, terpaksa whatsapp, call & video call je kami sebab beliau kuarantin lepas ambil radioactive iodine treatment (thyroid)


    KUCING KAMI BAKA MAINE COON BREED ?

    Dapat Kucing Dari Mana?


    Kami dapat kucing kami dari mana? Kucing kami ni, dapat dari adik mummy Ira Azrah. Masa tu, kucing beliau asyik beranak aje hehehe. Adik kata, terlalu banyak dah kucing. Tanya kami, nak tak kucingnya. Kucing beliau ni, mixed breed tapi , tak tahu mixed apa. Daddy dan kids nak bela kucing. So, kasik on aje lah. Kalau tanya mummy, memang tak lah jawabnya. Dah lah selalu travel, nak jaga 3 orang anak lagi .
    At last …amek juga kucing ni 2 ekor, untuk teman daddy kat rumah Kahang, Johor tu haa

    So, encik suami kata ada Loki dan Lucky ni macam ada mixed Maine Coon breed. Mereka 2 ekor ni, jantan dan masih kitten (DOB Oct 2022) . Ngam !! sama bulan dengan daddy awakk .

    Tapi,kalau tengok bebetul..memang karakter dorang ni, agak lain dari kucing yang mummy bela (12 tahun lepas). Walau Loki dan Lucky ni, bukan Maine Coon pure breed, daddy dah jatuh cinta dengan this breed. Nak cari betina katanya untuk Maine Coon breed.

    Haaaa sudah ! 

    KARAKTER DAN CIRI-CIRI KUCING MAINE COON 


    Daddy dok study. Loki dan Lucky ini, macam ada karakter dan ciri-ciri kucing Maine Coon Breed.

    Antara karakter dan ciri-ciri kucing maine Coon Breed ini adalah manja, telinga besar serta tajam, tapak tangan besar, kurang mengiau, tak takut air, hunter, bijak, baka besar, makan memilih, ekor kembang dan banyak lagi..

    Jom tengok karakter dan ciri kucing kami pula !

    1) Manja.
    Loki dan lucky suka ikut mana kami pergi. Suka duduk dekat-dekat. Tapi tak suka pegang lama-lama / dukung lelama. Hat ni, sifat Maine Coon breed.

    Si Loki tu, kalau kita mandi. Tunggu depan bilik air. Dan jilat kaki kita (baru lepas mandi)

    2) Telinga besar, tajam, berbulu tegak.
    Kalau baca ciri fizikal Maine coon . Ni pun salah satunya. Walau Loki dan Lucky ni mixed. Ada kesamaannya.

    KUCING KAMI BAKA MAINE COON BREED ?

    3) Tapak tangan dan kaki besar
    Maine coon pure breed memang mempunyai tapak tangan walau kitten. Yang ni, memang perasan kat 2 ekor ni. Macam besar je tapak tangan dan kaki. Tapi, dorang ni kitten (6 bulan masa amek)

    Dan dorang tak kisah kalau kita pegang tapak tgn dan kaki mereka . Tak macam kucing breed lain atau domestic

    4) Tak suka mengiau
    Memula amek, adik dah bagitahu seekor (Loki) kurang mengiau. Seekor lagi macam bisu (Lucky). Si bisu tu, terus kami namakan ‘Lucky’ . Kalau bisu sekali pun, you are lucky .. kononnya lahh..
    Rupanya, dedua ni mengiau. Tapi, tak mengiau macam kucing biasa tu. Lain sket cara mengiaunya. Dan..memang kurang mengiau dan akn mengiau pada yang jaganya sahaja .

    Pure breed untuk kucing Maine Coon memang mengiaunya lain … macam seruling …ada gak kata macam burung.

    5) Suka Air
    Maine Coon pure breed sukakan air. Sama jugaklah si Loki dan Lucky ni. Memula , macam pelik. Bilik air basah pun, dorang boleh masuk baring. Baldi ada air pun dorang bantai main & minum 

    6) Hunter
    Ciri kucing Maine coon memang mereka suka nak memburu. Pandai menyorok, target dan terus memburu.

    Si Loki dan Lucky ni, memang macam tu juga. Suka duduk rumah Kahang Johor tu, sebab dekat dengan hutan kan. Malam-malam memang banyaklah serangga, kelkatu, cicak, mengkarung datang.
    Memang dorang 2 ekor ni pandai mengejar dan tangkap.

    Padahal 6 bulan awal dulu, dorang ni duduk dalam cage almost 24 jam (dengan adik)

    Walau dah mixed breed.. masih ada bijaknya macam Maine Coon Pure Breed hehehe

    KUCING KAMI BAKA MAINE COON BREED ?
    7 ) Besar
    Maine Coon memang jenis baka besar.
    Loki n lucky ni kategori besar macam bukan berumur 6 bulan (masa ambil) . Sekarang 8 bulan umurnya.

    Bila tanya adik amsa tu, ni ke yang baru lahir? Adik jawab, ye..dah besar dia.

    8 ) Bijak
    Maine Coon antara kucing yang bijak.
    Ada nampak karakter tu ..pada pada 2 ekor ni. Dorang senang diajar. Bawa travel pun senang. Tak mengiau bising dalam kereta walau perjalanan 3-4 jam.

    Bila tukar rumah, pun tak ada masalah untuk dorang cari tandas mereka dan tak ada masalah nak cari tempat makan.
    Sejenis faham kalau kena marah.

    Pandai berlakon pun ia jugak. Takut kena marah 

    9) Makan
    Bab makan mereka agak memilih. Lelagi si lucky tu ha. Suka ayam rebus untuk wet food

    Dry food pulak, kibble pun sangat memilih

    Snack buat masa ni, suka 1 brand je AP&C Rawly Stick.
    Loki, kurang sket memilih..tapi, kategori memilih jugak 

    10) Ekor kembang
    Kalau ikutkan puree breed jenis Maine Coon ni, ekor memang kembang semacam.

    KUCING KAMI BAKA MAINE COON BREED ?

    Ekor si Loki dan Lucky ni memang jenis kembang semangkuk gak lah hehehe


    Kesimpulannya, memang karakter atau ciri Maine Coon Breed ada pada si Loki dan Lucky. Sejauh mana kebenarnnya..tak tahu 100% jugak  sebab dah bercampur-campur.

    Kot ada rezeki ke , ada sesapa nak bagi Maine Coon pure Breed betina ke …kann

    KUCING MAMALIA KARNIVOR


    Kucing adalah sejenis mamalia karnivor. Sering di jadikan sebagai haiwan peliharan. 

    Ada yang mengatakan, pembela kucing merupakan seorang yang penyayang dan pemurah. Insyaallah !

    Oh ya , adakah umur kucing ini seperti manusia? Jawapannya tentulah tidak.

    UMUR KUCING BERBEZA DENGAN MANUSIA


    Umur kucing berbeza dengan manusia. Manusia jika hidup 1 tahun. Akan berumur satu tahun. 

    Tetapi, berlainan dengan kucing. Umur 1 tahun kucing taidak sama dengan 1 tahun hidupnya di dunia.

    Macam mana nak tahu kiraan umur kucing?

    CARA KIRA UMUR KUCING


    Cara kira umur kucing senang sahaja. Menurut Public Health Malaysia, umur manusia dikira 4 kali + 16 daripada kucing.

    CARA KIRA UMUR KUCING


    CARA KIRA UMUR KUCING



    Sebagai contoh, umur manusia 56 tahun bersamaan umur kucing baru berusia 10 tahun. Kucing pada umur 10 tahun ini dikategorikan sebagai usia ‘warga emas’.

    Kebanyakan jangka hayat kucing,  hanya mampu hidup sekitar usianya 15 tahun, iaitu bersamaan umur manusia pada 76 tahun.

    Jika kucing kami Loki dan Lucky sekarang berusia 8 bulan, bermakna umur mereka bersamaan 13 tahun umur manusia.



    Be First to Post Comment !
    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com