ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU

    ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU . Masa tengok drama Perempuan Itu episod awal-awal tu, aih memang geram betul dengan si Emir (lakonan Zul Ariffin). Dah ada bini pun masih nak berskandal huhu. Oh ya ! Korang ada yang layan drama Perempuan Itu , ke? Mummy tahu drama Perempuan Itu dari FYP TikTok. Entah macam mana teaser TikTok Erma Fatima lalu lalang.

    ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU


    Lepas tu, macam syiok pulak layan drama perempuan itu. Lelaki watak yang dimainkan oleh ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU . Zul Ariffin ini memang pelakon serba boleh. Watak lelaki romantik, watak jahat, liar, soleh semua boleh !


    ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU
    Dari TikTok Erma Fatima

    SIAPA ZUL ARIFFIN?

    Siapa Zul Ariffin? Zul Ariffin berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik . Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu.


    Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengambil latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen.

    BIODATA ZUL ARIFFIN

    Biodata Zul Ariffin  :-
    Nama Penuh : Zulkifli bin Ariffin
    Tarikh Lahir : 25 Oktober 1986 
    Tempat Lahir : Taiping, Perak, Malaysia
    Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    Pekerjaan : Pelakon, model, pengacara
    Tahun aktif : 2008–kini
    Ketinggian : 1.85 m (6 kaki ​ 13⁄16 in)
    Ibu : Robiah Nasir
    Bapa : Ariffin Hassan



    ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU
    Dari TikTok Erma Fatima

    DRAMA LAKONAN ZUL ARIFFIN PEREMPUAN ITU


    DRAMA PEREMPUAN ITU Episod: 30

    Skrip: Eirma Fatima
    Pengarah: Nur Ain Sharif & Isma Yusof
    Produksi: Rumah Karya Cinta
    Lagu Tema: Perempuan – Jacklyn Victor
    Watak PelakonMimi Lana sebagai Khalish
    Zul Ariffin sebagai Emir
    Siti Hariesa sebagai Seira
    Amar Asyraf sebagai Aryan
    Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
    Norish Karman sebagai Khafila
    Azizah Mahzan sebagai Saodah
    Aleeza Kasim sebagai Farisha

    SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN ITU


    Perempuan itu adalah bermula dari Ibu bapa Khalish yang mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Khalish ni, adalah anak yang mempunyai pemikiran moden dan selalu bertentangan pendapat dengan ayahnya sendiri.

    Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish (lakonan Mimi Lana), ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir (lakonan Zul Ariffin). Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

    Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira (lakonan Siti Hariesa).

    Kehidupan Khalish sentiasa dihantui, pelbagai persoalan dan pertanyaan sedang apa yang dilakukan oleh suaminya, sehinggalah satu saat disebabkan terlalu makan hati dan melihat sendiri perbuatan jijik suaminya tu, menyebabkan beliau mengalami komplikasi kehamilan yang teruk. Dan dapatkah anak yang dikandung Khalish diselamatkan? Adakah selamanya Khalish akan hidup dalam pertanyaan? Semuanya korang kena tengok sendiri drama ni.

    Rancangan ini telah mula bersiaran mulai 1 Jun 2023 secara HD di laman web www.tonton.com.my 


    FILEM LAKONAN ZUL ARIFFIN


    ZUL ARIFFIN DAN EMIR DALAM DRAMA PEREMPUAN ITU



    KONTROVERSI ZUL ARIFFIN


    Kontroversi Zul Ariffin dengan Siti Hariesa

    Kontroversi Zul Ariffin dengan Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu. Klip video adegan dalam drama Perempuan Itu mendapat kecaman hebat netizen dan mencetus kebimbangan ramai kerana memaparkan unsur-unsur kurang baik, tidak sesuai bagi siaran tontonan umat Islam.


    Kontroversi Zul Ariffin dengan gadis Ukraine, Tanya Glembotska


    Antara kontroversi lain berkenaan Zul Ariffin beberapa tahun lepas , beberapa keping gambar Zul Ariffin dan Tanya Glembotska , gadis Ukraine bercuti bersama di Phuket, Thailand tersebar di media sosial.

    Gadis Ukraine tersebut dipercayai turut bercuti bersama Zul Ariffin setelah terlihat beberapa keping foto di IG Story pemilik akaun hlembotska22.


    Kontroversi Zul Ariffin dengan gadis Ukraine, Tanya Glembotska

    sumber IG @memes_puaka

    KESIMPULAN ZUL ARIFFIN


    Kesimpulan tentang Zul Arifin bagi pendapat saya, beliau sangat professionla dan bijak menangani isu hal peribadi dan kontroversi.

    Serta, beliau sangat bagus dalam membawa watak yang diberikan sebagai pelakon.

    Semoga Zul Ariffin cepat dapat jodoh dan dimurahkan rezeki selalu.


    Be First to Post Comment !
    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com