Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G

Anugerah TikTok Malaysia yang pertama diperkasakan oleh Siri HONOR 90 5G ! Menyatukan çontent creator Malaysia (pencipta kandungan Malaysia) dengan inovasi teknologi. Anugerah TikTok ini dijangka menjadi satu majlis terbesar di Malaysia  dipenuhi dengan kemeriahan yang bakal menyatukan çontent creator Malaysia  (pencipta kandungan) dan influencers (pempengaruh) di bawah satu bumbung digital. 


Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G


Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G


Buat julung kalinya Anugerah TikTok Malaysia memilih  rakan rasmi HONOR 90 5G dari HONOR Malaysia. Anugerah TikTok Malaysia, satu kerjasama yang dapat menyatukan dunia teknologi dan kreativiti. Kerjasama sulung ini diadakan bagi meraikan bakat dan inovasi luar biasa komuniti TikTok Malaysia, pada masa sama menunjukkan kesungguhan HONOR memperkasa kreativiti digital.


Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G

Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G

Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G

Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G

Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5GAnugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G



Anugerah TikTok Malaysia Oleh HONOR 90 5G


HONOR 90 5G: Pilihan bagi Content Creator (pencipta kandungan) TikTok


Sebagai jenama yang terkenal sebagai perintis teknologi, kerjasama antara HONOR Malaysia dengan Anugerah TikTok dilihat sebagai gabungan yang mantap. Kedua-duanya komited untuk memupuk kreativiti serta inspirasi terhadap inovasi dan gabungan ini bakal menghidupkan lagi kreativiti digital seluruh negara. Keluaran terbaharu HONOR iaitu siri HONOR 90 5G dan Siri HONOR Magic5 kini menjadi perhatian dan rebutan ramai peminat dengan reka bentuk yang bergaya dan ciri-ciri yang inovatif terutamanya kamera super sensing yang dapat menghasilkan hantaran foto dan video terbaik untuk dimuat naik di media sosial.


Kehebatan HONOR 90 5G baharu pastinya membawa perubahan besar dalam ciptaan kandungan TikTok dengan keupayaan kamera yang menjadi peneraju dalam industri. Dilengkapi dengan Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Depan Super Clear 50MP, ia menghasilkan imej berdefinisi tinggi pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang. Sensor 1/1.4-inci mampu menghasilkan kejelasan yang tiada tandingan, manakala ciri-ciri multi-video membolehkan pengguna menghasilkan kandungan yang interaktif dan menarik dengan mudah. Bukan itu sahaja, kamera hadapan turut menyokong resolusi sehingga 4K untuk swavideo yang mengagumkan. Dengan ini, HONOR 90 5G pastinya mengubah cara penghasilan video TikTok ke tahap yang lebih menarik.


HONOR Malaysia - Anugerah TikTok Malaysia Pencipta Kandungan Terbaik Tahun 2023




Tarikh pengumuman rasmi Anugerah TikTok hampir tiba, banyak lagi keseronokan bakal menanti buat pencipta kandungan, peminat dan penggemar teknologi. Dengan HONOR Malaysia sebagai tunggak utama, majlis ini bakal mencipta sejarah, meraikan kreativiti digital tanpa batas serta menyatukan dunia teknologi dan bakat semulajadi.


Pencalonan akan bermula 15 Ogos hingga 26 Ogos dan pencipta kandungan akan bersaing menunjukkan bakat untuk merebut anugerah bagi 14 kategori yang akan dipertandingkan. 

Pada majlis ini, HONOR Malaysia akan tampil menyerahkan anugerah "Pencipta Kandungan Terbaik Tahun 2023," kepada peserta yang menghasilkan kandungan paling inovatif dan menarik yang dapat menyerlahkan inti pati sebenar jenama HONOR. Kepada pencipta kandungan seluruh Malaysia ini peluang keemasan untuk anda!

Jadi tandakan kalendar anda dan bersedia untuk menyaksikan gabungan pertama kali dunia teknologi dan kreativiti kerana HONOR Malaysia bakal menyerlah diAnugerah TikTok pertama di Malaysia. Nantikan malam yang penuh gilang-gemilang dan meriah dengan kepintarn digital yang pastinya membuatkan penonton terpesona dan terinspirasi.


###



Mengenai HONOR

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang. Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.
 


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com