ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL

Assalamualaikum korang! 

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya ke bumi Perth selepas beberapa minggu merancang. Trip kali ni memang penuh emosi, penuh syukur dan sangat kami nantikan sebagai anniversary getaway yang ke-13. Dalam entri kali ni, saya nak cerita hari pertama kami di Perth, dari detik menjejak kaki di airport sampai la ke malam, siap ronda dalam hujan gerimis lagi! Hehe.

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL



Perth Day 1 – Dari Airport Sampai Check-in, Beginilah Permulaan Winter Kami di Perth! 


 Tiba Awal Subuh di Perth Airport – 4.30 Pagi


Kami tiba di Perth Airport sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan. Cuaca sejuk gila masa tu sebab musim winter, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Urusan kastam dan imigresen smooth je, walaupun kami declare siap-siap ada bawa pes masakan, ubat-ubatan dan rokok.

Tak ada pun soal siasat panjang. Pegawai pun friendly, senyum dan terus lepas. Syukur sangat!

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL



Bersihkan Diri Dulu – Rehat Sebentar


Lepas keluar airport, kami ambil masa sekejap untuk bersihkan diri dan segarkan badan. Sejuk + mengantuk memang combo terbaik nak tarik selimut balik haha... Tapi tak boleh, sebab itinerary dah menunggu!

Perkara kedua, sampai Perth Airport ini mestilah beli sim dulu. Jenuh nanti tak ada internet dan line. Kami memilih YES murah jugaklah beli kat Airport ni. Ada promo !

As Kawan Lama Jemput Kami


Jam 8.30 pagi, kawan baik husband (bff dari tadika masa sekolah dulu, Lizz Tayy) pick up kami di airport. Best ada kawan di perantauan, hehe ada orang yang boleh bawa kami jalan-jalan dan bantu dari awal.

Kami terus breakfast sama-sama dan mula misi explore Perth!

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL


ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL


ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL


Destinasi 1: Caversham Wildlife Park, Whiteman Park


Tempat pertama yang kami singgah ialah Caversham Wildlife Park dalam Whiteman Park. Cuaca masa tu cantik sangat tak hujan, tak panas, just nice!

✅ Bayaran masuk dikenakan ($35 dewasa, $18 kanak-kanak)
✅ Parking kereta adalah PERCUMA

Di sini, korang boleh tengok haiwan-haiwan unik Australia kangaroo, wombat, koala dan macam-macam lagi. Anak-anak mesti suka kalau datang sini nanti. Kami pun excited dapat tengok dari dekat.

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL



Destinasi 2: Margaret River Chocolate Factory, Swan Valley


Dari Whiteman Park, kami ke Swan Valley pula. Tempat wajib singgah: Margaret River Chocolate Factory!

Yang bestnya:

🍫 Boleh rasa coklat FREE!
🍫 Ada cafe untuk korang nak chill dengan teh atau kopi panas.
🍫 Banyak pilihan coklat handmade sesuai sangat untuk souvenir.
🚗 Parking pun FREE!

Nak beli coklat di sini pastikan yang tiada alkohol dan gelatin haiwan. Perth tak macam Malaysia, logo halal di pamerkan merata-rata. Kena pandai-pandai semak dan baca ingredient.

Paling seronok kat sini, dapat rasa sampel berulang kali. Jangan buat malu ya korang! Hehe

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL


Destinasi 3 & Woolworths : DFO Perth – Danish Tukar Kasut!


Danish punya kasut dah comot sangat lepas main kat Caversham. So kami singgah sekejap di DFO Perth. Tempat ni macam shopping outlet, banyak pilihan dan harga lebih rendah dari mall biasa.

📌 Danish dapat kasut baru, yay!
📌 Kami juga lepak lunch kat sini habiskan mee goreng yang As masak dari Malaysia.
📌 Parking berbayar, kalau tak silap dalam $4 sejam.

Mee goreng tu… Ya Allah sedap sangat. Terima kasih As, memang rezeki betul makan panas-panas waktu winter begini.

Sambil makan, sambil Danish main di payground. Saya ke tempat penting untuk shopping barang dapur

Woolworth
📍 Terletak sebelah DFO je, saya jalan kaki je

Beli air minuman dan makanan ringan untuk simpan di bilik. 


ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL



Destinasi 5: Belmont Halal Mini Market



Belmont Halal Mini Market
📍 Kami beli beras, ayam, kambing dan barang dapur halal lain di sini.

Yang penting, semua daging HALAL, disembelih oleh pemilik sendiri. Rasa tenang dan yakin makan. Korang yang travel ke Perth memang wajib singgah sini untuk barang dapur halal.

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL

ITINERARY KAMI PERTH DAY 1 CAVERSHAM, SWAN VALLEY, DFO, BELMONT, HOTEL



Check-in: Comfort Inn & Suites Goodearth Perth


Petang tu kami check-in di Comfort Inn & Suites Goodearth Perth. Hotel ni terletak di Perth City, sangat strategik.

Malam tu kami:

🍛 Masak dan dinner dalam bilik. Bukan kata jimat tapi puas hati makan lauk sendiri. Sebab waktu petang bandar Perth dah tutup. 
☕ Lepas dinner kononnya, nak tengok vibe malam Perth. Kami keluar jalan kaki berdua dengan husband dalam hujan gerimis. Sweet sangat moment ni walaupun sejuk menggigil!

 Malam di Perth – Sunyi, Tapi Tenang


Pukul 5.20 petang dah gelap macam malam, sebab waktu siang pendek masa winter. Bila malam menjelang, kawasan sekitar jadi sunyi. Kedai banyak dah tutup.

Nasib baik ada mini market 24 jam dekat hotel, tempat kami berdua 'cuci mata' malam-malam. Hehe 

❄️ Info Ringkas Musim Winter di Perth:
  • Tak ada salji, tapi kerap hujan
  • Suhu masa kami pergi antara 11°C – 16°C

Angin kuat, jadi pastikan korang pakai baju tebal atau windbreaker

Hari Pertama yang Penuh Syukur & Seronok


Alhamdulillah, hari pertama kami di Perth berjalan dengan lancar dan penuh moment indah. Walaupun tidur tak cukup dan cuaca sejuk. Tapi, dengan itinerary yang teratur, ada makanan sedap dan view Perth cantik semua penat hilang.

InsyaAllah, dalam next post saya akan sambung Hari Kedua di Perth pula. Banyak tempat menarik menanti!


Lokasi-lokasi Hari Pertama:

  • Perth Airport
  • Caversham Wildlife Park
  • Margaret River Chocolate Factory
  • DFO Perth
  • Woolworth 
  • Belmont Halal Mini Market
  • Comfort Inn & Suites Goodearth Perth

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post