Showing posts with label Guardian Near Me. Show all posts
Showing posts with label Guardian Near Me. Show all posts

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA

Hari Raya ini, rasai kenyamanan kebersamaan keluarga dengan sokongan guardian.

Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan. guardian sentiasa berada di sisi anda pada musim-musim sambutan perayaan, memastikan anda memiliki semua keperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah,” kata Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.


GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA


Raya Untuk Semua


Berucap pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Untuk Semua’ di TRX Kuala Lumpur, Priscilla menambah: “Seperti tajuk kempen Raya kami, guardian meraikan Raya dengan keterangkuman, sebagai jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat - yang muda mahupun tua, merentasi generasi yang berbeza. Produk dan perkhidmatan kami yang disusun khas, direka untuk memastikan agar semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan penampilan hebat bergaya.”

“guardian Ialah jenama yang memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelanggan kami melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada nilai hebat,” tegas Priscilla.


GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA

Guardian Untuk Semua

Bersempena dengan kempen ‘Raya Untuk Semua’ guardian, sebuah video muzik Raya telah dilancarkan di Youtube. Video tahun ini, yang merupakan sekuel video terdahulu, sekali lagi mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa musim perayaan utama sepeti Hari Raya. 

Menjayakan kembali watak mereka dalam video tersebut, watak-watak utama terdiri daripada Sham Visa dan Amy Mastura masing-masing sebagai bapa dan ibu; dan empat anak perempuan yang dilakonkan oleh Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi. Lagu rancak dengan irama joget itu juga akan disiarkan di Era FM bermula 1 hingga 12 April.

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA


Video Muzik Raya Untuk Semua


Untuk saksikan video ini boleh juga layari ke https://youtu.be/34tW2_cSzfE.  Dan juga di https://www.youtube.com/shorts/TzOsFFCdnrQ

Video tersebut memaparkan bagaimana guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA



Hadiah Raya Guardian Untuk Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia


Oleh kerana kita digalakkan untuk introspeksi diri, memperbaiki diri dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, rakan-rakan media, pempengaruh dan tetamu pada majlis pelancaran itu telah dijemput untuk mengambil hadiah Raya di stor guardian di TRX untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, yang terdiri daripada 50 perempuan dan 50 lelaki, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.

Selain itu, ‘Pulut Kuning Zarina’ telah diagihkan sebagai hadiah kepada para tetamu yang hadir. Zarina Zainuddin, seorang ibu dan usahawan, diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Hari Wanita Sedunia guardian. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Zarina mengimbangi aktiviti keusahawanannya dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak autism dengan penuh keanggunan.

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA

GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA

Diskaun Guardian Sehingga 60% 


Sempena meraikan kempen ‘Raya Untuk Semua’, pelbagai tawaran hebat telah disusun dengan penjimatan sehingga 50% termasuk diskaun 60% untuk semua Warna Rambut dan semua Topeng Kecantikan dan Pelembap Bibir bagi pembelian item kedua.


GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA


Hadiah Dengan Pembelian di Guardian


Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik boleh didapati di stor-stor guardian sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 21 Mac 2024, seperti:

  • Uncang Puffy Beauty Percuma dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam satu resit untuk mana-mana produk kecantikan termasuk Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Sensitif, Kosmetik, Aksesori Kecantikan dan Wangian.
  • Kotak Makanan Tahan Karat Quby dengan Beg Thermal Percuma dengan pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian, Penjagaan Mulut, Deodoran, Pencukur, Penjagaan Wanita dan Kelengkapan Mandian Bayi.
  • Troli Boleh Lipat Percuma dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit untuk semua produk Penjagaan Kesihatan, GMS dan Makanan dan Konfeksi.
  • Sampul Duit Raya guardian Percuma (8pcs) dengan pembelian RM68 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.
  • Kupon RM5 Percuma dengan setiap pembelian melebihi RM68 dalam satu resit.
Untuk maklumat lanjut dan promosi, boleh terus layari ke :-


Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY


#guardianMYApp #guardianMy



____________________________________________________________________

Tentang Guardian Malaysia   

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Malaysia adalah peneraju rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara itu telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi ini, memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini, serta trend pengguna yang sentiasa berubah. Guardian Malaysia menjanjikan pengalaman membeli-belah serba baharu untuk pelanggan.



PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Melancarkan Stor Premium 


Tahniah kepada Guardian Malaysia di atas pelancaran stor premium utamanya yang serba baharu, tercanggih dan yang terbesar di Asia Tenggara di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. 

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Promosi Pembukaan Guardian Mid Valley Kuala Lumpur


Sempena pembukaan cawangan premium terbaharu, Guardian Mid Valley Kuala Lumpur mengadakan promosi besar-besaran. Antara Promosi-promosi yang ada di Guardian Mid Valley adalah seperti RM1 untuk satu barangan pada 1 -2 November 2023, kupon diskaun RM5 untuk setiap pembelian, free gifts with purchase, tambahan 5% untuk setiap RM40 ke atas dalam satu resit dan hadiah misteri bernilai RM150 dengan setiap pembelian RM200 ke atas.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam. Ruangan Tweens menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun, manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.

Stor ini bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR



Menjelaskan stor konsep baharu itu sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei, berkata:

“Pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu kami. Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami.

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan. Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10 jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.”

Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Konsep Terbaharu Oral B dan Sensodyne


Stor utama berkeluasan 7000 kaki persegi baharu itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley dan pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi. Dengan 71% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.

*Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk segmen Sensitif dalam kategori Ubat Gigi bagi tempoh 12 bulan berakhir April 2023, untuk Total Malaysia Market. (Hak Cipta © 2023, NIQ.)

Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya dimana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital yang turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, 

Jom datanglah beramai-ramai ke stor utama Guardian di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian.


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy



Tentang Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.