Showing posts with label Keedsflix. Show all posts
Showing posts with label Keedsflix. Show all posts

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

Selalu nampak Dr. Sheikh Muszaphar, angkasawan negara update tentang aktiviti anak-anak beliau dan kecermerlangan anak-anak beliau. Mummy juga selalu tertanya-tanya pada diri sendiri. Anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tuisyen di mana? Siapa guru mereka ? 

Bila Mummy hadiri Keedsflix Grand Khatam Celebration. Barulah mummy tahu Adam dan Noah anak kembar Dr. Sheikh Muszaphar belajar mengaji di Keedsflix. Mummy rasa gembira and so blessed. Bila tengok anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan anak-anak Keedsflix yang kecil berumur 6 tahun semua dah khatam Al-Quran.

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX


Dulu..mummy selalu berfikir bahawa anak-anak yang bijak ni gifted. Lelagi anak Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara. Dah tentulah Adam dan Noah ni bijak ! Sebenarnya..semua anak-anak adalah 'gifted' . Nak cepat khatam Al-Quran... nak cepat membaca Al-Quran ni, perlu ada guru yang berkemahiran, pusat belajar yang sistematik dan juga ada teknik yang betul.

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

Seronok dapat melihat  Adam dan Noah di majlis khatam Quran pada umur 6 tahun. Tahniah diucapkan kepada putera Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr.Halina Mohd YunosTahniah juga untuk anak-anak di Keedsflix HQ yang telah berjaya Khatam Quran pada umur 6 tahun 

Mummy bangga dengan kamu semua.


ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX


ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX


Majlis Grand Khatam Celebration Keedsflix 2023


Majlis Grand Khatam Celebration Keedsflix 2023 telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Pembukaan majlis gilang gemilang ini, dirasmikan oleh wakil YB Menteri Agama, Ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Keedsflix, Tuan Azri bin Jemani. Dan juga, founder Keedsflix Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Majlis Khatam bersama anak-anak dari Keedsflix ini dipimpin oleh adik Ahmad Azfar (Juara Tilawah Al Quran Kanak-Kanak Muzamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria
Disertai dengan Persembahan nasyid dari artis Halim Ahmad, persembahan Qalam Jamaie dan penyampaian Sijil Khatam

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX



Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Founder Keedsflix


Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor selaku founder kepada Keedsflix merasa cukup gembira dan bersyukur, kerana diberi peluang untuk bersama-sama dengan para hadirin dalam majlis yang cukup bersejarah dan julung kali diadakan, iaitu Majlis Khatam Al-Quran Keedsflix 2023. 

Sebagai salah seorang pengasas keedsflix, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor cukup berbesar hati kerana dapat bersama membangunkan sebuah jenama khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Satu bidang yang amat penting dan wajar diberikan perhatian kerana dalam bidang inilah anak-anak seawal usia 1-6 tahun akan melalui fasa-fasa perkembangan di dalam hidup mereka dan setiap fasa perkembangan ini perlu dikuasai mengikut milestone mereka. 

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersama modulnya yang bukan sekadar memberikan penekanan kepada akademik semata-mata tetapi juga memberi penekanan kepada pembentukan spiritual mereka melalui subjek Al Quran dan apa yang lebih menarik lagi apabila digabung dengan sistem teknologi yang sesuai dengan keperluan zaman ini, dalam usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan awal kanak-kanak ke satu tahap yang lebih tinggi dan kesemua elemen ini telah ada di dalam Keedsflix. 

Keedsflix mampu menyumbang kepada proses kemenjadian anak-anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual melalui program mereka. In sha Allah. 

Buktinya, pada hari Khatam Quran 2023 Keedsflix, seramai 100 orang anak-anak keedsflix Preschool di seluruh malaysia yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-quran bakal diraikan dalam majlis ini. 

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor cukup gembira dan berbangga kerana Keedsflix mampu melahirkan 100 orang anak-anak khatam Al-Quran walaupun baru tahun pertama beroperasi. 

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor percaya pasti lebih ramai lagi anak-anak yang mampu khatam Al-quran untuk tahun-tahun akan datang, in sya allah. 


ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX


Perasmian Keedsflix Majlis Khatam Quran oleh Menteri Agama


Majlis khatam Quran Keedflix dirasmikan oleh YB Menteri Agama YB Senator Dato' Setia Mohd Na'im. Beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Keedsflix International Sdn Bhd yang telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana bagi meraikan anak anak di Keedsflix preschool yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran 3. 

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Keedsflix International Sdn Bhd kerana berjaya menghasilkan modul KeedsQuranic yang mampu membantu anak anak membaca AlQuran dan khatam seawall usia 6 tahun, 

Bersempena dengan Majlis Khatam Alquran Perdana Keedsflix pada tahun ini, beliau menyambut baik usaha Keedsflix International Sdn Bhd untuk menganjurkan program ini dalam usaha memupuk kecintaan dan minat membaca Al-Quran dalam kalangan anak anak yang juga merupakan salah satu usaha dalam menegakkan syiar Islam 

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah saw. “Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Beliau menjawab, “Al-hal wal murtahal.” Orang itu bertanya lagi, “Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu yang membaca Al-Qur’an dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.” (HR. Tirmidzi). 

Beliau juga berasa gembira dan berbesar hati kerana dapat meraikan seramai 100 orang anak anak Keedsflix Preschool seluruh Malaysia yang telah berjaya Khatam Al-Quran. 

Anugerah Ikon Keluarga Al Quran Keedsflix 

Tahniah diucapkan kepada keluarga UStaz Azraie dinobatkan sebagai Anugerah Ikon Keluarga Quran Keedsflix 2023

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

Majlis Khatam bersama anak-anak dari Keedsflix ini dipimpin oleh adik Ahmad Azfar (Juara Tilawah Al Quran Kanak-Kanak Muzamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX
Ikon Keluarga Quran 


Penyampaian Sijil Khatam dan Persembahan

Anak-anak Keedsflix bukan sahaja boleh khatam Al-Quran , malah mereka semua sangat berbakat dalam persembahan Qalam Jamaie , bernasyid dan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.


ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX

Tahniah sekali lagi buat anak-anak Keedsflix, tenaga pengajar dan ibu bapa semua. Semoga semua anak-anak ini lebih berjaya di masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Keedsflix, sila layari media sosial Keedsflix di :

Instagram : keedsflixhq