Showing posts with label Tuan Majlis. Show all posts
Showing posts with label Tuan Majlis. Show all posts

TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL



Kad kahwin digital sangat diperlukan dan amat berguna untuk pihak majlis, dulu kita merasakan ia adalah "optional" atau pilihan, tetapi sekarang kad digital sangat berguna untuk membantu pihak majlis dalam menguruskan majlis. Sekarang ini ada pelbagai jenis kad kahwin digital yang kita jumpa di luar sana, tetapi kebanyakannya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada juga sesetengah kad digital yang dilihat seperti mempunyai fungsi yang serupa, tetapi fungsinya mungkin berbeza satu sama lain.

Oleh sebab itu kita perlu lihat dengan lebih mendalam apa sepatutnya fungsi yang perlu ada dalam kad kahwin digital.

Tuan Majlis Kad Kahwin Digital


Pelbagai jenis kad kahwin yang boleh didapati antaranya Tuan Majlis Kad Kahwin Digital. Antara contoh fungsi kad kahwin digital :


RSVP (Rekod Kehadiran)


Melalui RSVP, pihak majlis boleh merekod dan melihat kehadiran tetamu. Hal ini akan memudahkan pihak majlis untuk bersedia dan mengendali majlis dengan lebih baik. Lihat contoh kad digital dibawah yang mempunyai fungsi RSVP:

TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL
Paparan RSVP untuk tetamu


RSVP yang diterima semestinya mesti di “notify”kan kepada pihak majlis. Kad kahwin digital seperti Tuan Majlis mempunyai fungsi dimana apabila tetamu menghantar RSVP, pihak majlis akan di “notify” melalui Telegram dan akan direkodkan ke dalam sistem. Sistem tersebut juga boleh di akses dan kesemua nama, status kedatangan, nombor telefon dan juga ucapan boleh dilihat.



TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL


Paparan sistem RSVP untuk tuan rumah





Lagu Background


Untuk menaikkan lagi “feeling” tetamu apabila membaca kad jemputan digital, fungsi lagu background yang dimainkan secara automatik adalah wajib! Anda perlu semak jika kad digital tersebut mempunyai fungsi lagu sama ada boleh dimainkan secara automatik ketika tetamu membuka kad digital tersebut atau tidak.

Hal ini kerana, ada kad digital yang mempunyai fungsi lagu tetapi perlu tekan manual button “play”. Jika perlu tekan manual, “user experience” kepada tetamu adalah sedikit kurang baik kerana kebanyakan tetamu mereka sangat susah untuk tekan dulu butang “play” sebelum baca kad digital. Boleh jadi dah habis baca baru tekan “play”.

Kad kahwin digital yang Tuan Majlis sediakan mempunyai fungsi lagu background yang dimainkan secara automatik. Bukan sekadar automatik, tetapi kad digital Tuan Majlis boleh letakkan semua jenis lagu yang ingin dimainkan mengikut tema dan citarasa pengantin dengan hanya memberikan link YouTube. Jom kita tengok contoh fungsi seterusnya kad kahwin digital sehingga ke hujung post ini.


TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL

Lagu background yang dimainkan secara automatik




Reserve Hadiah (Wishlist pengantin)


Ketiga, selalu tak dengar bila pergi ke majlis kawan kawan atau saudara mara mesti selalu dengar ayat “aku tak tahu nak bagi apa ni“, “eh kau nak hadiah apa ha?“. Bukan tu je! Pihak pengantin sendiri pun selalu menerima hadiah yang bertindan dan sama daripada tetamu disebabkan tak tahu nak beli apa.

Dengan kad digital Tuan Majlis masalah ini boleh diselesaikan, dan tetamu boleh Reserve hadiah tersebut!



TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL
Paparan Reserve Hadiah (wishlist) untuk tetamu


TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL


Paparan Rekod Hadiah (wishlist) untuk tuan rumah



Notifikasi Telegram



Sekarang, semua RSVP atau kehadiran dan ucapan yang diterima mestilah dihantar terus ke Telegram pihak majlis! Fungsi ini sangat penting untuk mendapat “instant notification” bahawa pihak majlis telah menerima status kedatangan tetamu secara “instant”! Lepas dah dapat notifikasi Telegram, kalau nak login untuk check record RSVP pun boleh.



TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL



Kalendar



Fungsi kalendar ini ialah fungsi asas yang perlu ada untuk membantu pihak tetamu untuk simpan dan set notifikasi apabila tiba waktu majlis. Lepas tetamu simpan kalendar, tak ada lagi dah masalah terlupa tarikh!


TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL

Paparan simpanan kalendar untuk tetamu



Countdown


Countdown ini ialah penambah rasa dalam kad digital sebagai ingatan berapa hari lagi tinggal sebelum tarikh majlis. Fungsi countdown juga dapat remind pihak majlis dan juga tetamu berapa hari lagi sebelum tarikh majlis.

Kelebihan kad digital Tuan Majlis ini countdown ialah lebih aesthetic dan minimalistic.




TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL
Paparan Countdown



Ucapan Tetamu


Ucapan tetamu ni sangat bermakna tau untuk pengantin ! Dengan ucapan ni lah kita boleh kongsi ‘happiness’ dengan penerima kad. Kad digital Tuan Majlis dah includekan sekali fungsi Ucapan dalam RSVP, jadi semua tetamu perlu bagi ucapan!



TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL
Paparan Ucapan & Galeri




Salam Kaut


Sebelum ini kalau nak salam kaut kena salam kan? Kali ini tak perlu salam dah, scan QR code atau transfer je kalau tak sempat datang majlis!



TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL
Paparan fungsi Salam Kaut




Eksport Kehadiran Dalam Excel




Semua kehadiran boleh disimpan dalam bentuk Excel, mudah sangat tuan rumah nak tengok rekod kehadiran!



TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL





Ubah Tanpa Had


Salah satu sandiwara kad kahwin digital ini ialah kebanyakan kad digital akan ada limit edit. Tapi tak lagi dah, dengan kad digital TuanMajlis, kad digital boleh ubah tanpa had!


TUAN MAJLIS KAD KAHWIN DIGITAL




Sebagai kesimpulan, dengan bantuan kad digital, banyak perkara yang dapat diuruskan dengan mudah kepada pihak majlis. Dengan fungsi yang pelbagai tidak hairanlah semakin ramai pengantin memilih untuk menggunakan kad kahwin digital sebagai cara untuk menjemput tetamu ke majlis mereka. Untuk lihat dan membuat tempahan lanjut boleh pergi ke https://tuanmajlis.com