Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

LIRIK MARRAK OST SERU CINTA

Perasmian lagu OST Filem MAR RAK telah diadakan di TGV Pavillion Bukit Jalil. Turut hadir pengarah Metrowealth Dato David Teo, para pelakon filem MAR RAK dan penyanyi OST filem MAR RAK Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna James , Yank Kassim dan pengarah Dato’ T.S Jeffry 


LIRIK MARRAK OST SERU CINTA



OST Filem MAR RAK


OST Filem MAR RAK ini dinyanyikan oleh pelakon filem MAR RAK sendiri.

Nama lagu: SERU CINTA
Lirik: KABIR BAMBU & DATO' T.S. JEFFRY
Nyanyian: KAEL, SHATIRAH AMANDA, DYVIANNA JAMES, NINA KSC
Studio Rakaman: ATIF ABY STUDIO
Hak Cipta: PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN. BHD.

LIRIK MARRAK OST SERU CINTA


LIRIK MARRAK OST SERU CINTA


MARRAK (OST) LIRIK


Utusan demi utusan ku terima
Coretan nukilan tulus dari jiwa
Luahan rasa yang penuh bermadah
Terkulai diri menatapnya

Hati yang berdetik madah bagai terkunci,
Tak mampu melafazkan yang tersirat dihati,
Hidup terkadang indah bagai bulan purnama,
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana,

Seandainya kita di takdirkan bersama,
Kuserahkan seluruh jiwa dan raga,
Segala rintangan yang menghalangi cinta kita,
Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya,

Seandainya aku diberi kesempatan,
Kan ku cuba melemahkan seru yang bertandang,
Warkah yang diutus bersama mentera jiwa,
Hanya pada Tuhan tempat ku meminta,

SINOPSIS FILEM MAR RAK


SINOPSIS FILEM MAR RAK
<

Filem MARRAK (Devil Love) (Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa) 


Filem seram Mar Rak berkisar mengenai cerita Menora Siam tahun 80-an hingga 90-an dimana ia digambarkan tentang percintaan hero dan heroin melalui surat sahaja tanpa diketahui sesiapa. Dalam waktu yang sama anak tauke Menora yang berketurunan cina juga turut menyukai hero keturunan Siamini. Marah akibat cintanya ditolak, gadis tersebut mula mendapatkan bantuan bomoh hitam Siam bagi menjayakan hasratnya untuk memiliki hero. Kerja jahat ini dilakukan menerusi surat. Dalam mendapatkan cintanya, gadis ini sanggup membunuh bagi memastikan impiannya tercapai. 

Tentang Menora


Menora adalah sebuah seni pertunjukan tradisional yang berasal dari Kelantan. Seni ini melibatkan unsur-unsur tarian, muzik, dan lakonan dan biasanya dipersembahkan dalam bentuk kumpulan. Menora adalah sejenis pertunjukan yang telah lama menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan seni Kelantan.

Ciri-ciri Menora 


Ciri-ciri utama Menora Kelantan termasuk:

Kostum: Penari dan pelakon Menora mengenakan pakaian tradisional Melayu yang kaya dengan warna dan hiasan. Kostum ini sering kali mempunyai reka bentuk yang unik dan artistik.

Tarian: Tarian dalam Menora adalah aspek yang penting. Ia melibatkan gerakan-gerakan yang elegan dan bermakna yang sering kali menceritakan cerita atau peristiwa.

Muzik: Muzik memainkan peranan penting dalam Menora. Instrumen-instrumen tradisional seperti rebana, gendang, serunai, dan gong digunakan untuk mengiringi pertunjukan. Muzik ini menyelaraskan gerakan tarian dan lakonan.

Lakonan: Menora juga melibatkan lakonan atau persembahan dialog. Ia sering kali berasaskan cerita-cerita tradisional atau mitos yang diwarisi daripada generasi ke generasi.

Kerjasama Kumpulan: Pertunjukan Menora dilakukan oleh kumpulan pelakon dan penari yang bekerjasama erat. Kesinambungan dan koordinasi antara ahli kumpulan adalah penting untuk memberikan persembahan yang seimbang.

Menora sering kali dipersembahkan semasa upacara-upacara tradisional seperti perayaan keagamaan atau acara komuniti. Ia adalah cara untuk menyampaikan cerita-cerita tradisional dan nilai-nilai budaya kepada generasi muda dan untuk memelihara warisan seni yang penting dalam budaya Kelantan.

Seni Menora adalah sebahagian daripada kekayaan seni tradisional Malaysia dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan menyebarkan budaya warisan masyarakat Kelantan.


SINOPSIS FILEM MAR RAK

Pelakon Filem MAR RAK


Pelakon terlibat dalam filem MAR RAK adalah :-

Kael sebagai Krasem 
Shatirah Amanda sebagai Rashidah
Nina KSC sebagai Ai Ling 
Dyvianna James sebagai Sally 
Dalip Singh sebagai Chua Ting
Aghonderan sebagai Mohan 
Erry Putra sebagai Bapa Rashidah 
Zalfazain sebagai Ibu tiri
Asri Ismail sebagai Tok Ibrahim 
YY Asri sebagai adik Rashidah 
Man Khan sebagai Tok Imam 
Yank Kassim sebagai Tetamu 

Pengarah Filem & Penerbit: Dato’ T.S Jeffry 

Terbitan: Pentas Wayang Production Sdn

SINOPSIS FILEM MAR RAK

Jom semua kita saksikan filem tempatan kita. Filem MAR RAK ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 November 2023.


FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND

FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND - PKP / MCO ini jangan haraplah nak masuk panggung wayang keluar panggung wayang ye ! Norma baharu , dengan kes COvid-19 yang meningkat ini. Cara terbaik duduk di rumah sahajalah. Tapi, siapa kata duduk di rumah tak boleh feeling seperti menonton movie di cinema? Banyak juga filem terbaharu yang di tanyangkan ekslusif (premier) yang boleh kita tonton serta menjadi penonton terawal juga tau ! Jom kita tonton tayangan perdana FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND

jom tonton bersama-sama di rumah masing-masing

Akhirnya, para peminat Anne Hathaway dapat menyaksikan kehebatan wanita berbakat besar dan versatil dalam menjayakan pelbagai peranan ini sebagai ganjaran istimewa di HBO GO. Dari ‘cat buglar’ kepada usahawan, saksikan bakat ikonik wanita ini dalam koleksi filem hebat seperti Locked Down, Dark Waters, The Hustle, The Dark Knight Rises, Les Miserables dan The Intern!



FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND


Para peminat Roald Dahl tidak perlu menunggu lama lagi untuk menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama dan secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand dari Jumaat ini, 29 Januari!


SINOPSIS FILEM THE WITCHES


SINOPSIS FILEM THE WITCHES. Di mana filem ini adalah sebenarnya pembikinan semula karya Roald Dahl yang disukai ramai ini sebagai filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel. Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.

Seperti yang dijangka, Hero Boy tidak dapat membiarkan itu berlaku tanpa berlawan, dan dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins, penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan. Ini lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan sepatu menawan mereka ditanggalkan untuk mendedahkan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari!

PELAKON FILEM THE WITCHES 




Barisan pelakon filem The Witches ini dibintangi pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang memberi nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar, Robert Zemeckis (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”) dan pasukan impian termasuk penerbit Alfonso Cuarón (“Harry Potter dan Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”), penulis skrip Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).

Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, kombinasi hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma, Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.

Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud! Dari cetakan vintaj dan alat peraga autentik hingga rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!

“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu. “Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”

sambil tonton sambil mengunyah hidangan afternoon tea set dari St Regis. Menarik !

Jom tonton FILEM THE WITCHES DI TAYANGAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND .Dengan muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan. Selanjutnya, sila layari ke

Facebook: HBOAsia
Instagram: @hboasia
Twitter: @HBOAsia