Showing posts with label KBBA days out. Show all posts
Showing posts with label KBBA days out. Show all posts

De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Alhamdulillah syukur, kerana kali ini mummy dan keluarga dapat memeriahkan Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada 11 Februari 2017 hingga 12 Februari 2017. Perjalanan kami dari Shah Alam menggunakan Lebuhraya Pantai Timur LPT mengambil masa 3 jam lebih sahaja ke De Rhu Kuantan Pahang.

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang ini bukan sahaja tempat percutian semata. Malah ianya antara tempat paling famous untuk pelbagai aktiviti, program, event dan function.

Mummy pun sebenarnya, baru sahaja ke De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada bulan September 2016 untuk program Family Day sebelah adik ipar.


Di sepanjang perjalanan ke Kuantan. Ada banyak kawasan rehat dan rawat. Kami sempat berehat sebentar di sebuah perhentian untuk berehat dan membuang air. 

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)



Sampai sahaja di bandar Kuantan (berdekatan dengan De Rhu Resort Kuantan Pahang), kami berhenti sebentar untuk makan tengah hari. Bab tempat makan di Kuantan ini, tak perlu risau sangat. Memang banyak kedai makan yang menarik dan sedap-sedap ada di sini. 

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada 11 Februari 2017 hingga 12 Februari 2017


De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Hari Pertama 11 Februari 2017 - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang 

Jam 2 petang, selesai makan tengah hari. Kami terus ke De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang untuk check in. Selesai check in, kami meneruskan aktiviti bebas.


De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Inilah bilik kami...selesa dan katilnya besar. Mummy seronok sebab dapat katil king. Boleh kami tidur berempat. 

Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik kami ialah :

Sterika
Papan menggosok
Sejadah
Al Quran
Almari baju
Penyangkut baju
Peti sejuk
Tempat memasak air
Kopi / Teh / Gula
Television
Telefon
Bilik air yang selesa bersama peralatan mandi
Kerusi santai
Lampu tidur
Perkhidmatan WIFI


Selepas Asar, kami bawa anak turun bersantai di kolam renang. 


Di De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang ini ada mempunyai 3 jenis kolam renang. 

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Tapi, anak-anak tertarik pada kolam renang ini. Mana taknya, kolam renang ini ada tarikan tersendiri iaitu papan gelongsor, buaian dan tempat simbah air.

Aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Resort, Kuantan Pahang pada malamnya di teruskan dengan program makan malam dan sessi berkenalan dengan Lembaga Zakat Selangor (Bahagian Media Sosial).

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)
Puan Jun - Lembaga Zakat Selangor

Cenderahati dari Zakat Selangor

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)



De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)


Sessi ini bertempat di Dewan Bunga Raya De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. 

10 Dewan Untuk Pelbagai Event dan Program di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang 

De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang sebenarnya mempunyai 10 buah dewan untuk seminar, gathering, family day dan pelbagai acara. 




10 Dewan Untuk Pelbagai Event dan Program di De Rhu Resort, Kuantan Pahang

10 Dewan Untuk Pelbagai Event dan Program di De Rhu Resort, Kuantan Pahang

10 Dewan Untuk Pelbagai Event dan Program di De Rhu Resort, Kuantan Pahang

10 Dewan Untuk Pelbagai Event dan Program di De Rhu Resort, Kuantan Pahang


Banyak dewan untuk function , kan? Patutlah, De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang menjadi tarikan utama untuk acara sebegini. 

Selesai acara makan malam dan sessi berkenalan dengan pihak Lembaga Zakat Selangor. Aktiviti santai beramah mesra sesama blogger di teruskan sehingga 1 pagi.

Hari Kedua 12 Februari 2017 - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang 


De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada hari kedua ialah program sukaneka.

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Kami mengenakan t-shirt dari AJ Cetak untuk program hari ini. Sedondon gitu ! Memang I like sangat bab-bab sedondon ni. Hehehe

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Satu-satunya acara sukaneka yang Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry sertai di Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang , rebut gula-gula.

Penuh satu topi kutip kutip gula-gula, walaupun hujan renyai-renyai membasahi tanah De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang.

Program Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Resort, Kuantan Pahang seterusnya ialah makan tengah hari di Dewan Bunga Raya. Menu nasi minyak, ayam masak merah, penchuk nenas timun dan pelbagai lauk pauk yang sedap. 

Malangnya, mummy kurang sihat pada waktu itu. Boleh pulak kena muntah-muntah dan cirit birit. Bukan mummy seorang yang kena. Dhia Batrisya juga kena cirit birit.

Bukan sebab salah makan atau apa. Memang family kami terkena jangkitan ini. Dari anak buah, Dzal Aidi Fiqry (pernah cerita di SINI), daddy, adik, atok, nenek dan sengkatannya kena secara berperingkat. Tak pasti pula virus apa.

De Rhu Resort, Kuantan Pahang - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Apapun, kami happy dan enjoy program Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. terima kasih pada semua pihak yang terlibat. Hingga kita ketemu lagi !

Selanjutnya tentang resort ini, boleh layari :

Facebook : De Rhu Beach Resort Kuantan

Instagram : De Rhu Beach Resort

LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my

Blogger's Outing 2015 di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger's day out (KBBA BLOGGER"S DAY OUT) mengadakan majlis mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Mungkin sesebelum ini, ada di antara blogger hanya lebih kepada komunikasi di alam maya. Kali ini, kami bersua dan bertentang mata. Bukan bersua untuk gossip, tapi bersua untuk aktiviti riadah yang lebih sihat


Alhamdulillah.. bloggers di berikan kesempatan untuk membawa keluarga sendiri untuk merapatkan lagi ukuwah sesama keluarga bloggers lain.

Para blogger dan keluarga di berikan taklimat oleh urusetia Cik +Yan Ty . Dan ucapan pembukaan oleh En +Ben Ashaari dan bacaan doa sebelum memulakan Majlis KBDO.



Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang pertama
GOLF ALA BLOGGER

Gaya golfer memang tak ada. Sebab pertama kali, memukul bola golf menggunakan kayu golf sebenar. TETAPI. Saya tetap memukul bola golf,tau. Tak adalah sampai pukul angin hehehe. 




Anak dan suami juga merasai aktiviti GOLF ALA BLOGGER 


Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini menyediakan kelas untuk yang berminat mendalami ilmu bermain GOLF.
Junior Golfer bawah 18 tahun pun boleh masuk serta.


Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang kedua
BADMINTON ALA HEBOH

Memang heboh hehehe
Mana taknya...beregu 6 orang 1 raket. Hamek. hehehe ada yang jatuh, ada yang nk pukul pakai tangan, ada yang lari bila bulu tangkis sampai. Memang HEBOH ;)

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ada pelbagai tempat riadah juga untuk anak-anak kecil. Tak adalah anak boring sangat ikut aktiviti mak pak,kan?

Penat bermain dan dahaga. Nasib ada Yeo's Yogurt. Dapat hilangkan dahaga di saat panas berdenting, tambahkan tenaga dan alas perut sebentar.

Misi seterusnya.....
Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang ketiga
GO-KART 10 MINIT


Panas berdenting. Matahari tengah tegak weeiiii. Hampir kul 12 tengah hari. Jadi, macam malas je nak main go-kart. Tapi, bila en suami bagi semangat untuk mummy main go-kart. 

Dengan kata2 inspirasi darinya Blogger's Day Out ni, blogger kene enjoy katanya. Ok lah, kita main jugak la. Bawa man2 je. Masa 10 min tu macam lama nau hehe

Aktiviti yang di nanti-nantikan...
Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang keempat
MAKAN TENGAH HARI DI BAYOU CAFE

Sedap-sedap menu di sini, sambal tempe yang rangup tu. Kasik ratah je hehe. Pencuci mulut yang dah lama idamkan tapai pulut dan bubur pulut hitam. Akhirnya ketemu di sini. Nyummmmm.

 Tempat makan yang berhawa dingin. Sangat selesa!! Si Dhia, siap bolah makan sambil tidur,tau. Nk letakkan dalam stroller pun tak mahu. Dah tidur betul2 di kerusi makan tu. Baru lah daddy alihkan ke stroller bagi selesa Dhia tidur.


Kita main perang-perang pula...
Aktiviti KBBA BLOGGER"S DAY OUT di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang kelima
PAINTBALL


Daddy mewakili mummy je pergi berperang. Kasi daddy mixed around dengan keluarga dari KBBA. Encik suami satu team dengan founder KBBA, Ben Ashaari





Berminat untuk bermain paintball di sini? Boleh hubungi talian seperti diatas.

Sambil-sambil menunggu geng-geng KBBA beraktiviti. Kita sempatkan diri bergambar kenang-kenangan. +Kak Sue +Julia Johari 


Terima kasih +Bro Framestone sudai datang ke KBBA Blogger's Day Out. 
Kredit utk gambar kpd Bro dan +safurara fadhlan .


Antara mug yang saya dapat. Terima kasih Tentera Laut diRaja Malaysia dan Cosmoderm.


Hari bertuah saya dan keluarga, memenangi cabutan bertuah berupa barangan dari Cosmoderm. Terima kasih.


Terima kasih kepada penaja-penaja untuk majlis KBBA Blogger's Day Out





Sebelum pulang ke Kajang, kami sempatkan diri untuk bawa anak-anak berendam di Kolam Renang Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya harga sekali masuk hanya RM5.30


Kami sempat habiskan masa sehari untuk beberapa aktiviti riadah sahaja.
Selain aktiviti yang kami sertai, terdapat juga tempat riadah yang lain seperti:
Futsal Court
Gimnasium
Squash Court
Netball Court
Dan bermacam-macam lagi. Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya sangat esuai untuk family outing, company outing, family day dan juga meeting / conference.


Terima kasih Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya kerana memperkenalkan kami tempat yang sangat best untuk riadah yang sesuai untuk semua golongan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada founder KBBA, Encik Ben dan AJK KBBA. Tanpa anda semua. Tiada lah program bermakna untuk kami ahli KBBA di hari KBBA Blogger's Day Out.