Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts

Tradisi Memberi Duit Raya

Salam Jumaat semua. Salam 3 Syawal. Ada yang dah kene kerja ke hari ini? Selamat bekerja pada yang dah mula bekerja. Macam mana tahun ni beraya? Memberi duit raya ke masih jadi penerima duit raya? Atau keduanya sekali? Seronok kan bila dapat duit raya. Mummy masih ingat kecil-kecil dulu. Sanggup berjalan satu kampung demi nak kutip duit raya. Dah dapat duit banyak-banyak tu. Masukkan dalam tabung. Tak pun pergi masukkan duit raya di Bank Rakyat. Entah kenapa Bank Rakyat dulu jadi pilihan. Mungkin sebab Bank Rakyat rajin datang kat sekolah. Senang nak deposit duit. Hahaha. macam banyak duit sangat ye !

Mak tak keje dulu, mengasuh anak orang. Tu pun tak lama, abah polis je. Bukan polis berpangakat. Polis orang bawahan aje. Berapa ratus je gaji masa tu. Tak dapat nak mewah-mewah pun. 

Bila dah besar, tradisi bertukar... mummy pula kene memberi duit raya. Sebenarnya, tradisi memberi duit raya ini amat bagus nilai murninya. Orang dahulu kala, yang cipta tradisi ini. Secara positifnya, menggalakkan tangan kita supaya rajin memberi. Bukan menerima sahaja. 

Tradisi Memberi Duit Raya


Seperti biasa, setiap tahun..Duit raya akan di sediakan oleh daddy. Daddy akan sediakan duit tukar. Untuk duit RM5 tu, memang dari awal tahun mengumpul. Duit RM1 pun sama, ada yang kami kumpulkan dari awal tahun.

Kurang beban nak berbelanja selepuk terus. bila tiba nya Syawal !

Kami laki bini memang tak berapa gemar preparation last minute. Nak raya ni..tau la kan. Belanja memang sangat besar. Kalau mampu..nak selepuk semunya tak apa !

Bajet duit raya ni...paling penting bagi kami terutamanya untuk mak abah. Duit raya untuk mak abah dan bapa mertua sendiri tu, mummy berikan atas peruntukan mummy. Daddy pun sama. Asing-asing bagi.

Sampul duit raya untuk tahun ini pula...tak banyak dapat yang baru. Guna pkai yang mana ada. Banyak koleksi tahun-tahun lepas..tak pakai lagi. Tahun ni, kita guna sampul duit raya mana yang ada je.

Untuk tahun depan, kita fikir cara lain pulak kalau dah tak ada stok sampul duit raya. Tapi, sampul raya customized family kami 6 tahun lepas (sebelum mummy kahwin) masih banyak lagi. Banyak buat order tu dulu. 

Family kecil tak ada pun sampul raya customized. Sebab daddy tak minat. huhu tapi..........mummy minat !


Sebahagiaan dari ang pow duit raya yang anak terima. Terima kasih pada yang sudi memberi. Moga kalian di murahkan rezeki selalu. Amen

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

SELAMAT HARI RAYA semua ! Apa khabar raya kali ini? Dah habis makan rendang ketupat dan lemang ke? eh,,,confident je mummy tanya, entah-entah lain menu semua, ni ! Makan apa hari ini? Haaa...........baru betul soalan ! Menu mummy seperti biasa. Memang akan makan rendang daging dan kuah kacang. Menu wajib tu, cuma kali ini beraya di rumah suami...tentunya nasi impit sahaja ! Sebab mummy tak pandai anyam daun ketupat.

Kalau beraya dengan tok mak dan tok abah memang akan ada macam-macam makanan. mak rajin sangat masak. Sampai kekadang tak sempat nak bersiap di pagi raya. Sibuk nau duduk dapur.

Beraya di Kamunting ni, faham-faham je lah kan. Mak mertua dah tak ada.. Adik beradik daddy mainkan peranan masing-masing. Ikutlah nak masak apa pun. 

Tapi, mummy dah siap masak awal-awal sebelum balik ke Kamunting. Tak la banyak mana masak. Kang masak banyak-banyak. Orang tak makan pula. Sayang je makanan terbuang gitu. Menu makanan raya versi mummy. Wajib ada rendang daging dan kuah kacang. Senang nanti, tak berebut duduk dapur. Hehehe. Maybe ada orang lain nak masak makanan raya versi sendiri ke kan ! Rendang daging versi pertama dah mummy update di SINI

Ok dah kenyang makan, dah boleh berehat dan beraya ! Oh..sebelum terlupa, mummy sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ye.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

Kad raya versi online je la ye. Memang mummy ada tempah kad raya ni. Tapi, sangatlah limited. Dah habis dah pun. Maaf ye, jika ada yang tak dapat tu. 

RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

Mummy peminat kuah kacang. Kadang-kadang, ratah gitu je pun boleh layan. Hehehe. Kalau raya pula..memang suka lawankan menu kuah kacang dengan rendang daging. Makan dengan ketupat, lemang atau nasi impit. 

Nak tahu resopi mudah kuah kacang mummy untuk menu raya? Jom...


RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA 


RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

CARA MASAK RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !


Kacang goreng dan di buangkan kulit !


Sedikit ketumbar, jintan putih untuk di kisar. Kayu manis dan buah pelaga gorengkan sangai


Cili boh dalam 200gm cili kering yang telah di rebus, 1 inci halia, 2 batang serai, 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang putih dan lengkuas di kisar, bersama sedikit air


Tumiskan semua dengan tambahan 1 labu bawang besar.


Sedikit air asam jawa


Masukkan kacang goreng yang telah ditumbuk atau kisar


Jika nampak pekat, boleh tambahkan air. Siap !! Boleh di makan dah..mudah tak resepi kuah kacang menu raya mummy?

Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Dah siap packing baju bawa balik ke kampung ke? Berapa pasang bawa tu?  Berapa beg bawa balik kampung untuk hari raya? Ha..sebenarnya, inilah masalah mummy tiap kali packing barang-barang. Stress juga ! Tengok orang lain relaks je kemas dan packing beg balik kampung untuk hari raya !

Memula, mummy ingat nak sumbat pakai kami 4 orang dalam 1 beg besar untuk bawa balik kampungini. Bila dah siap packing baju. Fuh, penuh ! Tak muat. Ni belum masuk baju daddy lagi ini. Huhuhu Paroh !!

Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Keluarkan balik semua baju-baju. Hanya letakkan pakaian mummy dan daddy je dalam ni. Selain pakaian, tuala, make up, toiletries, hanger baju, dan macam-macam lagi ada dalam ini. 

Baju siang mummy je ada 5 helai, baju jalan-jalan pula ada 6 helai, baju raya / baju kurung pula 3 pasang (tak ada dalam beg - dah gantung gosok siap-siap), seluar jeans ada 4, seluar siang dan seluar tidur ada 5 helai, tudung pula 7 helai bawa (kang pakai tudung yang sama je..macam tak best pula), pakaian dalaman semua ada 6 set. Ha...baru barang mummy je jumlahnya termasuk kecik besau..kecik besau tu dah 45 helai. 

Daddy pulak dah berapa helai, huhuhu 

Senang sebenrnya bawa baju banyak-banyak ini. Kot-kot tak sempat basuh ke tak sempat kering ke pakaian tu. Macam tahun sudah, Dhia keen muntah-muntah non-stop. Haaaa... berkali-kali la mummy kene tukar pakaian. 

Jadi, pentng juga baju standby....yang tak ada anak pun sama tau ! Buatnya korang sendiri yang muntah-muntah ke..


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Ok...ni pulak pakaian anak untuk 2 beg. Pun penuh jugak ! Tipa nak muatkan baju yang dalam 30 helai ini. Harus kene gulung ye ! Kalau lipat biasa tu, memang tak muat. Kene 5 beg pakaian kot bawa balik kampung.

Entah muat ke idak kereta kami tu ye... 3 beg baju, 1 stroller, 1 bakul makanan dan minuman, 1 beg kasut anak-beranak, 1 beg songkok dan pelampung anak-anak, 1 beg lagi charger-charger dan P1. 

Apa....7 beg !!!!!! Hahaha baru anak 2, kot ! 

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Salam 26 Ramadhan ! Ada yang dah balik kampung ke? Mummy bali kampung sebelah daddy minggu depan. Habiskan masa-masa bersama keluarga sebelah mummy sebelum raya. Cerita tentang Raya Aidilfitri. Semua orang update kisah raya dan persiapan raya, mummy pun tak nak kalah juga ! Nak juga update rambut baru untuk Aidilfitri 2016. Ahaha. Rambut raya lah sangat ye. Tapi not bad juga bila kasi try kat anak-anak. Dhia tu dah la rambut kurang. Memang ramai panggil Dhia "abang". Huhu Tak pe la nak, bertabah la ye !

Baru-baru ni kami sekeluarga dok lepak kat IOI Mall Putrajaya. Tak ada apa nak cari sebenarnya, ke sana window shopping semata dan tapau nandos je. Ops..jangan fikir lain ye. Tapau untuk buka puasa je, tu. Dok aim free ayam.

RAMBUT BARU - RAMBUT PALSU !


Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Kecik-kecik dah melaram rambut palsu ye ! Daddy punya kerja la ni. Dok bosan tengok anak meronda tempat mainan. Dok hiaskan anak-anak. Tapi, mummy tengok macam menarik je. Tapi...tak beli pun hahaha.

Dhia ni, satu peel nya tau...kalau dah jumpa tempat mainan. Memang mau 2 jam bertawaf dalam tu. Dhia akan tengok satu persatu tempat dan mainan. Semua akan explore !

Kadang-kadang minta beli. Kadang-kadang dia tengok dan main kat situ je.

Kalau tanya Dhia, Dhia nak mainan apa. Haaa....tentu Dhia akan pilih yang paling besar dan paling banyak mainan ! Set Barbie yang berharga RM200-300 pilihannya. Oh, tentunya Menteri Kewangan keluarga kita a.k.a daddy tak akan approved bab tu !

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Pandai dah selfie ! Buat muka dan tangan gitu. Baru nampak macam gegirl kan ! Rambut tocang dua.

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Test kat si Dzal pulak...haha haru ! Ops..sorry lah, kita tak puasa. Makan jajan sambil teman mummy dan daddy shopping. 

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Eh..daddy pun nak rambut baru ke? hahaha. Daddy memang rajin melayan anak-anak. Memang akan join sama sekali main dengan anak-anak. 

Ok lah, korang semua ada rambut baru ke? hahaha. 

Oklah, entri saje saje je untuk hari ini. Hingga kita jumpa di lain entri. Mummy sedang gigihkan diri dan merajinkan diri siapkan entri untuk hari-hari mendatang. 

13 TIPS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016

Bila sebut nak raya, mesti teringat kampung halaman. Kan? Dengar lagu raya pun, teringat kampung halaman juga. Allahuakbar...betapa seronoknya beraya Aidilfitri ni,kan? Ni lah masanya untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Masa untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Tapi..dalam bersuka-suka tu, jangan lupa jaga keselamatan diri dan rumah di Aidilfitri.

Bagaimana nak jaga keselamatan rumah yang kita tinggalkan sempena Raya Aidilfitri? Jom baca tips di bawah ini :-


13 TIPS SELAMAT PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016



  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalakn rumah walaupun keluar sekejap sahaja.
  • Jangan sembunyikan kunci dalam pasu
  • Jangan tinggalkan nota bahawa kita nak tingglkan rumah
  • Jangan langgan apa-apa surata khabar apabila tiada di rumah
  • Tukat mangga kunci yang baru. Jika pernah kehilangan anak kunci yang lama
  • Elakkan tinggal kunci pada orang lain 
  • Simpan tool, tangga atau alatan membaiki di tempat selamat utnuk elakkan peneroboh menggunakkan tools.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radioa, lampu terpasang atau pasang timer (alatan kawalan )
  • Jika ada telefon di rumah, cabut wayar..
  • Serati program kejiranan, bersama polis dan komuniti
  • Berikan no telefon kepada Balai Polis yang berdekatan
  • Pastikan kawasan rumah bersih dari lalang atau semak samun (untuk elakkan penyamun bersembunyi) - untuk rumah teres
  • Pastikan sekitar pagar tidak mempunyai pokok yang boleh penceroboh memasuki rumah dengan mudah (untuk rumah teres)

ISI BORANG MAKLUMAT KE BALAI POLIS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG CUTI AIDILFITRI 2016


Klik gambar untuk muat turun borang

Tips lain, sebelum balik ke kampung sebelum bercuti sambutan Aidilfitri 2016. Jangan lupa isi borang balik kampung. Hantar ke Balai Polis berhampiran rumah je. Mudah,kan !

Mummy doakan semoga perjalanan kawan-kawan mummy selamat utnuk berhari raya bersama insan tersayang. Pandu cermat ye. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN