Samsung Galaxy Note5 Pelancaran di Sunway Pyramid


Pelancaran Samsung Galaxy Note5 

3 September 2015, bertempat di Sunway Pyramid, mummy antara blogger yang menggunakan Samsung Galaxy Note telah terpilih untuk menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy Note5 (Media Launch). Sebagai pengguna Samsung Galaxy Note 3 Neo, pastinya, kita sendiri tidak sabar dan teruja nak tahu kelebihan Samsung Galaxy Note5 yang dilancarkan hari ini.







Mr Lee Sang Hoon, President Samsung Malaysia Electronics berkata Samsung amat komited dalam membangunkan inovatif dan teknologi untuk masa sekarang dan juga akan datang. Samsung juga mengeluarkan telefon bimbit berskrin besar sesuai dengan trend masa kini. Serta servis terbaru seperti advanced LTE Technology dan wireless charging.


Mummy nak cerita serba sedikit sahaja tentang spesifikasi Samsung Galaxy Note5. Info selebihnya boleh baca di website Samsung www.samsung.com/my/galaxy/note5 . Antara spesefikasi yang menarik hati mummy ialah :-

*OS Android 5.1 (Lollipop)
*Processor Octa Core (2.1Ghz Quad + 1.5Hz Quad)
*Memori 4GB RAM (LPDDR4), 32GB (UFS 2.0)
*Kamera belakang 16Mp OIS (F1.9) dan kamera depan 5MP (F1.9)
*Bateri 3,000mAh, Fast Charging untuk tanpa wayar (wireless) dan berwayar.

Harga runcit pasaran untuk Samsung Galaxy Note5 ialah RM2,699.





Dual sim juga merupakan satu kelainan Samsung Galaxy Note5 dengan Samsung Galaxy Note sebelum ini. Jika ada dua nombor telefon, tak perlu beli dua telefon lagi. Beli Samsung Galaxy Note5 dah cukup! ;)





Diam tak diam dah 5 tahun rupanya, Galaxy Note dari Samsung ini sudah berada dalam pasaran (note evolution dari tahun 2011 hingga kini Note5). Adakah Note mummy akan bertukar ke Note5 juga? 




Di Majlis Perasmian Samsung Galaxy Note5, Mr Lee Sang Hoon, Mr Lee Jui Siang, Dato' Lee Chong Wei bergambar bersama legasi Ikon Samsung Galaxy Note: Yuna (Note dan Note II), Aaron Aziz (Note3), Lynn Lim (Note4), Puan Sri Tiara Jacquelina (Note4) dan Jinnyboy + Reuben (Note4).





Sempat juga mengabadikan gambar mummy bersama-sama ikon Samsung Galaxy Note hingga Galaxy Note4 (Yuna, Aaroon dan Puan Sri Tiara) di Media Launching. Bila ke sini baru mummy tahu Samsung Note ada ikon dari celebriti juga. Dan, di Media Launching ini, sempat juga celebriti ini kongsikan info Galaxy Note5 dengan mummy. Terima kasih!



Samsung Galaxy Note5 ini ringan, sangat smart, elegant dan user-friendly. Aplikasinya juga canggih dari Note sebelum ini. Angkat kejap,lah!!



  
Berita baik untuk semua!! Sempena dengan Consumer Launch. 100 orang pertama boleh dapatkan diskaun 50% untuk pembelian kedua Samsung Galaxy Note5. Pada 4 September 2015 sahaja. Bertempat di:-
100 unit di Orange Concourse, Sunway Pyramid (KL)
50 unit di Main Concourse, Gurney Plaza (Penang)
50 unit di Level 3 Concourse, Sutera Mall (Johor)

Bukan itu sahaja!! Jangan lupa juga bawa pulang HADIAH PERCUMA aksesori bernilai RM538 (battery pack and wireless charger) untuk setiap pembelian Samsung Galaxy Note5 atau Samsung Galaxy S6 edge+
Jika anda pengguna Note dan ingin TRADE IN kepada Samsung Galaxy Note5. Boleh bawa untuk di tukar beli pada harga yang istimewa di:-
*Orange Concourse, Sunway Pyramid
*Main Concourse, Gurney Plaza
*Level 3 Concourse, Sutera Mall





Macam-macam boleh dapat jika ke COnsumer Launch Samsung Galaxy Note5 hari ini!

Pagi tadi, jam 9 pagi mummy sampai di Sunway Pyramid...terkejut!!!  Panjang orang dah beratur untuk dapatkan Note5 ini. Pukul berapa mereka sampai agak-agaknya ye? 

Pada yang dapatkan Note5 dan promosi-promosi yang ada jangan lupa ye hadirkan diri di tempat yang di nyatakan di atas tu. Jangan terlambat!! Nanti melepas!! Gigit jari lah nampaknya! hehehe

Selanjutnya, boleh lawati:-
www.samsung.com/my/galaxy/note5
http://bit.ly/myGalaxyNote5Launch





16 comments on "Samsung Galaxy Note5 Pelancaran di Sunway Pyramid"
  1. haaaa part aaron aziz tu hakak jellyy.... huwaaa....

    ReplyDelete
  2. Mesti dah ramai yang beli kan. tawaran pun dah habis kalo 100 orang dah beli. :D

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat jumpa Aaron aziz...untung Mummy Lynda...

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jumpa selebriti :)
    comelnya mummmy!! :)

    ReplyDelete
  5. yang terbaru ni serius melting tgk..
    design nampak mewah tue.
    memang memberontak ler nak pakai nie.

    ReplyDelete
  6. Nampak lg retiss mummy drp retis yang hadir

    ReplyDelete
  7. waaaa....bestnye...
    siap dpt jumpa artis.. LCW....

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat jumpa Yuna dengan Aaron. Hee

    ReplyDelete
  9. tgk iklan note 5 ni mmg tergoda la...huhuhu

    ReplyDelete
  10. aida nampak arron aziz !!!!!
    tu yg best... hu hu hu untung linda dpt bergambo dgn dia...

    aida masih tegar dgn noteII yg sihat alhamdulillah.
    setia... sehingga ke hujung nyawa dia.
    aida & mr.asben ni tak jenis tukar2 phone.
    sehingga la phone kong!

    ReplyDelete
  11. kalau ikutkan kata hati memang nak rembat Note 5 seketul... hehhehehee... ;)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com