Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.

Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak - Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidiladha ! Selamat bercuti dan selamat bercuti sekolah juga. Eh..bape banyak selamat entri blog mummy kali ini ye ! Nampak sangat excited tu ha...excited lah kan, sebab bulan birthday mummy. Nama je birthday mummy, tapi kita lebih pada meraikan hari cuti sekolah anak-anak. Jadi semua program kali ini, khas istimewa untuk anak-anak ! Kemana kami bawa anak-anak masa cuti sekolah kali ini? Cuti Sekolah kali ini, kami Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.

Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.






Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak.  BlueBlue Playland Ipoh Perak ini di bawah Master Badminton Datuk Wira Lee Chong Wei sebenarnya. Dah sampai sini, baru mummy tahu hehe. Ginilah kalau tak pernah berjalan ke Ipoh ! Sebab tu orang kata, jauh perjalanan luas pandangan dan luas ilmu jugak hehehe.


Tarikh cantik 18.8.18


Ada program zumba


Blueblue Playland (BBP) beroperasi dari 30 Januari 2017 merupakan indoor playland untuk kanak-kanak yang terbesar di Ipoh, Perak yang mempunyai keluasan 21,000 sq. ft. 

Di sini ada pelbagai tempat untuk beraktiviti iaitu trampoline park, court badminton, akedemi Badminton yang sepenuhnya di bawah pengawasan Datuk Wira Lee Chong Wei.

Di BlueBlue Playland bukan sahaja tempat bermain untuk anak. Malah ada pelbagai aktiviti yang  boleh di lakukan di sini seperti birthday celebration, contest, pertunjukkan, games dan banyak lagi 



games - baling bola bulu tangkis


bawa bulu tangkis



Masukkan bulu tangkis dalam bekas



Games ini adalah secara berkumpulan. Di mana kumpulan masing-masing beralwan mata dengan memasing. Teruja tengok anak bermain dalam kumpulan masing-masing. Mereka tak sama kumpulan. Alhamdulillah, pandai depa bawa diri.

Mummy yang cuak lebih pada mulanya hahahaha.



Geng anak-anak, depa di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk games berkumpulan di dalam BlueBlue Playland



Mak-mak bergambar bersama anak-anak pulak hehehe. Ada sorang tu je bukan mak orang hehe mak sedara yang baik ati bawa anak buah jenjalan.



Mummy tak risau sangat bawa baby Daim kat sini, sebab bila tiba waktu menyusu Daim. Mummy boleh berehat sekali dalam mother's lounge yang ada aircond dan sofa empuk ! Selesa sangat susukan Daim di sini !


Birthday Party di BlueBlue Playland Ipoh Perak




Birthday celebration. Ye haaa...kat sini pun boleh raikan majlis hari jadi sambil main. Moment ini semestinya wishlist anak-anak. Sumpah mereka akan suka !



Gula-gula kapas..once a while. Kami bukan jenis mak pak yang terlampau suka nak melarang anak-anak. Ada masa, kena bagi mereka merasa apa itu manis, pahit, masam. Sama macam kehidupan juga, tiada manis yang berpanjangan. Semua fasa kita akan lalui.





Sebahagian menu...semua sedap-sedap ! Sandwiches, spaghetti, fruits, puding, dan banyak lagi.

Penyampaian Hadiah dan Sijil


Majlis penyampaian hadiah. Games yang tadi tu, kumpulan Dhia yang menang ! Tahniah semua ! Good job !


Seterusnya, penyampaian sijil penyertaan kami sekeluarga. Thank you BlueBlue Playland !



Geng mak-mak (ada orang tu mak sedara je) tak lepaskan moment terindah di sini. Bukan senanag nak jumpa kan! Nice to meet u all !

Sambung Main Lagi di BlueBlue Playland



Daim 1st time masuk indoor playland macam ni. Teruja sangat tu. 

Fokus nau bermain tu huhu


Menung apa tu, Dzal? Hehe




Move to lautan bola pulak, enjoy ur self Daim 😊


Kita posing-posing pulak




Dhia dah berani main sendiri dalam playland. Pandai cari kawan dan berkawan dah




Gelongsor







Dhia pun dah berani main kat sini. Dzal masih takut lagi




Musim penyakit HFMD. Tak takut ke bawa anak ke tempat macam ni. Gilerrr tak takut..takut oiii. 

Tempat ni bagus ..sentiasa di sanitation tau !

Oh ya, lagi satu...di sini tempat permainan ini selain di jaga rapi jauh dari kuman. 

Sanitizer pun ada di letakkan dimerata-rata tempat. Kena guna untuk nyahkan germs dan lain-lain

BlueBlue Playland ni, bab kebersihan depa jaga tip top !

Okay, so..kalau korang nak bawa anak jenjalan cuti sekolah atau korang ada ke Ipoh. Masukkan BlueBlue Playland dalam lists ok !

Seven Evernew PLT (LLP0009438-LGN) 
No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak. 

Tel : +60 5 312 6866 


Buka setiap hari Selasa - Ahad pada jam10 pagi to 8 malam
15 comments on "Cuti Sekolah Bawa Anak ke BlueBlue Playland Ipoh Perak."
  1. Bestnya linda. Nora sampai tnjuk dekat suami ajak g sni. Thanks sharing info ye.

    ReplyDelete
  2. Yeaa...dapat juga jumpa mummy 3D nih...anak-anak pun duk best sangat pergi sini

    ReplyDelete
  3. Bestnya...ini mak budak pun teruja ni...

    ReplyDelete
  4. Uish.. Menarik nie.. Kalau bawa masuk anak-anak Sha nie memang sampai malamlah baru keluar..

    ReplyDelete
  5. Alaaa....bestnya..ni kalau bawak anak buah akak sure diorang x nak balik ni ..satu hal plak nanti...nasib baik kakak Dania dh besar panjang

    ReplyDelete
  6. Bestnya kak. Tidak hari tu boleh kita jumpa kan.

    ReplyDelete
  7. Seronol tengok dhia dgn dzal main dekat sini. Macam2 dorang boleh epxlore tu nampaknya. Yg penting selamat dan bersih.

    ReplyDelete
  8. Bestnya tempat nie Linda.. paling penting selamat untuk anak-anak dan bab kebersihan tu kan..

    ReplyDelete
  9. kalau zaman fatin masih kanak-kanak mesti dia teringin nak pergi tengok menarik tempatnya.. seronok Dhia

    ReplyDelete
  10. Saya dah plan nak pergi ketika dapat jemputan dari BlueBlue .. tapi apakan daya, ada benda lain datang. So terpaksa batalkan trip ke sini.

    Mungkin lain kali.

    ReplyDelete
  11. Saya pun tinggal di Perak (Batu Gajah) tapi tak pernah masuk lagi sini. Hihi

    ReplyDelete
  12. Amboi jauhnya berjalan kak...tengok anak anak seronok diorang kan

    ReplyDelete
  13. Wah Kepunyaan Master Lee Chong wei tu. Menarik sangat tempat ni

    ReplyDelete
  14. Banyak aktiviti anak anak akak :) Seronok tgk. Masa kecik la depa nak explore.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com