Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh

Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh - Assalamualaikum korang. Selamat Sejahtera semua ! Cuti panjang bakal tiba lagi, ni. Apa plan korang cuti panjang sempena MERDEKA ke 61 tahun? Oh, ya bercerita tentang KEMERDEKAAN kita ke 61 tahun. Baru ni, kami ada ke MAPS Animation Park Ipoh Perak. Harga promosi RM61 sempena hari kemerdekaan ke 61.




MAPS atau nama panjang sebenarnya ialah MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS



Kami pi sini pun sebab daddy depa nak rewards anak-anak + cuti sekolah + birthday bini dia haha.



Tq my hubsbaby 😍

Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh




Kalau tak kerana tiket murah, memang tak jejaklah kami ke MAPS Animation Park Ipoh Perak ni. Harga tiket kat sini, pukul rata dari umur 4 tahun hingga dewasa. Kalau anak kecik-kecik ramai, rasa macam mahal jugak (normal price RM100). Contoh macam family kami. Kalau bukan harga promosi, tiket masuk ke MAPS Animation Park Ipoh Perak kami kami anak beranak je dah RM400.


Harga promosi sempena Merdeka ni RM61 X 4 orang.Daim je yang FREE sebab bawah 4 tahun. Okay sket lah kan. 


Menarik ke MAPS ANIMATION PARK Ipoh Perak ni? 



Nak kata tak menarik tempat ni, anak have fun kat sini. Entahlah, bagi mummy kalau entrance fees RM100 macam tak berbaloi lah masuk sini. Baik bawa anak pi indoor games tempat lain hehehe. 




Dah anak enjoy, tempat pun memang lawa, mak pak boleh relax dan tenangkan fikiran. Consider okaylah jugak pi sini. 



Cuma aktiviti masih tak berapa banyak lagi ada dalam tu. Dengar kata lepas 31 Ogos akan buka lagi untuk banyak aktiviti dan tempat main lagi.




Merry go round katanya

Untuk outdoor games dewasa ada dalam 4-5 jenis je. Buai tinggi pusing-pusing, macam solero tu dan ada beberapa jenis permainan lain.


Untuk anak- anak, ada merry go round, heli hat naik turun pusing-pusing, solero shot pendek comel.










Indoor playground untuk anak pun ada 2 tempat juga. Satu dalam Smurfs, dan satu lagi dalam kafe.




4D cinema



Show pulak, ada cinema 4D Boboi Boy, pentas Boboi Boy, Smurfs, Stunt racing car.







Lelain, kat sini ada kedai jual merchandise, face painting, games puzzle, karaoke, sesi bergambar meet and greet dengan smurfs, Boboi Boy dan lelain.



Sempat grab 2 t shirt boboi boy u tuk anak-anak. Jadiklah buat kenangan.



Tak terlampau banyak aktiviti kat sini, so santai-santai je kami lepak dalam tu.



Untuk cinema 4D Boboi Boy..bebudak ni repeat 2x hahaha..dasyat tak dasyat.



Selebihnya, depa main indoor games je. Mummy daddy lepak minum dan makan.



Macamana dengan harga makanan dan minuman kat sini? Harga air mineral dalam tu RM3+ dan makanan minuman dari luar tidak di benarkan masuk. So standby lah duit makan minum anak lelebih sket. Kalau nak masuk sini. Sebab operations hours depa sampai 10 malam. Dah tentu budak-budak nak lepak situ sampai malam hehe



Untuk info lanjut, korang boleh check it out depa punya media sosial lah ye :



16 comments on "Travel dan Holiday di MAPS Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Tempat Menarik di Ipoh"
  1. tiket mahal mmg tk berbaloi sbb mainannya tk brp sgt...dh pi ms nov last year itupun sbb dpt tiket free menang contest..kalo tk, idok la pegi...yg ok mcm tgk boboiboy 4D ngan stunt kete tu..yg lain2 biasa je

    ReplyDelete
  2. Dah byk baca review org pasal maps ni...
    tp tu la..nieyl xde anak lagi...harap bila ada anak nanti...ade la lagi maps ni..kekeke

    ReplyDelete
  3. Mahal juga ya harga tiket kat sini Linda, cuma sekarang tengah ada promosi boleh la sapa yang teringin nak ke sana kan..

    ReplyDelete
  4. Ada jugak baca review dari beberapa bloggers..macam best je kan..tapi nak pergi tu yang jadi masalah tu..ntah bila nak pi

    ReplyDelete
  5. Mahal gak erk tiket masuk sini. Tapi tu lah tgk tempat menarik cantik pulak tu. Kalau dh byk tempat2 dan aktiviti dibuka bolehlah bawak zarra nanti dtg sni.

    ReplyDelete
  6. Tak masuk lagi.. sebab tiket dia mahal sangat.. huhuhu.. Tu belum campur makan minum lagi..

    ReplyDelete
  7. aida kurang setuju la tempat gini buat fee masuk begitu mahal.
    produk malaysia, patut nyer murah la. agar anak2 dpt masuk. support malaysian product kan.
    boboiboy aje pon.
    kalau org luar negara, patut la mahal :(
    pastu merchandise pun, mahal. bukan sini aje. tempat lain pun.
    lebih kurang sama dgn merchandise kartun imported. tu yg buat aida malas nak gi sini.

    ReplyDelete
  8. adik ipar k.fiezz yg dh penah masuk sini pun ckp menda yg sama..mcm tak berbaloi dengan harga tiket dia tapi bhg dalam x siap sepenuhnya lagi..pttnya utk rakyat malaysia, bagi la harga murah klu dah siap penuh nnti...lgipun tmpt dia kecik,kan..k.fiezz pun x penah masuk sini lagi..dgr adik ipar tu la bercerita..

    ReplyDelete
  9. Tunggu Genting Highland theme park siap pulak kak confirm tak terabis main semua hehehee.

    ReplyDelete
  10. teringin nak pergi MAPS ni, Nampak best sangat asyik nampak kawan-kawan update jer mana aci he he he kena sampai jugak nak explore sendiri

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan jugak harganya. Tapi macam berbaloi sebab banyak kan boleh explore dalam tu. Hehehe. Next time nak terjah lah sini.

    ReplyDelete
  12. Mahal juga ye kak tiket nak masuk. Kalau saya kalau nak pergi saya grab time harga murah jela. Kalau mahal sangat macam tak berbaloi pulak rasa

    ReplyDelete
  13. Best jugak tgk akak share ni kan. Klu bawak Zahra, suka lah dia ni. Sekarang tgh ada promosi tiket lg kan?

    ReplyDelete
  14. Mahal juga nak masuk kesana ye. Kalau kami mau 400 tu

    ReplyDelete
  15. Kalau ada anak, memang bwk berjalan sini dah. Tak apa la. baca review je la dlu nak pergi taktahu bila hehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com