SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN

SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN - Entahlah, mummy dok layan pulak drama LELAKI KIRIMAN TUHAN. Macam best pulak watak si Mira dan Remy dalam drama LELAKI KIRIMAN TUHAN

SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?


Pelakon Drama Lelaki Kiriman Tuhan


Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Kartina Aziz sebagai Umi
Harris Anuar sebagai Faris
Isyariana sebagai Zeenat
Uyaina Arshad sebagai Maryam
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria


Lagu Tema / OST Lelaki Kiriman Tuhan pun best jugak ! Kisah Ku Inginkan nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Judika

Jom tonton drama 
LELAKI KIRIMAN TUHAN di ASTRO OASIS dan MAYA HD
6 comments on "SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN"
  1. Sinopsis dramanya macam menarik.. boleh Sha cuba tengok nanti..

    ReplyDelete
  2. suka sangat tengok naira dengan raid! Slot Kak Bed dengan ustaz masa credit scene tu comel & kelakar

    ReplyDelete
  3. Macam best je cita nie Linda..

    ReplyDelete
  4. Dah habis baca novel dia.. Best jugaklah

    ReplyDelete
  5. suka juga cite ni tp tula..seminggu sekali je..jenuh tgu

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com