Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Selesai Drama ISTERI BUKAN UNTUK DI SEWA. Drama seterusnya, mummy akan ikuti pada setiap malam sambil lipat kain ialah Kan Kukejar Cinta Kamu bermula malam ini 17 Disember 2018 ! Drama Kan Kukejar Cinta Kamu mempunyai 28 episod Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di Slot MegaDrama ( Astro Ria ). Pengarah  Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ialah Yusry Abdul Halim di mana syarikat penerbitannya oleh Global Station Sdn Bhd

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu yang mummy lihat di trailer iklan ASTRO. Macam best ! Jalan ceritanya kisah perkahwinan tak di restui (lebih kurang) mengisahkan Alma ( Amyra Rosli ) dan Raiyan ( Fendy Bakry ) bertemu ketika bersama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga mereka sebelum kembalinya ke tanah air.


Setelah sehari berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek Bonda ( Delimawati ) yang digelar ‘Hitler’ orang berkuasa dalam keluarga Raqibmengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila ( Elya Miera ) untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahukan Alma berkahwin dengan Huzail ( Hafidz Roshdi ), anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu


PELAKON Kan Kukejar Cinta Kamu adalah terdiri daripada Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, mahmaud Alibashah, Rosnah Johari

Watak Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu


Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagi Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila


5 comments on "Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu"
  1. Ada gak tgk teaser haritu.. Mcm best.

    ReplyDelete
  2. pelakon best2 hantu kak limah pun ada. versi lawa hihi

    ReplyDelete
  3. Wow.. menarik.. Macam manalah agaknya isteri tu nak dapatkan balik suami yang dah hilang ingatan tu..

    ReplyDelete
  4. tak boleh start satu episod nanti meroyan setiap hari nak tengok.. hahahaha~ dah la minat betul dengan si Fendy ittew--

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com