SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019 - Assalamualaikum semua. Selamat Sejahtera! Lama pulak mummy tak menulis kali ni. Mood ke laut dalam gamaknya hehe. Bahan menulis dah ada dan gambar pun boleh di katakan semua dah tepek. Tapi, tepek as draft je lah haha. Tak pe lah kan...BTW, entri hari ni. Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya AIDILADHA! Bagi yang bukan beragama Islam. Selamat bercuti

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019

Alhamdulillah, harini.. Sempat mummy buat post entri santai untuk ucapkan. Selamat ber holiday dan Selamat menyambut raya Haji \ korban.

Dalam seronok bercuti ni, tetiba rasa kesian pada yang membeli pakej Haji Furada. 

Ada hikmah di sebaliknya. Dan jom kita mohon berdoa pada Allah swt agar, semua urusan mereka di permudahkan.. 

BTW, korang balik ke kampung ke tu?
Mummy balik Kampung mummy je... Yeayyyyy

Bagi yang berjalan jauh cuti ni, mummy doakan semoga hati-hati di Jalan Raya.

Sebelum tu jangan lupa.. DOA ARAFAH -

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

7 comments on "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019"
  1. Salam guys, singgah sini jap... Jemput2 ke blog sy juga ya.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha Linda.. good sharing..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidiladha kak linda

    ReplyDelete
  4. Salam Aidiladha buat Linda sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Aamiin...
    Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete
  6. aminnnn...
    aida pun mohon doa ni ari tu, alin.
    moga dimakbulkan Allah.
    dan doa ni juga la yg bakal aida amalkan in shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. dAH LAMBAT NAK WISH TP NAK WISH JUGAK..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA LINDA

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com