ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020

ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020 - Pejam celik...pejam celik. Dah darjah 1, dah Dhia ! Mummy sedih? Tidaklah, seorang mak mesti kena kuat dan merelakan qada serta qadarNya. Gittewwww. Sebagai seorang mak, mummy inginkan yang terbaik buat Dhia Batrisya. Tak sangka, Dhia bersekolah di sekolah lama mummy. Tak pernah terfikir, yang Dhia akan masuk darjah 1 pada tahun 2020. Di mana, di sekolah inilah yang mummy telah melukis angan-angan WAWASAN 2020 pada 31 tahun yang lepas. Allahuakbar, mummy masih lagi bernyawa untuk melihat zaman 2020 insyaallah !

ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020 



Alhamdullilah, selesai ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020 semuanya berjalan dengan lancar. Dhia memang excited sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Lama cuti, tanpa kawan. Sehari sebelum tu, Dhia dan siapkan bajunya (mummy dah iron) sidai di sofa (bibing tok mak rumah dia sepah hehe).

Seawal 8 pagi kami dah ke sekolah, masa ni ramainya orang di sekolah. Penuh ibu bapa dan adik beradik menghantar anak darjah 1 ke sekolah. Samalah dengan mummy. Cuma, Daim je kami tak bawa (masih tidur).

Sampai di sekolah, mummy kena cek kelas Dhia (kelas sementara), dan masukkan Dhia di barisan yang betul (seperti yang telah di label)




Kelas sementara ini, ada sesi buat latihan. Tak tahulah samada untuk penentu kelas atau pun ujian biasa aje ! Kita tunggu je next week. Macam mana kelas Dhia. Sama atau berubah.

Darjah 1 untuk sekolah Dhia ada 10 kelas kesemuanya. Dhia dapat bilik nombor 7.



Ni pula, gambar Dhia dalam kelas. Masa ini, ibubapa tak di benarkan naik ke kelas anak. Mujur kawan mummy cikgu sekolah ini. Sekolah Dhia ni, ada 2 orang kawan mummy yang menjadi cikgu. Lega jugaklah, bila tahu ada kawan mengajar di sini. 

Apa yang kami laki bini buat sepanjang Dhia ke kelas?


Tadaaaa...kami suami isteri beratur untuk bayar yuran, ke kaunter bayar yuran PIBG, ke dewan untuk dengar taklimat, ambil buku teks sekolah Dhia dan....



Apa lagi...
Makan di kantin sekolah Dhia hehe. Dzal makan rotui canai, sosej, air oren sejuk. Manakala mummy dan daddy ambil nasi lemak, teh o panas je. Orang lain yang sekolah, orang lain yang lapar hehehe. Orientasi ini, Dhia tak ada waktu rehat. 8.30 pagi - 10.30 pagi aktiviti dalam kelas

Majoriti harga makanan dari RM0.50 sehinggalah ke RM2 di kantin sekolah Dhia. Hopefully Dhia boleh manage duit dengan baik.


Selepas solat Jumaat, sesi orintasi sekolah agama darjah 1 Dhia pulak. Dhia sempat makan juga masa balik rumah. Meratah ayam masak rendang yang tok mak masak.

Mummy pun sempat makan se round. Daddy dan Dzal tak sempat makan. Tak apalah nanti kita amakn kat kantin sekolah agama Dhia aje lah



Daim sesiap nak jagung rebus. Harganya RM2. Dzal makan ayam goreng RM1 sebanyak 2 ketui..Hailah anak ! Sapa yang sekolah daaa....


Daddy pula, makan bihun sup. Bihun sup di sekolah agama ni ada 2 harga. RM1 dan RM3. Bihun sup ni fav Dhia.

Aimi, Dhia, Emily (ADE)



Sekolah agama ni, Dhia suka sangat sebab geng BFF dari tadika dapat sekelas. Alhamdulillah ! Dengarnya...Kelas ini, memang tetap.. tak akan bertukar sehingga darjah 3. Moga semua sukses hendaknya ! Dah sekelas ini, harapnya tak delah membawang je kejenya ye ! Kurangkan bercakap, bila tengah belajar. 


Lama pulak terasa orintasi di sekolah agama. Sempatlah kami posing. Terima kasih Dzal selaku photographer mummy daddy hahaha.

Selesai semua, sambung sesi persekolahan pada hari Khamis insyaallah. Sekoalh Dhia ni, ibubapa boleh datang masuk ke sekolah selama 2 hari aje. Hari ketiga dan seterusnya. Ibubapa tak boleh masuk ke kawasan sekolah.

Mummy tengok, Dhia tak ada masalah untuk bersekolah. Buat masa ni, tak ada drama melayu lagi. Harapnya, Dhia boleh sesuaikan diri dan bersekolah seperti biasa.



BYE BYE TAHUN 2019, WELCOMING 2020 !

BYE BYE TAHUN 2019, WELCOMING 2020 ! SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! - Apa azam korang tahun ni? Dah ada azam ke tu? Mummy ini, kalau nak ikutkan banyak je lists azam tahun 2020. Ada yang boleh mummy ceritakan di sini dan ada yang hanya boleh simpan sendiri ! Hehehe


BYE BYE TAHUN 2019, WELCOMING 2020 ! SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! 



JANGAN MELIHAT APA yang telah kamu USAHAKAN. Tetapi, LIHATLAH apa yang BELUM kamu SELESAIKAN. Kata-kata di dinding sekolah Dhia ini amat mummy sukakannya ! Impian dan azman tahun 2019, ada banyak lagi yang belum mummy kecapi 100%. Tetapi, ada azam yang ad-hoc, rezeki namanya. Alhamdulillah.

So, apa azam tahun 2020 mummy ni?

Okaylah jom tengok azam mummy tahun 2020

1. As usual, mummy cuba untuk nak buat lebih banyak kebaikan. Walau yang baik tu darinya dan yangburuk itu dari mummy !

2. Nak menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali. 

3. Kurus? Samalah orang lain...tiap tahun nak kurus. Tapi, mummy masih failed lagi ni. Insyaallah tunggu Daim putus susu kot !

4. Apa lagi ek azam mummy? Kereta, rumah semua dah cukup dan pakai apa yang ada. Oh ya ! Azam tahun 2020, tak mahu tambah hutang dan kalau boleh nak kurangkan hutang piutang dengan segera. Kereta hampir habis bayar. Rumah je belum lagi, biasalahkan hutang rumah ni berpuluh tahun !

5. Nak ada saving yang mencukupi, supaya... sok-sok dah tua. Boleh survive ! Boleh pi Haji dan lelain !

Buat masa ini, itu sahaja lah kot azam mummy. Apa pula azam korang?

BTW, sebelum terlambat mummy nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! 

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash : MANDIAN LEMBUT UNTUK BABY DAIM

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash : MANDIAN LEMBUT UNTUK BABY DAIM Hai korang, dah mandi ke belum tu? Haha soalan 'deep' pulak ye. Sebenarnya mummy baru je sudah mandikan Daim Naufal. Terus rasa nak cerita bab mandian Daim Naufal. 

Daim Naufal ni, seorang budak yang sangat suka mandi. Lepas tu, kalau dah mandi, tak nak keluar. Huhu. Lama weiii mummy kena layan si Daim ni dalam bilik mandi. Mujur mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash bersifat lembut, jadi mummy tak risau sangat Daim Naufal mandi dan bermain mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash lama-lama di bilik mandi.




Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash : Mandian Lembut untuk Daim Naufal


Mummy akui, bukan senang dan bukan mudah nak pilih mandian terbaik untuk baby dan anak kita. Silap pilih, habislah! Naik rashes lah nanti! Daim juga mempunyai kulit sangat sensitif. Mujur ada Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk menjagakan kesihatan dan membersihkan kulit Daim. 

Kalau korang nak tahu, Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash bukan sahaja untuk baby tapi boleh di pakai sehingga toddler. 





Mummy memang dah biasa pakai barangan Cetaphil, tapi bila ada produk Cetaphil yang sesuai untuk umur Daim. Memang mummy tak tunggu dah, terus grab je mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni.

Selain tu, kenapa mummy memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim?

5 Sebab Mummy Memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim


Macam ibu bapa lain juga, sebelum mummy buat keputusan untuk memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim, Mummy akan semak bahan-bahan dalam produk mandian terlebih dahulu. 




Apa yang mummy dapati, produk mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim ni bagus sebab :

Dermatologists Tested & Paediatricians Recommended

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash telah diuji oleh dermatologi dan juga disyorkan oleh pakar kanak-kanak. Kalau doctor pun syorkan produk ni, memang selamat untuk guna kat kulit baby kan?




0% paraben
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim ini tak mengandungi bahan paraben! Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan membuat bahan-bahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan. 

Soap Free
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash tidak berbuih so takkan keringkan kulit baby dan kekalkan kulit bayi lembap.

Tear Free
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash tidak memedihkan mata. Jadi, mummy tak perlu risau jika Daim mandi sambil bermain sabun di bilik mandi.


1⁄3 moisturiser with soothing aloe vera and almond oil
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash mengandungi 1/3 aloe vera dan juga minyak badam. Dimana kandungan 2 bahan ini membantu menjaga kelembapan kulit Daim yang masih halus. Baunya juga wangi dan segar.


Hypoallergenic
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash juga bersifat hypoallergenic berupaya menjaga kulit bayi supya tidak terdedah kepada reaksi allergi yang tinggi.

Kalau korang nak tahu, dari survey yang di buat dari Home Testers Club Malaysia, 10/10 ibu di luar sana yang pernah cuba Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni setuju atas mandian ni membersihkan dan melembapkan kulit halus baby. Sebagai seorang ibu, I setuju jugak.

Daim ini pun suka mandi swimming pool, lepas keluar je dari kolam renang. Memang mummy akan bilas dan sabunkan Daim dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash dan hantar dia pergi mandi.

Dari kajian, jenama dan kandungan yang terdapat dalam Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, mummy highly recommend mandian ni pada korang di luar sana juga.




Sifatnya yang lembut, wangi (asli) pada kulit Daim membuatkan mummy bertambah jatuh cinta dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash.



Di Mana Boleh Dapatkan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
Di mana boleh dapatkan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash? Macam mummy, selalunya mummy dapatkan di pharmacy je. Tapi, kalau tak ada masa sangat untuk ke kedai. Mummy akan beli terus di Shopee atau pun Lazada.

Tekan..tekan..guna telefon je, esok sampailah Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash di rumah!

Korang yang nak dapatkan produk, jangan tunggu lama sangat untuk buat decision ye. Dapatkan hari ini, tau!


Info lanjut, boleh layari ke :- 

Shopee 


Lazada 


Website 


Facebook 


Instagram 


CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN

CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Mummy sihat alhamdulillah.

Nah Mummy share tips untuk kulit segar dan berseri-seri yang anda impikan... VITAMIN C! Vitamin C mengandungi antioksidan yang kaya dan juga merupakan anti penuaan semula jadi .


CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN


Pendek kan cerita, proses oksidasi secara semulajadi akan merosakkan sel kulit kita (Ibarat macam kalau kita potong buah epal, lepas itu kita biar kan atas meja, lama-lama buah epal jadi lebam sikit kan? Itulah oksidasi). Sebab itu penting ada vitamin C... Vitamin C mampu untuk repair dan memperbaharui sel kulit kita, so kulit rasa lagi 'hidup dan fresh' dan dengan pengambilan vitamin C ni dapat lah merangsang penghasilan kolagen so nampak lah berseri-seri (so tak payah lah nak spend 5 jam tengok make-up tutorial nak nampak berseri dan cerah punya pasal). Cerita pasal kulit cerah, semua orang tahu kan, vitamin C mampu mencerahkan kulit, , vitamin C ni ibarat macam agen peluntur semulajadi. 

And for your information (cewahhh) Kalau tak cukup kolagen didalam sel kulit kita, nanti wajah kulit cepat kendur dan berkedut. So jom jauhi kulit kendur dan kedut di usia muda (muda ke? Hehe) dan start jaga kulit kita dengan vitamin C! Dan baru baru ni, I start consume BiO-LiFE Nat C ni yang mengandungi 1000mg Vitamin C dengan formulasi 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi. I rasa kulit I start menjadi lebih cerah dan flawless 

Hakikatnya, kita perlu makan 32 biji oren bersaiz sederhana untuk mendapatkan manfaat 1000mg Vitamin C, namun ada jalan penyelesaiannya! 


Nak kekalkan kesihatan ni, mummy memang akan ambil suplemen / vitamin. Tak makan buah ke? Dalam buah ada vitamin juga? Okay, tu betul lah tu...buah adalah real vitamin. Mummy ambil buah juga setiap hari. Tapi, mummy rasa tak cukup intake yang mummy ambil. 

Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan bimbang, kajian telah menunjukkan bahawa paras pengambilan yang dibenarkan untuk Vitamin C, khusus untuk orang dewasa adalah 2000mg/sehari.



Tapi dapatkan suplemen Vitamin C yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia (try beli di pharmacy seperti Caring, Guardian dan Watsons). 

Biasalah, kita kekangan masa, kejar masa, kejar buat itu dan ini. So, ada kala sempat ambil 1 potong atau 3 potong buah sehari je. Huhuhu teruk,kan? Tu yang kena ada backup plan, so Mummy start ambil Vitamin C. Tapi nak pilih vitamin c pun kena buat research jugak. So baru-baru ni Mummy ada nampak artikel tentang produk Bio-Life. Mummy share kat sini apa yang Mummy faham

Korang ada masalah yang sama dengan mummy tak? Intake pengambilan buah atau sayur tak mencukupi piawaian? Kalau ada masalah yang sama. Kita dah sama-sama kena ambil supplemen tapi Mummy memilih BiO-LiFE NAT C 1000mg



KENAPA MUMMY MEMILIH Vitamin C dari BiO-LiFE NAT C 1000mg


Mesti korang tertanya-tanya,kan? Kenapa mummy memilih Vitamin C dari BiO-LiFE NAT C 1000mg padahal banyak je vitamin C di luar sana. Kalau korang nak tahu, mummy suka dengan BiO-LiFE NAT C 1000mg kerana 

1. Ianya mengandungi 1000mg vitamin C yang diperkaya dengan bioflavonoid sitrus, hesperidin, rosehip dan acerola. 

2. BiO-LiFE NAT C 1000mg menyediakan 1000mg vitamin C untuk mengekalkan kesihatan umum 

3. BiO-LiFE NAT C 1000mg mengandungi 6 dalam 1 formula 


4. Sekali sehari sahaja pengambilan BiO-LiFE NAT C 1000mg dos yang mudah . Orang yang tak banyak masa macam mummy, eloklah ambil sebab sekali sehari je kan hehehe. Kalau lupa jugak nak makan, erm...tak dapeklah nak nolong 

5. Dan paling best, ianya lembut pada perut BiO-LiFE NAT C 1000mg direka khas untuk memberi kesan asid rendah untuk melindungi saluran gastrousus (GI). Siapa yang ada perut sensitif, korang boleh ambil BiO-LiFE NAT C 1000mg

Bagaimana Nat C 1000 membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik? 

* Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas. 

* Orang-orang yang berisiko mengalami kerosakan oksidatif (perokok, pendedahan yang kerap terhadap pencemaran alam sekitar dan cahaya matahari) harus memastikan pengambilan vitamin C sebagai asas untuk melindungi mereka daripada kerosakan radikal bebas. 

* Bioflavonoid telah ditunjukkan untuk meningkatkan tindakan terapeutik vitamin C. 

* Ia mengandungi sumber semula jadi vitamin C dari rosehip dan acerola. 


Siapa yang disyorkan untuk mengambil BiO-LiFE NAT C 1000mg? 



Siapa yang patut ambil vitamin C BiO-LiFE NAT C 1000mg ? 


1. Mereka yang mengidam kulit cantik dan berseri-seri

2. Orang dewasa yang lebih suka kandungan suplemen selain vitamin C 

3. Perokok

4. Individu yang suka ambil makanan dan minuman berkafien

5. Individu yang tak suka makan buah dan sayur

Apakah dos yang disyorkan? 

Dewasa: Ambil satu tablet setiap hari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi atau doktor

Selanjutnya, boleh layari ke :



GERHANA MATAHARI CINCIN 2019

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Semalam mesti ramai yang dah tahu, gerhana Matahari bentuk cincin. Paling nyata nampak di Tanjung Piai semalam 26 Disember 2019. Mummy dapat lihat ke gerhana Matahari semalam.





Oh ya, semalam mummy ada appointment dengan client di rumah beliau kira-kira 12 tengah hari di Mantin. Sewaktu diskusi tentang pakej AIA dan membuat submission pakej beliau. Memang kami perasan tetiba cuaca menjadi mendung. Langsung tak terfikir tentang GERHANA MATAHARI BENTUK CINCIN. 

Tup.. Tup.. Settled urusan bersama client. Baru mummy baca semua Whatsapp. Priority wasap penting lah kan hehe.. Dan settle hat penting, reply wasap penting. Baru buka wasap group - group. Perghhhh banyak nau yang share tentang GERHANA MATAHARI BENTUK CINCIN ni. 

Memang cantik, masyaallah... Hebat ciptaan Allah.

Last, gerhana ni berlaku pada tahun 1998


Bagi yang terlepas.. Bolehlah tunggu lagi 20 tahun insyaallah 😁



Apa Iti Gerhana Matahari Cincin?


Gerhana Matahari Cincin berlaku apabila Bulan bergerak tepat di hadapan Matahari. Namun disebabkan pada ketika itu, Bulan berada sedikit jauh daripada Bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring Matahari

“Ring of fire” antara gelaran yang diberikan ketika kemuncak Gerhana Matahari Cincin. Foto di atas menunjukkan dengan jelas ketika sentuhan atau kemunculan pertama bulan, kemuncak gerhana dan hingga kembali hilangnya bulan. 

(Image credit: Courtesy of Jay Pasachoff)

Kesannya ialah jika kita berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan kawasan laluan tengah gerhana ini, Matahari akan kelihatan seperti cincin

Merry Christmas! Layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam

Merry Christmas! Layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam. Selamat bercuti semua. Korang ke mana tu? Seriously, cuti Dec ni kami tak ke mana. Meaning tak outstation. Jalan-jalan dalam Selangor KL je. Pun anak happy to the max dah hehe. Okay lah kan. Anak-anak kami suka layan dekorasi Krismas. Semua shopping mall sekarang ni, kalau musim perayaan besar mesti ada dekorasi yang cantik. 

Merry Christmas! Layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam



Sempena Merry Christmas! Kami layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam. Cantik, lawa dan jenuh jadi photographer kepada anak-anak 🤣 hehe. Sakan lah depa nak posing sana sini. 

Jom.. Layan gambar-gambar kami sempena cuti Krismas




Dzal posing



Dhia posing




Dzal posing lagi




Dhia dan Dzal depan pokok Krismas 



Mummy dgn Dzal






Pintu pun lawoo






Sebenarnya semua ni kebetulan je, bukan sebab deko ni kami datang sini. 

Anak-anak kami suka nak pi makan Boat Noodle. Paling dekat AEON Shah Alam je la.. 

So, dah makan.. Jalan - Jalan dalam AEON tengok deko lawa.. Ajommm aje  layan Deko cantik gini hehehe.