4 BAHAN BUAT KOPI VIRAL DALGONA COFFEE

4 BAHAN BUAT KOPI VIRAL DALGONA COFFEE - Kemahen mummy kali ini, rajin pulak nak buat minuman viral hahaha. Mana taknya, 4 bahan aje nak buatkannya. Sonang ! Lagi pun bahan-bahannya memang ada kat rumah. Mummy tak adalah terliur giler bila tengok Dalgona Coffee ni viral di media sosial. Dan, tak ada rasa nak terus buat pun. 

Pada satu malam, mummy dok terfikir selama PKP ni tak boleh keluar rumah akibat virus Covid-19 ini. Mata asyik nak lelap aje. Ye lah, sesebelum ini kalau breakfast atau on the way pi morning meeting di HQ atau morning meeting dengan client. Wajiblah amek coffee atau nescafe. Baru segar nak buat kerja pulun sampai petang.

Mummy beritahu husband, yang mummy nak try Dalgona Coffee ini. Tapi, tak berani nak minum sampai habis. Sebab ada terbaca orang minum Dalgona Coffe kena migrain, ada juga yang sakit perut dan memacam lagilah. Husband setuju nak share (tak habis nanti membazir kan). Bila husband dah setuju, maka mummy dengan gembiranya memulakan misi buat Dalgona Coffee Vira ini menggunakan 4 bahan aje !

4 BAHAN BUAT KOPI VIRAL DALGONA COFFEE



Tayang kejadiannya dulu lah ! Mummy punya gelas ini, mulutnya agak lebar. Belasah ajelah. Kekonon nak amek gelas jenis jernih supaya nampak hasilnya macam mana kan.


Resepi Dalgona Coffee ini mudah aje. Mummy gunakan 4 bahan asas. Susu, Nescafe, gula, air panas. Siapa kata membazir tu ? Buat Dalgona COffee membazir ? Bahan asas je kot hehehe. Dan bahan ini semua memang dah ada kat rumah mummy pun. Tak pakai, lagilah membazir .

Okay cara buat Dalgona Coffee ini mudah aje !

2 sudu besar Nescafe, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar air panas dan susu segar secukupnya (mummy suka 3/4 gelas susu)

Gigih memukul, alas nak keluarkan barang lain, malas nak kemas hahaha. So, pukul tak lama sangat pun agak-agak pekat aje.



Cara buat Dalgona Coffee


1. Masukkan bahan yang di sukat dengan sudu tadi, gaulkan sebati dengan pemukul telur atau garfu atau apa sahaja (mixer).

2. Dah nampak warna sedikit pudar, dan likat . Tu kira jadiklah tu. Nak best lagi pukul la lama sehingga 15 minit ke 20 minit.

3. Mummy pukul tak lama sebab ramai assistant kang haru kopi aku kang ! Huhu.

4. Next. Masukkan susu segar (mummy suka susu segar) hampir penuh gelas. Suka susu banyak sebab nak feel macam latte.

5. Barulah letakkan bancuhan tadi kat bahagian atas susu. Dan juga ais tak dilupakan.. Pheww 😊

Siap !




Apa pendapat mummy tentang Dalgona Coffee? Pendapat mummy, ianya agak pekat sebab 2 sudu Nescafe kan, selalu satu mug mummy letak 1 sudu aje. 

Oleh kerana, susu agak banyak, so ...rasa agak balance ! Nice ! Macam kopi kat Starbucks ! Yummy...

Nak kata kopi peat, kopi McDonald's lagi pekat. Latte dia pure pahit kopi !

So, Dalgona Coffee ni a bit light lah!

So, lepas minum ada migrain, tak boleh tidur ke? Kalau korang nak tahu, mummy minum waktu makam tau. Kononnya, nak stay up update blog. hahaha...Udahnya, tidur lagi sodap !

Sakit perut tu, macam biasa lah. Mummy sebenarnya kalau minum kopi susu atau nescafe perut memang akan sakit dan akan lawas membuang. Bab ni dari azali lagi.

Tapi, mummy suka, lepas minum senang membuang. Senang kerja, tak payah bertapa kat jamban hehehe.

Kesimpulannya, lain orang lain cara kot ! Kena tahu badan sendiri dulu jenis macam mana sebelum mencuba !


4 comments on "4 BAHAN BUAT KOPI VIRAL DALGONA COFFEE"
  1. Wow menarik hasil kejadiannya tu 😍

    ReplyDelete
  2. not a fan of coffee so it's a no no for me.

    ReplyDelete
  3. memang kaw rasa dia.. rasa macam nak memukul lagi hari ini.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Anak yang tolong buatkan Mrs. A cubalah minum ermmm... sedappp

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com