12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB

12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB - Perkhabaran Berita baik! Masjid, surau di Selangor fan boleh di buka dan boleh solat BERJEMAAH uollsss! Best tak? Best-best juga... Tapi korang jangan lupa ikut SOP Prosedur Solat Berjemaah di Selangor tau! 


12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB




Perkara ini di pekenankan oleh SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membenarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Diraja dan Masjid Daerah bermula hari ini. 

Manakala, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad membenarkan hanya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam saja yang dibenarkan iaitu seramai 3 hingga maksimum 12 orang



"JAIS masih mengekalkan untuk semua masjid dan surau tidak boleh mendirikan solat Jumaat seperti ketetapan awal jabatan menerusi surat bertarikh 16 April lalu.

"Namun, Sultan Sharafuddin berkenan selepas berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan JAIS.

"Selepas mendapat pandangan dari sudut hukum syarak, hanya AJK masjid dan imam saja yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid iaitu seramai tiga hingga maksimum 12 orang," katanya dalam kenyataan semalam. 


PROSEDUR SOLAT JEMAAH DI MASJID & SURAU DALAM TEMPOH PKPB


# Merangkumi solat Jumaat, jemaah setiap waktu, sunat Tarawih & Aidilfitri

# Masjid dan surau dalam zon hijau

# Tertakluk kelulusan pihak berkuasa agama negeri

# Adanya kawalan oleh polis dan penguat kuasa agama

Tanggungjawab pengurusan masjid & surau

# Sediakan kaunter periksa suhu badan & sanitasi tangan

# Ambil rekod maklumat kehadiran jemaah

# Arah jemaah pulang jika gagal bawa kad pengenalan

# Dapatkan kerjasama polis dan penguat kuasa agama

# Patuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM

# Sanitasi ruang solat, kawasan sekitar, tandas & tempat wuduk sebelum & selepas solat

# Had penggunaan tandas mengikut jumlah bilik yang ada

# Jumlah 3 hingga 30 jemaah setiap sesi solat tidak termasuk imam

# Satu sesi solat jemaah setiap waktu sahaja

# Pintu masjid dibuka sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selesai solat

Tanggungjawab setiap jemaah

# Bawa kad pengenalan setiap kali hadir

# Berwuduk di rumah

# Bawa sejadah sendiri ke masjid

# Wajib memakai pelitup muka

# Pastikan penjarakan sosial ketika berada dalam dan luar masjid

# Jarak 1 meter di antara jemaah ketika solat

# Penghidap penyakit kronik dan warga emas berusia lebih 70 tahun dilarang hadir

# Kanak-kanak bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan hadir
4 comments on "12 ORANG DI BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DI SELANGOR DENGAN MENGIKUT SOP PROSEDUR PKPB"
  1. benda-benda ni kita kena ikut sop yang ditetapkan oleh kerajaan kan..
    utk kite terus perangi covid ni habis -habisan..
    kerajaan slow-slow beri kelonggaran pd kita

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah dah dilonggarkan sikit untuk jemaah di masjid kan. Rasa sebak aja bila lalu masjid atau surau sunyi aja sebelum nie..

    ReplyDelete
  3. hi,
    This blog is very interesting and has good information for me
    ppscpastpapers

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. sekarang jumlahnya dah meningkat..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com